Tuesday, May 10, 2011

PEREMPUAN HIGH MAINTENANCE.. KAU SANGGUP?

 
TERFAKTAB
 
Marilah kita meninggalkan saat saat sedih lagi jiwang romantis bagai. Hari ni gua ber mood happy happy lagi sarkastik bagai. Jadi sambil lepak memandang sekeliling, harus lah berkongsi pelbagai maklumat hal dalaman dan luaran wanita.

So, tajuk kita hari ini HOW TO SPOT HIGH MAINTENANCE GIRLS? Bukan How To Spot The Differences okayyyyy? Jadi marilah kita memulakan pengembaraan penuh makna dan juga peringatan kepada kaum kaum Adam supaya mem'prepare'kan mental dan fizikal sebelum terjerumus ke dalam relationSHIT dengan mereka meraka yang di dalam senarai tersebut.


1) Handbag, Kasut, Baju, Bra, bagai apa kejadah semuanya nak BRANDED

- Haruslah diketahui wahai lelaki lelaki sekalian yang perempuan punya barang ni most of it memang murah. Dengan SALE bagai. Nak dress cantik kiut miut pun boleh dapat harga RM25 kat Sungai Wang. Lelaki ada? Baju kemeja kerja pun bapak mahal. Patut lah asyik asyik tengok pakai baju sama je. Soooo, apabila si Perempuan ni memakai pakaian branded dari hujung rambut sampai hujung kaki, sangatlah dipercayai 100% bahawa mereka ni high maintenance orangnya.  Sebelum memulakan langkah haruslah diingatkan bahawa gaji anda paling koman pun 5 angka. Nanti susah nak jaga pulak, siapa yang susah?

2) Jenis makan dessert yang stock berbelit lidah nak menyebutnya
- Jenis-jenis golongan ni selalunya suka lepak lepak minum petang or after makan akan memesan Creme Bulee, Pavlova, Macaroons, Truffles,  Madeleine au chocolat, Baumkuchen dan sebagainya. Bukanlah seperti gadis gadis tipikal yang lebih suka makan Kuih Kaswi, Epok Epok, Tepung Pelita atau enjoy makan Pisang Goreng cicah sambal kicap petang petang. Kalau rasa segan nak menyebutnya maka pandai pandai la belajar usha usha. Orang kata tak kenal makan tak cinta. Ye dak?

3) Sentiasa kelihatan bergaya memanjang
- Naluri perempuan maybe. Tapi mereka yang tergolong jenis macam ni memang memerlukan dana yang lebih apabila berkahwin kelak. Haruslah kaum Adam memahami bahawasanya jika anda memerlukan seorang isteri yang sentiasa kelihatan cantik bergaya, investmentnya juga besar yeeeee. Apa tak nya, salon rambut, manicure, pedicure, eyelashes extension, makanan organik (jaga badan u ollss), spa, kosmetik berjenama, rawatan anti kedut, anti gemuk, anti jerawat, anti jeragat, anti hitam, anti apa-kejadah-la-sial-banyak-gila-duit-nak-perabih. Ingat senang ke nak maintain cantik? Kalau agak agak tak larat, lupakan sahaja niat suci murni mu itu.

4) Mereka suka sangat jaga STANDARD

- Contohnya, lunch makan kat Food Court je, tapi perempuan perempuan ni pergi Coffee House Kat Hilton. Ataupun kita delivery McDonald or Pizza Hut, mereka guna Room Service Deliveries order dari restaurants The Fish & Chippery, Pride of India, Brisik, The Talk, Las Carretas, La Bodega, Euro Deli atau Planter Jim's. Kita lepak Summit USJ, mereka penuh kat Michelangelo, Pavilion. Kita window shopping je...tsk..tsk..tsk, dieorang pulun semua penuh dengan paper bag, LV, Gucci, Prada bagai. Jadi apabila dah nampak dari jauh paper bag tersebut stock 6 orang angkat, sila ukur baju di badan sendiri ye. Sebab apa? Sebab STANDARD habis ah tu kannn kalau memilih air mineral, ngan air minuman ngan air reverse osmosis. Nak minum air Bling H2O atau Veen je.


 

5) Jenis semua pun tak boleh
- Haaa.. ni jenis memang rasa nak penampar. Tapi jangan terkejut sebab memang ada jenis lelaki yang suka melayan ataupun memang manjakan. Lama lama memang jadi spoil dieorang tu. Jenis ni memang tak boleh nak kena panas, tak boleh jalan jauh, tak boleh berpeluh, nanti cair make up la, nanti kuku patah la, nanti rambut kering la, nanti tu lah, nanti ni lah, nanti mampos cepat la. So lu orang haruslah mempunya kereta gojes lagi aircond super kuat dan juga melawati tempat tempat yang up up dan sila lempang diri lu orang sekrang kalau lu orang rasa lu orang memang bukan jenis melayan awek awek macam ni ye. Pastu apa lelaki tu pakai pun banyak complain. Kena pakai ni, ni, ni, tak boleh pakai tu, pakai brand ni. Haa.. Amik kau.

Kesimpulannya,

Gua rasa tak salah kalau perempuan tu berabis duit untuk diri sendiri. Dah penat kerja, haruslah berbelanja sakan kan. Pada gua perempuan yang high maintanance ialah perempuan yang buat semua benda kat atas tu guna duit poket sendiri. Tak salah nak manjakan diri sendiri bai asalkan bukan bergantung pada lelaki. Memang susah nak maintain tu semua. Ye lah dah biasa buat benda tu sekali je kahwin, dah tak dapat buat sebab ye lah dapat laki jenis suruh lu duduk rumah pastu bagi belanja sebulan RM350, pastu hujung bulan siap cakap apsal la lu sebagai isteri gila selekeh, tak macam dulu dulu? Cakap ngan laki lu jangan banyak cekadak, ada hati nak kat lu, dana tak bagi lagi nak expect lu bergaya macam Victoria Beckham.


"Bang,  hadap je la minah pakai tracksuit ngan t-shirt free BN ni haaa.."



p/s: kalau lelaki jenis berduit, anak tokey SYABAS apa ada hal ye tak?



2 comments: