Monday, April 2, 2012

CINTA ATAU SAYANG?

Assalammualaikum...

Apa yang anda rasa dalam hati anda terhadap kekasih, tunang, suami@isteri anda? Cintakah atau sayangkah? Kita akan ungkap perbezaan di antara dua perkara yang tiada jauh bezanya ini pada pandangan gua. Secara terus terang gua ungkapkan perkara ini atas sebab apa yang telah dan pernah terjadi pada gua dan orang-orang yang dekat dalam hidup gua. 

Restoran Alif Taman johor jaya, Johor bahru menjadi saksi pendebatan gua di antara gua dan rakan gua sebelum gua berangkat ke indonesia suatu ketika dahulu. Pergh!! macam lama je kejadian tu kan. hahaha..

Dalam lingkungan pukul 12:30 tengah hari ke atas gua dan rakan gua seperti biasa sebelum memulakan kerja akan pergi ke kedai mamak untuk bersarapan tengah hari. Kami memang tak makan tengah hari tapi hanya bersarapan di tengah hari untuk tenaga kami. Dengan kopi tongkat ali dan telur setengah masak gua mendengar tentang kebahagiaan dan kesemakkan kepala otak member gua yang sudah berkahwin tiga tu. Iya, berkahwin tiga dan umurnya baru menjangkau 28tahun dan sebaya dengan gua. Dia dah 3, gua sorang pun tak ada. huhuhuhuhu..

Cintakah dia pada ketiga-tiga isteri dia? Aku cuba tanya :

Aku : Der, gua nak tanya lu boleh?
Kawan : Apa dia? Macam mana nak kahwin tiga? hahahahaha
Aku : Lutut lu!! Gua nak tanya sikit ni. Serius sikit boleh? 
Kawan : Apa dia? Tanya lah.
Aku : Gua harap lu jawab gua dengan jujur dan tak marah kan gua. Boleh?
Kawan : Gua akan jawab dengan jujur dan takkan marahkan lu demi lu sahabat gua. 
Aku : Okay, gua nak tau lah. Apa perasaan lu terhadap ketiga-tiga bini lu? Cintakah atau sayangkah lu pada ketiga-tiganya?
Kawan : Okay, sejujurnyalah kan. Gua tak pernah ada perasaan cinta kat bini-bini gua. Yang gua ada hanyalah perasaan sayang gua dekat bini-bini gua. Gua tak tau macam mana perasaan cinta tu dan apa itu cinta. Gua tak tahu dan tak pernah tahu.
Aku : Walaupun pada hanya salah sorang bini lu pun lu tak ada perasaan cinta gak ke? Walau sorang je?
Kawan : Serius gua cakap tak ada perasaan cinta. Tapi sayang tu ada. Kenapa bai?

Okay, Yang di atas tu adalah sesi pertanyaan diantara gua dengan sahabat baik gua. Seorang lelaki yang berkahwin tiga dengan beraninya buat statement tu kat depan gua. Dan sudah semestinya di belakang isteri-isteri dia. Kalau statement tu kat depan-depan gua tak tahu lah akibat dia apa nanti. Mungkin teruk atau mungkin rileks-rileks aja. Tapi itu baru jawapan dari member gua sebagai seorang lelaki. Yang perempuan pulak? Okay, ini dari pengalaman hidup gua. Orang yang gua pernah cintai. Bukan seorang tapi boleh dikatakan dalam 4 orang. Bukan nak kata gua player lah der. Tapi bila hati dan perasaan tu kecundang dan hancur mesti satu hari akan datang orang lain dalam hidup kita. Is it right? Boleh dikatakan keempat-empat yang gua cintai ini sering memberi jawapan yang sama bila gua bertanya.

Aku : U..! I nak tanya sikit boleh? 
Awek : Apa dia u? Tanya lah..
Aku : U sayang i ke u cintakan i?
Awek : I sayangkan u. I tak tahu apa itu cinta. Bagi i Cinta tu akan pudar. Tapi sayang dia akan kekal selamanya u. I sayangkan u selamanya
Aku : (tersenyum manja tapi sinis)


Dalam tempoh 6 bulan mesti awek-awek gua akan terkantoi dengan gua sebab dia menjalinkan hubungan dengan orang lain. Keempat-empatnya tetap sama kesnya. Menjalinkan hubungan dengan orang lain selain gua. Dan di atas adalah dialog yang lebih kurang sama diantara keempat-empat awek gua.

Persoalan disini, SAYANGKAH atau CINTAKAH anda pada kekasih, tunang atau suami@isteri anda?
Percayalah, kalau anda hanya merasakan perasaan SAYANG pada teman anda percayalah satu hari nanti anda akan lari dari teman anda atau memilih lebih dari seorang dalam hidup anda untuk dijadikan teman hidup anda. Tapi kalau dalam hati anda ada perasaan CINTA terhadap teman anda maka ianya akan jadi setia pada satu teman anda sahaja dan kesetiaan itu InsyaAllah akan sampai sehingga hujung nafas anda. SAYANGKAH ATAU CINTAKAH ANDA? Tanya pada diri.

p/s : Aku akan tetap menyintai dia sepenuh hati. Kembalilah dalam hidup ku agar kebahagiaan milik kita. I Love You Baby....