Monday, May 30, 2011

SELAMAT HARI KEPUTERAAN YG KE 27 - WISRIE



Angka 27 tahun bagi seorang peminat tegar Kurt Cobain memang susah untuk diterima.Especially bila ada satu masa suka sangat duduk tempat tinggi.(kini tidak lagi - sedang menikmati hari dan mahu terus gembira).

 Pada 28 mei 1984 lahirlah seorang bayi yang bakal menggegarkan dunia ini dengan empayar-empayar perniagaannya yang begitu besar. -ok, aku tipu. Aku dilahirkan 27 tahun dahulu oleh ibuku ke dunia yang penuh duri serta pancaroba drama-drama slots tv3 ke dunia ini. Ditemani oleh bapaku Hawi bin Muhammad yang sentiasa memakai seragam tentera bercalit sarjan di lengan pada ketika aku dilahirkan.

Sejak aku dilahirkan aku di besarkan dimerata tempat. Mengikut bapaku yang sentiasa dipostingkan ke tempat-tempat lain kerana ingin menjaga keamanan negara.  Selama 12 tahun aku mengikut bapaku dan akhirnya pada umurku 12 tahun aku terus menetap di sebuah bandaraya yang dinamakan key ell (kuala lumpur).

27 tahun kemudian - here i am. seorang looser yang terus menghela nafasnya dan terus berpura-pura gembira selama 27 tahun kini akan sentiasa terus bergembira walaupun terpaksa. Walaupun aku pernah dikecundangkan dengan berbagai wanita-wanita yang sering dan tidak pernah putus asa untuk mempermainkan hati ini. Walaupun juga aku sering ditindas oleh kawan-kawan dalam perniagaan yang aku sentiasa cuba untuk bina. Walaupun aku sering digelar looser oleh seseorang yang sentiasa berada di dalam badanku - iaitu michael.  Semuanya gagal, dan rasanya seperti "seseorang" yang mahukan aku untuk terus move on dan gembira, aku pasti lepas ini aku akan terus berusaha untuk menjadi yang terbaik lagi terbaek untuk masa hadapan aku. I'm ain't kurt cobain now.

Aku sekarang gembira.Aku terus terang aku sangat gembira.Walaupun kat tempat kerja amat stressful fikir bila menara bank rakyat ni nak siap,tapi aku ada sebab aku sendiri untuk aku gembira.Aku harap susah senang macam mana pun aku dapat kekalkan kegembiraan aku kali ni.Selamat hari keputeraan yang ke-27 - Wisrie.

Selama 26 tahun aku tak pernah dapat wish birthday. Selama 26 tahun aku tak pernah dapat hadiah birthday. Dan selama 26 tahun aku tak pernah makan kek birthday aku sendiri. Bila menjelang umurku 27 tahun aku barulah aku dapat semua itu. kelainan pada tahun ini amatlah aku hargai sekali. Aku akan ingat angka 27 ialah angka gembira bagi aku.

Ianya bermula dengan hang out with my friends iaitu nnua, nurul, naqi, lia, meqda dan aku. Just lepak-lepak aje, minum-minum, makan-makan dan bergurau. Dapat gak lah wish birthday sebarang dua. Tiba-tiba lah pula dapat text mesej (bukan dekat henset aku tp kat henset nurul) dari deqnor yang berada di kuantan yang mengwishkan birthday aku.

Ianya pula melarut bila anak muda yahudi mana entah yang mencipta facebook bila ramai rakan-rakan serta sahabat handai cuba mengwishkan birthday kat wall aku. Nasib baik lah phone aku ni dah disetkan untuk fb mobile. Kalau tak memang tunggu je lah orang wish kan birthday aku. Just nak ucapkan lah terima kasih atas kebrilliant anda itu kerana mencipta facebook. kehkehkehkeh. 


Ianya berakhir bila seseorang yang aku tunggu selama seharian mengwishkan besday aku di inbox facebook. memang agak panjang juga lah cara dia wish tu. Siap bagi aku gambar cupcakes lah pula. Oh, terharunya aku time tu. kehkehkehkeh. Secara sengaja je dia cuba untuk menjadi orang terakhir yang wish aku. huh! hampir tacing juga lah time tu. kehkehkehkeh.


Aku ingat ianya berakhir kat situ je, tapi ada lagi keesokan harinya. Sedang aku tengah kusyuk baik saja basuh pinggan - konon nak jadi anak yang soleh lah time tu, tiba-tiba nama aku diannauncekan kan di ruang tamu. Memanggil-memanggil macam lah ada benda penting sangat. Tiba-tiba.. perghhh, secara tiba-tiba aku terpana di satu sudut. "KEK". "HAMAYGADDD.. I HAVE A CAKE THIS YEAR." dengan muka poyox lagi macho aku buat-buat terperanjat. Aku mentionkan sekali lagi ye. AKU BUAT-BUAT TERPERANJAT. (padahal memang terperanjat pun)

Dengan posing-posing menarik aku berikan pada sepupu-sepupu aku, cahaya-cahaya kamera telah di ketipkan pada wajah aku. dan aku menerima suapan mesra kasih sayang oleh sepupu yang rapat dengan aku iaitu Mohd Suhaimi bin Dato' Haji Abdullah. Ahh!! cilakak, aku dah terasa ni mesti ada yang tak kena ni. Dan kemudian tanggapan aku tepat, sebiji kek telah melayang terus ke muka aku. KETEPEKKKKK!!! hambikkk ko. Tak pasal-pasal aku termakan sebiji kek. tapi bukan kat dalam mulut lah. Terus saja ke muka diorang bagi. Aku dah agak dah, mesti ada yang tak kena punya. Tapi nak buat macam mana nak happy kan. redha je lah. kehkehkehkeh


Akhirnya aku mendapat kelainan menyambut birthday aku pada tahun ini. Secara terus terang tahun ini selimut, bantal dan juga tilam tidak menemani dan meraikan hari lahir aku seperti tahun-tahun sebelumnya. Walaupun aku tak dapat hadiah hari jadi, aku tetap bergembira juga pada tahun ini. Terima kasih pada semua aku ucapkan. kepada mereka-mereka yang wish aku depan-depan, kat dalam fb mahupun yang duk baling kek kat muka aku, aku just nak ucapkan yang aku sayang kat korang. Love u all so much. Terima kasih semua. 






p/s : selamat hari keputeraan yang ke27 wahai wisrie. Agar panjang umur dan murah rezeki. tak lupa juga agar dapat jodoh yang diidam-idamkan. terbaekkkk lah kawan-kawan. love u.

Wednesday, May 25, 2011

CINTA CYBER : REALITI OR FANTASY?


TERFAKTAB
Credit Picture: Are you feeling shy to approaches a guy or a girl in reality?

Dulu kalau nak tengok perempuan tegur lelaki punya lah susah. Kemaluan lah. Segan lah. Lelaki pula ingat perempuan ni sejenis virus sampai takut nak dekat. Sampai satu tahap perkahwinan ditetapkan oleh mak ayah. Sebab masing masing takut nak dekat antara satu sama lain. Tak ada yang berani ambil langkah pertama itu.

Lepas tu bila seorang anak yahudi mencipta Facebook. Peribahasa perigi cari timba dah tak ada orang nak ingat. Bermula dengan Facebook anak anak muda berani berkenalan antara satu sama lain. Tak ada rasa malu tak ada rasa segan. Nak nebes apa kan kalau bersembang kat alam maya ni kan.

Sampai kan percintaan alam maya dibawa ke gerbang perkahwinan. Ada juga cinta siber yang kecundang di pertengahan jalan. Ada juga kerana cinta siber, seseorang itu sanggup curang dengan pasangan masing masing.

Ada beberapa sebab kenapa cinta internet menakutkan.

1. Kita tak kenal muka orang tu.
Hanya dengan meilhat gambarnya di Facebook tak bermakna kita akan kenal orang itu sepenuhnya kalau tak pernah face to face langsung. Mana tahu orang tu menipu paras rupa. Gambar lain. Bila jumpa macam jauh ayam goreng daripada oven (baca: jauh panggang daripada api). Dalam alam maya, punya lah sweet sweet ayat dia. Romantik jiwang tak ingat. Sekali nah jumpa je. Boleh bikin pitam lepas tengok perangai sebenar dia.

Tahu tak kenapa lelaki mengurat melalui alam maya. Sebab dia tahu muka dia tak hensam mana. Jadi dia jadikan medium alam maya sebagai tempat dia mengurat. Boleh lah dia bangga nanti kan ada awek cun kat internet.

2. Membosankan.
Sebenarnya cinta internet ni memang bosan. Kau tak pernah hang out dengan si dia macam pasangan kekasih lain. Kau tak dapat reraba si dia. Kau tak dapat nak pegang tangan si dia nak bermadu asmara di tepi tasik. Kalau dapat bermadu asmara pun cuma depan laptop dengan webcam. Apa lah sangat yang kau boleh nampak melalu webcam yang blur blur tu. Lama lama kau bosan dengan hubungan cinta internet ni. Seolah olah kau bercinta dengan laptop kau sendiri bak kata Nami.
Credit Picture: Kadang kadang apa yang kau bayangkan macam mana rupa si dia akan menjadi sebaliknya. Hati hati lah ketika membayangkannya. :D
3. Pervert.
Baru YM dua tiga empat kali. Dah tayang kote depan webcam. Berani sungguh tayang kote. Muka takut plak tayang sebab muka tak seberapa pun. Sebab tu masih stuck dalam Tagged. Tagged tempat untuk pervert je tahu. Yela. Tahu lah semua manusia perlukan sex. But love is not all about sex. Nak ngorat gadis melalui alam maya bukan takat tayang kote kau kat webcam je. Cuba sembang sesuatu yang diminati oleh both of you.

4. Takut hadapi realiti kehidupan sebenar.
No body are perfect babe. Jangan nak percaya sangat si dia tu hensam macam pelakon korea selagi kau belum pernah jumpa dia dengan mata kau sendiri. Kalau kau dah mula percaya sia dia tu sekacak dalam gambar Facebook dia, ini bermakna kau hanya hidup dengan bayangan si dia sahaja. Kau takut nak face to face dengan si dia takut si dia tak turn out macam yang kau bayangkan. Last last ini akan menjurus kepada kebosanan dan akhirnya putus macam tu sahaja.
 


Credit Picture: Jadikannya satu realiti kehidupan.

Jumpa si dia. Face to face. Kenal hati budi masing masing. Cuba berkawan dulu melalui alam maya dan dalam realiti kehidupan. Jangan nak terburu buru kapel melalui alam maya. Ini pernah terjadi kat aku dulu T_T. Kalau jodoh kau memang tak lari ke mana pun.

Pergi lah jenjalan kat tepi tasik ke. Jenjalan tengok wayang makan Mekdi ke. Do something yang macam pasangan kekasih in real life buat selalunya supaya cinta kau terhadap si dia tak ada expire date. Jadikannya kepada satu realiti kehidupan. Bukan dalam kehidupan alam maya sahaja.

Ini yang paling susah ni kalau dah melibatkan perasaan sayang dan cinta. Kalau si dia tak turn out macam yang kau selalu bayangkan dalam minda kau tu. Cuba hadapi realiti kehidupan yang tak ada nya prince charming dalam alam fana ni. Terima si dia seadannya sebab kau yang sendiri yang pilih untuk bercinta dengan si dia kan. Muka hodoh tak putih macam orang lain. Gemuk 200KG. Itu kelemahan dia.

Tapi setiap kelemahan itu ada kelebihan dia. Tapi love is blind. Cinta itu buta. If kau cintakan dia, jadah kau akan nampak kelemahan kelemahan dia itu kan? Tapi jangan pula kau butakan hati kau sendiri.

Eh tapi kalau kat YM pun dah pervert semacam je baik jangan jumpa babe. Bahaya orang macam ni. Silap silap diri sendiri yang jadi mangsa rogol. Hati hati lah bila berkenalan dengan orang kat alam maya ni. Ada baik buruknya.

Apa apa pun. Satu je persoalaan tak kan sampai bebila pun nak bercinta melalui alam maya. Macam tak ada penghujung sahaja cinta macam tu. Someday you have to face him. Berkawin, have sex and have kids.

Selamat menempuh cinta alam maya dengan jayanya :D!

Tuesday, May 24, 2011

PERSEDIAAN PERKAHWINAN



Assalamualaikum 

Perghh, bersopan santun sungguh permulaan entri gua kali ni. Mentang-mentang nak tulis entri pasal perkahwinan terus bersopan-santun yer dak? Jangan buat gila. Kehkehkehkeh. Mana lah tau tiba-tiba ada je awek yang duk terpikat ngan permulaan macam tu. Mau tak bangga gua. Terus jadi sopan-santun serta alim lagi. kahkahkahkah. Dah2, jangan nak melalut pula kat sini. Kita start sekarang entri kita. Jangan nak merapu kat sini.

Ok, bersempena musim kahwin yang bakal menjelma ni lu orang pun sendiri ketahui ramai yang sedang bersiap sedia untuk mempersiapkan majlis-majlis yang bakal mereka lalui. Gua yakin ramai kawan-kawan gua ngah prepaire tentang majlis diorang. Sepupu sepapat gua tak yah cakap lah, ramai gak yang duk sibuk mempersiapkan majlis kenduri kahwin diorang. Kompom meriah punya lah majlis tu. Kepada mereka-mereka yang bakal melalui alam perkahwinan gua just dapat ucapkan selamat pengantin baru. Semoga kekal hingga hujung nafas kalian semua.

Tapi ramai yang tidak ketahui berapa modal untuk kita standbyekan untuk mempersiapkan sesebuah majlis kenduri kahwin ni. Ada yang main serkap jarang je menyebut "Alaaa, kau ada 10ribu kau dah boleh kahwin dah." lu orang ingat kahwin ni macam pergi supermarket beli barang? Kalau dulu gua ada entri pasal duit hantaran kali ni gua nak buat plak entri pasal perbelanjaan kahwin. Bagi korang semua buka mata sikit. Jangan pula lepas ni ada yang pikir 10 kali nak kahwin sudah. Pikir 10 kali tak pe lagi jang langsung tak jadi kahwin sudah lah. Masak gua karang. Kahkahkahkahkah

Gua harap entri ini dapat menjadi pedoman kepada mereka-mereka yang tengah duk fikir nak kahwin. 

1 : KURSUS KAHWIN : 
Nak tak nak lu orang kena pergi gak.kalau tak pergi lu orang takleh amek sijil nikah. whatever it is kan baik kalau lu orang pergi attend the kursus(eceh). Walaupun kita dah terer dalam bab rumahtangga tapi ada baiknya kalau kita refresh balik apa yg dah bersarang dalam kepala hotak ni kan? Alah, SPM pon dah tinggal lama kan.hahahaha
kos kursus : around RM80 for the whole session (tengok tempat)
  
2 : TOK KADI :
At least 2-3 months before the proposed nikah date korang mesti kena p register kat jabatan agama islam(setahu gua lah), and bila korang p register korang mestilah dah tahu tarikh kahwin yg akan diberikan dan tempat nikah. Lepas register korang bolehlah book tok kadi. Sorang je ok! Jangan dua dua p book plak. haru biru nanti! ha ha
kos kadi : RM150 Termasuk saksi. (Kalau tak salah gua lah)

3 : Book Mak Andam : 

Mak Andam is one of the most important people dalam perkahwinan. Nak nak orang perempuan. Pilih mak andam boleh makan tahun lamanya. Adess. Of courselah kan, lelaki nak amek mak andam buat apa sey! At least six months misti nak book. Later than that u might have a problem finding one. Kalau ada pun mak andam dari Kereta Ayer Chinese Dance Troupe. Sekali dia kasi tepong gomak hah lu orang buat la opera cina kat situ.haha 

Kos : RM5000. Ini siap sekali 2 persalinan baju dan pelamin (tengok baju apa. kalau ada baju batman atau otromen mungkin mahal sikit)

4. Photographer:

Selalunyer mak andam akan rekomenkan photographer sekali. Kalau tak lu orang kenalah carik sendiri. Sekarang orang melayu dah pandai nokkk. Dah pandai ambil studio, dah pandai ambil outdoor. Gambar bogel je belom orang try.hahahahaha
Kos : rm1700 (depend on package lah kan)

5. Kompang / Hadrah / Silat:

Unless korang nak pakai loktang ke geng budak sekolah shuffle ke takyah panggil kompang. Kalau nak panggil at least 3 months notice. Sebab tengah hot musim kenduri kendara.
Kos : RM300 (kalau nak mintak buat persembahan taekwondo leh contact aku. Itupun area kl dan selangor je aku ambil. wakakakakka.)

6. Dewan atau Khemah kosi meja :

Kos Dewan : RM1000. Itupu dewan saja. tak termasuk kerusi meja. kalau masuk kerusi meja maybe korang kena tambah dalam 5-6ratus lagi. 
Kos khemah : rm450 Satu khemah. Puratanya begitu lah. Tapi kalau lu orang ambik khemah diorang akan bagi siap kerusi meja sekali. Tapi kalau lu orang nak pakai payung berniaga tu gua tak tau lah. hahahahha

7. DJ/Karaoke:

Kalau majlis senyap dan sunyi je taklah meriah kan? Lazimnyer owang akan engage DJ/ Karaoke services. Ader jugak yg ambil band hindustan, brass band mahupun band budak sekolah. At least 6 months mesti nak kena book.
Kos : RM850 (dengan dinner sekali)

8. Berkat:

Kira door gift lah. Yg biasa telur rebus orang kasi. Tapi sekarang dah maju. Diorang lagi kreatif. Ader yg kasi tuala, sabun buku, cokelat, agar-agar, mangkok, gelas, surah Yasin, etc etc.
Kos : RM3000++ (Just lu orang standbye jer lah 3ribu tu. maybe lebih maybe kurang)
9. Barang-barang hantaran :
Lu orang ingat tak yah beli barang hantaran ke? Itu dah wajib beb. Takkan lu orang nak datang berlenggang perut jer. Mau tak dikata nanti. Mesti lu orang nak standbye kasut lah, beg lah, baju lah, Quran lah, sejadah lah, etc etc lah. mamcam lagi lah. Banyak gila lah.
Kos : RM10,000 (gua kira paling grand ni. pandai-pandai lah lu orang cari yang murah-murah) hahahahhahah

11. Miscellaneous:

Perkara-perkara kecik orang selalu overlook. Perkara-perkara kecik camnilah yg selalu membuat kocek kiter tebakar. Benda-benda seperti Bunga Pahar, Sireh Dara, Kek, Sabun, Rokok Rewang, Sewa kolong blok, Tuala rewang, pisau rewang, barang-barang hantaran, cadar, kelambu, langsir, carpet, bill, lauk pauk pre and post majlis, plastik buat bungkusan, kad jemputan.
Kos : RM2500 ++ (paling-paling dah gua bagi tu. itu pun lu orang pandai lah jawab nanti)
12. Makan-makan :
lu orang tumbang seekor lembu, standbye ayam-ayam, pastu beras beli bawang beli itu beli ini beli segala-gala yang orang kampung nak masak. kalau tak orang datang majlis lu orang ada yang tak makan kang. duk teguk air liur jer. Konon nak jimat lah. Jimat habah lu orang lah.
Kos : RM10,000 (anggaran kasar gua tu)

12. Lepas kahwin :

Ha!! yang ni selalunya orang lupa. Gua benda ni lah yang selalu gua pesan kat kawan-kawan gua yang nak kahwin. Lu orang kena lah standbye sedikit duit untuk lu orang mulakan life lepas kahwin. Jangan pikir nak kahwin je. Lepas kahwin lu orang tak tahu lu orang nak duk mana. Takkan nak duk dengan mak bapak lu orang plak. Mesti lu orang nak privacy kan? Ehem ehem, takkan nak buat malam-malam sabil letak seletip kat mulut kot. wahahahahah

Kos sara hidup lepas kahwin : RM5000

Total estimate cost yang lu orang kena standbye adalah hampir mencecah rm40,000. Dalam erti kata lain Empat puloh ribu jer der. kehkehkeh. Ha!! terbeliak biji mata lu orang? Baru lu orang pikir kan. Itu tak termasuk lagi dengan duit hantaran yang lu orang nak bagi kat pengantin permepuan lu orang. bagi lelaki lah. Kalau lu duit hantaran yang diminta adalah dalam rm10ribu. Mau tak masak lu orang kena satandbye rm40 ribu untuk nak kahwin jer. 

Sebab tu ramai lelaki bila nak kahwin pening kepala. Tak kira lah lu keje engineer sekali pun kompom-kompom lu orang mesti pening kepala gak kan? Tak yah nak tipu gua lah kalau lu orang kata lu orang tak pening. Tapi kalau lu orang ni memang orang kaya tahap gila babi tu gua ta boleh cakap apa lah. Letak je 100 ribu kompom tak pening kepala dah. yer dak?

Kepada mereka-mereka yang nak kahwin tu gua ucapkan semoga berbahagia hingga hujung nafas lu orang. Pada mereka-mereka yang tengah duk rancang nak kahwin tu sendiri mau ingat lah brader. Gua tak campur. wakakakakakaka.

Monday, May 23, 2011

ADAKAH INI CINTA?

 
TERFAKTAB : 
Bila cinta ini tak lagi bermakna, apa yang telah terlakar menjadi sejarah serasa ingin ditoreh dan dipadamkan seperti mendelete file dalam pc. Dah abes delete, hilanglah dari memori.

Pehh. Kemaen lagi jiwang kan. Geli. Geli. Abes gugur bulu ketiak boss gua kalau dia baca ni. Ahh. Kalau jadah. Memang dia akan baca pon! Hehe. Hai boss! Bape gelen dah bulu ketiak boss gugur? Hikhik.

Gua sbnanye kan nak tanyalah. Apa perasaan dok mainkan hati dan jiwa orang? Gua tak penah mainkan. Kot. Sebab tu gua tanya. Mengikut firasat gua, orang yang macam ni dia bajet hot je. Bajet sume orang nak kat dia. Sampai dia boleh buat main perasaan orang. Dah takde mende lain kan nak main. Itulah. Orang suro kawen cepat-cepat, taknak. Boleh main. Ehh. Ni main lain. Itulah. Masa kecik-kecik pon taknak mati. Ni dah besau panjang, jadi halanat pula memainkan hati dan perasaan orang. Bukan gua. Bukan gua. Heh.

Bila lu frust menonggeng, lu berjanji pada diri lu untuk tak membuka ruang hati lu untuk orang lain lagi. Sebab lu takot. Lu takot untuk dilukai. Lu takot untuk mencintai. Lu takot untuk melukai. Lu takot untuk dicintai. Tapi, lu tak sedar yang lu sbnanye sudah pon melukai dan mencintai dalam masa yang sama. Bukan gua. Bukan gua.

So, bila lu jumpa orang yang lu rasa macam boleh buat tidur malam lu berdengkur dengan lebih kuat dek kerana lena sangat, selera makan lu bertambah-tambah dan mandi lu jadi berejam-rejam, lu akan jadi terkejar-kejar. Ok. Jangan tipu. Omnomnom. Lu pasti akan terkejar-kejar orang yang dah mengganggu-gugat ekosistem pertahanan badan lu tu. Dengan cara apa lu kejar, tidaklah gua ketahui. Boleh jadi lu tetibe jadi blogger sebab dia sukakan blogger. Boleh jadi lu jadi nerdy sebab dia rasa mamat geeky boleh buat dia orgasm. Boleh jadi lu tetiba alim sebab dia, ehh bukan dia tapi MAK dia sukakan laki yang kaki surau. See? Sume boleh jadi kan kalau lu dah suka. Belum lagi gua huraikan suka tu suka biasa-biasa atau suka bisa-bisa.

Ok. Up to this point, lu akan berusaha untuk menambat hati orang yang dah buatkan hidup lu kacau. Gila. Ya. Cinta memang bisa buat orang ketawa. Juga menangis. Jangan taktau, anda juga bisa menjadi gila. Gila bayang. Gila kepayang. Gila talak. Gila cerai. Gila babi. Ok. Ni paling dasat. Kehkeh. Ohh. Gua lupa nak mention. Cara penambatan itu juga terserah. Mungkin lu amek tali untuk menambat sebab lu lupa yang dia adalah manusia bukan kambing. Mungkin. Just maybe.

Bila lu dah berjaya menambat hati dia, tiba-tiba je, gua ulang, TIBA-TIBA JE, lu rase macam 'Ahh. Biasa-biasa je pon. Takde mende yang best sangat pon'. All the excitements before GONE! Macam tu je. Good! Itulah cinta sebenar bro! Kahkah. Memang cinta itu sifatnya datang dan pergi, bukan? Bila dah dapat dan dah bosan, ape lagi? Nak campak ke dasar hati? Kirim salam! Campaklah ke lubang najis. Memang suci kan cinta kalian. Kahkah. Kemudian, carik pulak mangsa baru. And the cycle never ends.

Dan manusia itu pula sifatnya selagi tak dapat, selagi tu dikejar. Sampai orang kate, takkan lari gunung dikejar. Gunung ape yang dikejar, itu gua taktau! Miahahahahahahaha. Ohh. Lupa nak mention. Dan yang jadi 'gunung dikejar' tu oskof lah wanita dek non oi. Dah nama gunung, kau hado?

Gambar hiasan cilok kat gugel. Kbai.

TIADA SEBAB UNTUK TIDAK UCAPKAN "I LOVE YOU"


Kalau kau cintakan seseorang kau tak sepatutnya walk away begitu sahaja. Kalau kau sayangkan dia kau sepatutnya fight untuk si dia. Kau sepatutnya tidak akan jadikan apa sahaja alasan untuk berhenti mencintai dia. Tak perlu rasanya alasan untuk berhenti mencintai. Kalau kau tak jumpa sebab kenapa kau cintakan dia, jadi kau tidak akan begitu mudah untuk menjumpai alasan untuk tidak mencintai dia. Love tak perlukan sebarang reason.

Why do you keep being like this, why can’t you understand
Why do you keep lounging around my side
How many times do I have to say
That you and me are already over, I don’t wanna see you anymore

Why don’t you listen to your parents
What’s so bad about that person
You just have to leave me, it’s not even a hard thing to do
Now go back to the world you were living in

I can’t say I love you anymore, I can’t ask for you to wait for me anymore
I’m a fool that just hurt you, I’m just a poor man

Even if I lie clumsily, telling you to go, leave
You keep crying, crying, saying that you don’t want to, you can’t
Lingering affection grips me, I want to keep you by my side
But not anymore, I have to end it for you

Kau ke yang tentukan si dia sepatutnya mencintai siapa? Kau patut tanya si dia, siapa yang dia cintakan. Si dia bukan robot yang kau boleh programkan perasaan dia. Tak mudah untuk tinggalkan seseorang jika kau sudah mencintai dia. Cinta seperti kotoran degil yang berada di pakaian. Kau gosok banyak kali lah. Kau letak lah sabun Daia sekalipun kotoran itu sukar untuk tanggal. Mungkin akan mengambil berhari berminggu bertahun baru tanggal. Begitu juga cinta. Kau mengambil masa yang lama untuk lupakan cinta lama dan mengalukan cinta baru.

Kerana kasih sayang itu, si dia telah dilukai banyak kali pun dia tak akan tinggalkan kau. Seperti teori tadi. Kotoran di baju. Kotoran itu telah dilukai oleh berus yang kau guna untuk gosok. Tapi tidak akan tanggal. Sebab dia dah sebati dengan kain baju kau.

Because you only knew me since you were very young
You had too many things that you didn’t do
You have to have the things you want and wear nice clothes
Now go back to the world you were living in

I can’t say I love you anymore, I can’t ask for you to wait for me anymore
I’m a fool that just hurt you, I’m just a poor man

How can I forget you, the shining sun of my life
If I send you like this, I don’t know how I’ll live

I can’t say I love you anymore, I can’t ask for you to wait for me anymore
I’m a fool that just hurt you, I’m just a poor man

Kalau si dia benar benar mencintai kau, dia akan sanggup tinggalkan dunia dia. Dan akan mengharungi kehidupan dia dalam dunia kau. Bagi si dia, itu sangat berbaloi sebab demi kau. Ini namanya sama sama kena bekerjasama untuk kukuhkan tebing cinta. Supaya kalau ada lanun lanun nak musnahkan cinta kau dengan dia, kau tahu kau dengan si dia akan berjaya harunginya.

Kau suruh lah si dia tunggu untuk 1000 tahun. Si dia akan sanggup tunggu. Penungguan untuk orang yang disayangi kadang kadang sangat membahagiakan. Kadang kadang boleh membuat kita frust menonggeng. Kau pernah tak berharap yang hari hari kau akan berjalan dengan perlahan semata mata takut si dia akan tinggalkan kau. Biarlah perlahan perjalanan cinta kau dengan dia. Sebab kau takut untuk menghadapi hari kau ditinggalkan oleh si dia.

Kesimpulannya, kenapa nak takut untuk ucapkan I Love You walaupun percintaan kau dengan si dia dilanda tsunami katrina sekalipun. Tak perlu takut untuk ucapkannya. Kalau bergaduh dengan si dia, cuba ingat balik saat saat indah dan bahagia bersamanya. Cuba ingat semula betapa sukarnya kau dengan si dia mengharungi cabaran demi cabaran setiap hari ; bergaduh, salah faham dan perkara yang semua pasangan kekasih akan hadapi.

Ini lagu Can't Say I Love You dari 2AM. Lirik kat atas itu semuanya translation dia.




Jangan takut untuk mencintai. Tiada sebab untuk tidak mencintai.
Kalau dah sayang luahkan sahaja. Jangan takut untuk meluahkan. Terlambat ucapkan takut menyesal.

Friday, May 20, 2011

MENGHITUNG HARI - 28HB MEI



Gua sebenarnya sedang menghitung hari. Lagi 8 hari gua akan menjangkau umur 27tahun. Lagi 8 hari gua gua akan meniup lilin kek hari jadi. Lagi 8 hari gua akan menerima text mesej ucapan happy birthday. Lagi 8 hari gua akan menerima hadiah-hadiah hari jadi gua. Tapi sekarang gua penuh ngan angan-angan.

Selama gua hidup 26 tahun dan hampir menjangkau umur 27 tahun gua tak pernah meniup lilin kek hari jadi. gua tak pernah menerima text mesej ucapan hari jadi. Gua tak pernah pun menerima hadiah hari jadi gua. Ok, gua tipu. ada pernah sekali. Ex gua yang duduk kat perak post hadiah set wallet kat gua. Itu je lah sekali gua terima. 

Angka 27 tahun bagi seorang peminat tegar Kurt Cobain memang susah untuk diterima. Sebab Kurt telah bunuh diri atau pun dibunuh (gua pun tak tau mana satu yang betul) pada umur beliau 27 tahun. Especially bila ada satu masa gua duduk tempat tinggi gua rasa mcm nak terjun je. Nak jadi macam Kurt Cobain kononnya. Tapi Kurt orang kenal dan digilai ramai. Dan gua pula digilai seorang diri. At last gua yang jadi gila. Nasib baik tak masuk tanjung. kehkehkehkeh.

Setiap tahun bila hari semakin dekat dengan 28 haribulan gua sentiasa berangan untuk dapat hadiah. Dan tahun ni gua masih lagi berangan untuk dapat hadiah. Mesti ada keseronokkan bila kita buka hadiah yang diberi satu persatu. Nak-nak pula bila hadiah tu yang kita idamkan tahun tu - lagi lah seronok ye tak. Tapi semua tu adalah khayalan, yang gua dapat setiap tahun ialah cuti ehsan yang company gua bagi tiap-tiap tahun. Thank you bos sebab bagi hadiah macam tu. Bolehlah juga gua tidur di hari jadi gua setiap tahun. kahkahkahkah. 

28hb Mei ini, adakah gua akan dapat hadiah hari jadi gua yang gua idam-idamkan pada tahun ini. Adakah tahun ini adalah tahun yang akan menggembirakan gua ataupun tahun ini akan jadi seperti tahun-tahun sebelum ini yang memboringkan gua apabila 28hb Mei kian menjelma? Itu selalu menjadi persoalan kat dalam diri gua.

Apa yang pasti, pada 28hb Mei ini gua akan bertemankan bantal dan selimut dan gua akan menyambut hari jadi gua dengan meriah sekali di atas katil dengan tidur. So bored kan kalau kehidupan korang macam tu. Tapi itu lah yang gua alami setiap tahun. Gua tak pernah pun berharap gua akan ditemani oleh wanita cantik yang sudi mensurprisekan hari jadi gua dengan kek serta hadiah-hadiah. Oh, gua tak pernah berharap. Dan gua tak pernah berharap gua akan diberi layanan istimewa oleh kawan-kawan gua atas sebab hari itu adalah hari jadi gua. Sebab sudah menjadi kebiasaan selama 26 tahun gua akan menyambut hari jadi gua dengan tidur.

p/s : pssssttt.. siapa-siapa yang nak belikan hadiah kat gua blh belikan gua seluar jeans (size40) kasut (size7 1/2) dan wallet yang mahal erk.. kekekkekeke.. itu lah idaman gua tahun ni.. wahahhahahaha..

Thursday, May 19, 2011

SEMBANG SINGLE DAN PEREMPUAN SINGLE

 
 TERFAKTAB
 
Dunia berputar dengan pantas dengan maklumat menyusup selaju twitter. Sekelip mata luahan peribadi naik di  facebook wall post untuk di tatapi oleh seluruh stalker, sahabat handal dan paling penting, golongan lelaki yang masih single. Mereka mencari, dengan harapan, mahu menemui perempuan single di hari berbahagia yang di gelar Vday. Kalau boleh nak mencari awek macam gambar di sebelah. Tak berkelip mata memandang. Mungkin cerita basi. Namun, masih relevan untuk standard kampung dan ceruk-ceruk felda seperti Felda Selancar 3 dan 2.


Apa yang di risaukan oleh perempuan single terhadap hari cinta ini?

1. Lelaki berperut buncit
Kalau boleh, semua perempuan memang tak mahu teman lelaki dan bakal teman lelaki ataupun suami mereka berperut buncit. Berperut buncit merupakan satu paranoid nyata dalam mempengaruhi perasaan perempuan. Perut yang buncit selalunya di beri alasan sebagai 'ada orang jaga', 'senang hati', 'kuat kerja' dan sebagainya. Sama ada kandungan di dalamnya adalah cacing ataupun lemak. Lelaki berperut buncit akan selalu menggosok perut mereka di masa lapang. Ini menimbulkan kerisauan kepada perempuan. Lelaki yang terlalu bersenang-lenang sebenarnya renyah kerana terlalu manja. 

2. Meniti usia
Hari ini 21 tahun, pejam celik pejam celik, eh eh sudah 26tahun. Pakwe takde lagi. Calon suami tiada juga. Yang penting, bilangan heels dan beg lebih banyak dari bilangan nombor telefon lelaki dalam telefon bimbit. Ini merisaukan sebahagian perempuan single. Sampai bila? Ibu bapa sudah bising, kawan-kawan sudah menyindir. Hati masih belum terbuka, kental dan tegar. Menunggu waktu, menanti harapan. Mengharap jejaka dari syurga datang menyunting di hadapan Masjid Putrajaya. Konon romantik. Padahal tak kunjung tiba.

3. Lelaki orang
Di jengah-jengah, di risik-risik, rupanya lelaki yang di minati adalah lelaki orang. Sudah beristeri. Masalah. Tiada lah bunga ros? Tiadalah kad cinta istimewa? Yang ada hanyalah inbox yang kosong, sepi menanti. Apakah nanti tertera nama isteri pertama di walimatul urus kad perkahwinan? Bilangan lelaki single berkualiti sudah berkurangan. Pilihan semakin mengecil. Kebarangkalian semakin sempit dengan kadar nisbah lelaki-perempuan yang semakin tidak stabil. Jika terus begini, apakah hala tuju perempuan single? 

4. Produk kecantikkan
Cantik di gambar, tak semestinya cantik di alam realiti. Photogenic. Cantik di alam realiti, belum tentu cantik, sebab bila muka di bilas, make-up semua hilang. Kadang-kadang rupa yang secantik Audrey Hepburn, akan sehuduh Britanny Murphy bila make-up, eye shadow, contact lens dan lips gloss tiada di muka. Fake plastic tree. Sejauh mana perempuan single hendak bertahan dengan semua ini? Sampai masa adakah perlu berpurdah? Mampukah perempuan single bertahan dengan pancaroba capitalism beauty yang semakin mengheret wajah-wajah gadis ke header blog untuk menarik perhatian para lelaki. 2-3 minit saja, lepas tu si lelaki dah lupa url blog dan namanya. Sigh.

5. Terfaktab
Stuck dengan masalah cinta. Masalah yang memeritkan hati. Pedih terluka di kecewakan. Angkara lelaki yang durjana menyebarkan video intim di laman web lucah bersekutu. Angkara lelaki yang durjana menghantar mesej break-up sebegitu saja tanpa penjelasan nyata. Diri manusia mahukan kebebasan. Sama ada kebebasan dalam bercouple atau pun tidak, memang kebebasan adalah tunjang utama perempuan single masih belum mencari cinta hakiki. Pergi ke depan mencari cinta terhadap Tuhan, namun berhenti di tengah jalan bila merasakan betapa sukar rupanya hendak menyintai Tuhan yang tidak nampak kelibatnya. Yang ada hanyalah 'rasa'. Sedangkan cinta terhadap manusia itu boleh di rasakan, boleh di belai. Sehinggalah tertipu dan kemudian menipu orang lain. 


Jika beginilah beratnya hidup berpasang-pasangan, lebih baik hidup membujang dahulu sehingga sampai waktunya. Menjadi seorang manusia adakalanya berat, dalam hati ingin menjadi burung. Boleh terbang sorang-sorang dari Butterworth ke Georgetown, seberang selat. Sedangkan menjadi manusia yang single, perlu ada duit untuk melepasi tol yang mahal. Menjadi manusia ber-couple pula, kena berkongsi duit minyak. 

Natijahnya, kalau seluar dalam sendiri pun mak bapak yang basuh. Lupakan saja niat nak ber-couple tu, jadilah single sampai dah pandai basuh seluar dalam sendiri. Setel. Being single is not a crime dude!

Wednesday, May 18, 2011

APA YANG PEREMPUAN NAK TAHU PASAL LELAKI

 Terfaktab:
 
Assalamualaikum


Happy wednesday gentlemen and gedik girls sekalian.

Hari ni, erm. Bosan gila ah. Bangun-bangun, aku terus rasa macam sakit perut gila. Terus pergi tandas. Tak tau la sebab makan kat Warna Warni Aidilfitri Micet semalam atau apa. Tapi perut memang sakit. Masa aku lepak-lepak dalam tandas tu, aku terus teringat soalan-soalan pelik yang perempuan selalu tanya kat aku.

So, aku terfikir untuk buat entri yang based on soalan-soalan formspring dan email. Dan YA. Semuanya berkisar tentang diri gadis-gadis yang tengah runsing pasal kekasih dia. Alah. Sibuk pula dia dengan kekasih. Kahwin terus kan mudah.

Okay. Lets start;

Lelaki bercakap macam keling. Dulu dia kata dia akan tunggu aku sampai bila-bila. Tapi sekarang, dia dah couple dengan girl lain. Maybe sebab girl tu lawa. Tapi, dulu pun aku suka dia. Cuma aku tak berapa yakin aku suka dia atau tak. Persoalannya, kenapa lelaki bercakap macam keling?
Eh, kenapa nak salahkan lelaki dalam hal ni. Lelaki tu cakap nak tunggu. Tapi macam ayat "Quitters never win, winners never quit. But those who never win and never quit are idiots".

Macam mana kalau si lelaki tu dok tunggu-tunggu and tunggu, then tiba-tiba, kau couple dengan lelaki lain. Kesian dia dok tunggu taw. Tapi awek dia sekarang ni comel ke. Bertuahnya dia. Geram pula I.

And now you menyesalkan? Siapa suruh you jual mahal sangat. Hargai someone yang suka kat kita.

I benci bf I. Bila date, dia mesti datang lambat. Perangai pun kadang-kadang tak senonoh. Kalau jumpa perempuan, mesti pandang-pandang usha-usha. Kalau dia kantoi dengan i yang dia pandang perempuan lain, boleh pula dia sengih-sengih je. Tapi I sayang dia. Kenapa eyh?
Yaa. Tu sebab aku cakap Mr Right or Prince Charming or apa-apalah yang tersenarai dalam list korang (girls) adalah tak berguna. Tak payah nak sibuk-sibuk buat list "Ciri-ciri lelaki idalam aku" sebab sekali kau dah couple kahwin, semua ciri-ciri tu hanya jadi sampah sarap je.

Pasal lelaki suka pandang perempuan lain even dah ada awek pula, well, aku rasa memang normal lah kot. Tapi biasanya flirt paling terbaik adalah di hadapan orang yang kita sayang. Sebab masa tu lah kita boleh tengok orang yang kita sayang tu jealous. Lelaki suka tau tengok awek dia jealous sebab tu tanda sayang. (Geli sial aku dok ulang perkataan sayang tu dari tadi). Sebab tu lah perempuan tak boleh ada ego tinggi. Kalau jealous tu, cakap je yang kau jealous. Tak payah nak kumpul ego. Mengada-ngada.

Saya jumpa video-vidoe tak senonoh kat dalam handphone bf. Eeeiiuuu tak senonohnya dia.
Eley, macam la kau tak pernah tengok benda-benda tak senonoh. HAHA.

Kenapa bila perempuan baik dengan lelaki, lelaki akan perasan yang perempuan suka kat dia? Kenapa?


Banyak betul kenapa kau. Actually, bukan lelaki perasan. Tapi memang... tapi... tapi you know. Lelaki kan dah limited. Sedikit sebanyak memang ada punyalah yang suka. Lagi pun, lelaki dah kenal dengan konsep lelaki dan perempuan tak akan ada istilah kawan baik.

I suka kat sorang lelaki ni. Tapi i segan lah nak mulakan perbualan dengan dia. I selalu jalan depan dia. Tapi dia tak pernah pun tegur I. Dengan perempuan lain, relax je dia borak-borak.
Aku rasa lelaki tu suka kat kau tu. Lelaki biasanya segan gila bila dekat dengan perempuan yang dia suka. Tak pun, kau tak cukup comel kot. Tapi kan, cuba kau jalan depan aku. Mana la tau kot-kot aku tegur.

Boyfriend I jealous gila bila i lepak-lepak dengan kawan baik i (lelaki). Tapi I memang dah biasa keluar berdua dengan kawan baik i tu. Boyf I pula boleh kata i curang kat dia.
Secara logicnya, bf you tak ada hak langsung nak jealous. Tapi secara moralnya, dia memang ada hak nak jealous. You pun tau kan, lelaki tak akan keluar and belanja and beli barang-barang untuk perempuan kalau dia tak suka perempuan tu. So, i rasa kawan baik you tu suka kat you.

I rasa boyfriend I gay. Hari tu masa dia jalan-jalan dengan I kat mall, dia jumpa kawan dia and terus raba punggung kawan dia tu omg omg. Kecewa gila!
Banyak betul aku jumpa keyword dari google yang macam "Adakah BF I gay?". Aku rasa ramai awek-awek di luar sana salah faham. Kalau you all nak tahu, lelaki ni pelik-pelik sikit. Jumpa member then raba-raba memang dah biasa. Sama la macam perempuan yang pegang tangan. Lelaki tak nak pegang tangan tau. Dia nak pegang benda lain. Adil la tu. Tapi yang you kecewa kenapa? You kecewa dia raba lelaki dan bukan raba perempuan? Ish ish ish.

Salam. I sekarang dalam dilema. Tak tahu nak pilih lelaki yang mana satu. 'A' kaye, pandai dan hendsem. Kalau pergi mana-mana, mesti die ada belikan i something. B pula, biasa-biasa je. Tapi i rasa yang i suka kat B lebih. Tapi terjamin ke masa depan i kalau i dengan B?
Tak terjamin. You kahwin dengan B, you akan merana. Sebab semua kebahagiaan terletak pada duit. Tak ada duit tak akan happy. So, kahwin lah dengan si A yang banyak duit. Lagi pun, normal lah. Ada duit, you pun dia boleh beli. Selepas dia dah beli you, masa depan you pun carah. Yeah, realistik kan?

Okay-okay. Sorry. Actually, go for the B. Bukan sebab dia tak kaya atau apa. Tapi sebab you lagi suka B.

Kebanyakkan perempuan tengok duit dalam memilih pak we. So, kalau a girl tu tinggalkan someone just semata-mata kerana lelaki lain yang lagi kaya, maka perempuan tu dalam big problem. Why? Sebab jangan terkejut bila lelaki tinggalkan korang kerana lelaki tu jumpa perempuan yang lagi cantik. Perempuan pilih based on duit. Lelaki pilih based on kecantikan. Adil kan?

Perempuan mungkin akan cakap "I perempuan cantik. Lawa. Mesti lah high maintanance. So, i layak dapat lelaki kaya.". Then lelaki akan balas. "Aku kaya. Aku kerja keras untuk dapatkan banyak duit. So aku deserve perempuan cantik. Jangan salahkan aku kalau aku tinggalkan kau bila aku jumpa perempuan lagi cantik dari kau. " Again, adil kan?


Aku ada seorang kawan ni.. Dia main kayu 3 dengan bf dia and slepas kantoi, bf dia minx clash. So skang aku berkawan rapat dengan ex-bf ni. Tapi hari tu ex-bf dia, call aku cakap kawan aku ni buruk2kan aku kat ex bf dia. Aku rasa dia jeles kot. Tp sapa suh curang..ape ko rasa

Aku rasa kau patut tacle ex bf kawan kau tu.

Aku (perempuan) selalu bergaduh dengan sorang lelaki ni. Aku suka gak dia sebenarnya. Tapi ego aku tinggi. Tapi kan stiap kali gaduh je, mesti akan ada orang cakap "Asyik gadoh je, kahwin kang baru tau". Kenapa orang suka cakap macam tu?
Sebab, orang yang dah kahwin, dia gaduh masa siang je. Tengah-tengah malam masa nak tidur tu, berbaik le.

Okay dah bye
. Kang cakap banyak-banyak aku pula yang kena lempang.

Monday, May 16, 2011

JANJIKU TETAP JANJIKU, JANJIMU TINGGAL HABUK.

 
TERFAKTAB
Malam tu Adam (bukan nama sebenar) dan Hawa (bukan nama sebenar) keluar makan buat kali terakhir sebelum Hawa kembali ke Universiti Teknologi Malaysia di selatan sana. Cuti semester kian menipis buat Hawa. Dalam seminggu ni, Hawa diam betul. Setiap kali Adam ajak keluar, ada sahaja alasannya.

"Harini saya nak rehat. Eh?"

"KLCC jauh sangat tu Adam. Saya nak jimat duit. Nanti buka semester nanti ada banyak barang nak kena beli."

Macam-macam lagi alasan yang di berikan Hawa. Padahal gua syak dia memang tanak keluar. Seminggu ni macam-macam Adam buat untuk buat Hawa senyum kembali di depan dia. Tapi ternyata gagal. Malam ni, dia berjaya buat Hawa keluar dengannya. Oh, bukan dia yang ajak. Maksud gua malam tu, Hawa yang ajak.

"Kenapa diam ni Hawa?" kata Adam perlahan. Sayup-sayup bunyi hujan di luar kereta dan redup-redup bunyi radio lagu CD Sigur Ros album Hvarf / Heim kedengaran.


Hawa masih diam seribu bahasa. Masa makan pun dia tak banyak bercakap. Muka lurusnya tu, kalau gua dah naik penampor kat pipi. Kepalanya senget pandang ke luar. Diam seribu bahasa.

"Hawa?"

"Adam. Saya ada benda nak cakap ni."

Adam senyum panjang dengar Hawa membalas sapaan nya. Dah rupa beruk mak yeh dapat bunga dia punya sengih.

"Cakaplah."

"Saya tak rasa saya dapat teruskan."

*****

Markah kuiz dan test Adam jatuh teruk. Otak dia kosong. Dah sebulan Hawa pergi meninggalkan Kuala Lumpur ke Johor untuk sambung belajar. Adam belajar di Politeknik Shah Alam sahaja dan Hawa pula di UTM Skudai mengambil Ijazah.

"Hawa minta maaf sangat-sangat. Saya tak boleh teruskan rasanya. Kita masing-masing ada komitmen masing-masing kan? Apa kata kata kita fokus dulu dengan akademik kita? Sampai berjaya. Saya pun nak fokus dengan akademik saya. Saya tak rasa bila ada hubungan semasa belajar dapat membantu pembelajaran saya. Saya nak ikut nasihat mak. Kan saya pernah cakap dulu, mak tak galakkan saya ada hubungan semasa belajar? Kan? Saya nak ikut tu. Hawa janji dengan diri sendiri, Hawa akan sendiri sampai graduation. Kalau Adam sanggup tunggu, tunggu lah. Eh?"

Satu persatu ayat dari mulut Hawa masih terngiang-ngiang di telinga Adam.

"Tapi Adam sayang Hawa. Adam ada buat salah ke?"

"Hawa tahu tu. Tapi. . .Adam tolong faham eh?"

Adam diam. Dia sebak. Tapi dia tak reti nak sebak depan makwe. So, dia tahankan saja.

"To be fair, baik Hawa diamkan diri. Sampai graduation. Lagi 2 tahun je. Adam tunggu lah eh? Itu pun kalau Adam betul-betul serius."

*****

Pelajaran Adam semakin pulih selepas 3 bulan bila dia aktif dalam kokorikulum. Ahh. Bukan kokorikulum kolej dia sangat. Dia semangat betul dengan kugiran dia. The Monetise (bukan nama sebenar). Dia masih lagi liat dengan hati yang tertumpu pada Hawa. Secantiknya awek-awek kolej persis Maya Karin mahupun Pontianak Sundal Malam, dia tak layan. 

Dia pegang pada janji dirinya. Tunggu sampai graduation. Dia aktif dengan band pun gua tau sebab apa. Kebanyakan lagu dalam kugiran itu di tulis lirik olehnya walaupun Adam hanya pemain bass. Nampak sangat jiwanya masih pada Hawa.

"Woih. Ada battle dekat UTM Skudai. Jom ah?" seorang ahli kugiran The Monetise mem-propose-kan proposal.

Adam dengar je UTM Skudai, berubah betul mukanya.

"Besar sangat ke hadiah dia? Berbaloi ke pergi sana?" celah Adam.

"Ada satu studio tu nak biaya 3 lagu untuk track by track recording siap mixing dan master dengan duit rm500 as hadiah utama."

Adam terpaksa akur dengan 4 lagi ahli kumpulan. Ke Skudai mereka pergi.

*****

Sepanjang perjalan ke Skudai tadi memang memenatkan. Bagi Adam? memeritkan. Mana taknya. 3 bulan masa dia perlukan untuk lupakan Hawa. Kini dia berada di kawasan di mana ada kemungkinan dia akan berjumpa Hawa.

Dia diam sepanjang perjalanan.

"Janganlah jumpa dia. Tolong. Aku perlu fokus untuk pertandingan." Adam bermonolog dalaman.

*****

The Monetise naik ke atas pentas. Mereka di kenali betul di Politeknik Shah Alam sebagai band pujaan wanita. Ramai yang cuba dekat. Tambahan Adam. Yang muka jambu persis Justin Biebers *muntah*. Mereka membuka persembahan dengan lagu cover Samskeyti dari Sigur Ros. 



Sedang mereka rancak membuat persembahan di atas pentas. Adam, dengan tidak berapa punya hati dengan muzik yang cuba di sampaikan kerana hatinya hanya mahu mencari Hawa. Mulut kata tak mahu. Hati? Siapa mampu menipu.

Macam kisah tipikal drama swasta. Masa tu juga lah mata ni gatal nak nampak. Sedang Adam pura-pura di atas pentas, matanya terpandang satu kelibat.

Hawa.

Lelaki.

Pegang tangan.

*****

"Dia suruh kau tunggu sebab dia nak ambil hati kau saja."

Adam menghembuskan asap rokok ke langit. Air tasik harini tak selancar dulu. Lagu-lagu semangat putus cinta dari band seperti Mando Diao menjadi makanan telinganya.

"Sedangkan janji dengan diri sendiri pun dia tak dapat pegang. Janji kau? Lagi lah dia tak pandang."

Puntung rokok dia pijak. Kini dia cuba untuk format kepalanya. Mungkin Tuhan turunkan Hawa untuk diri dia sebagai satu proses mengenali sifat perempuan. Belajar selok belok hubungan. 



Yes. Dia yakin tu. Terus dia bangun ambil gitar dan menulis lagu tentang bangunnya seorang dari berkecainya jiwa.