Wednesday, August 31, 2011

Wordless Wednesday #1


RAMADHAN DAH BERLALU...

Assalammualaikum...

Salam hormat buat semua..

Gua tahu semua dah duk sibuk beraya kan? Sedar tak sedar dh sebulan ramadhan.. Syawal pula menjelma kini.. Dan gua tahu semua duk sibuk beraya.. Sebelum terlambat gua nk ucapkan selamat hari raya aidilfitri maaf zahir batin buat semua.. Kepada semua blogger2 pulak gua tau ramai yang duk sibuk post pasal raya.. Gua kali tak nak lagi lah nak post pasal raya.. Malas lagi. Tapi tak tahu lah kalau kalau kejap lagi gua rajin nak buat entri pasal raya.

Gua kali ni nak tulis entri pasal ramadhan. Boleh? Kalau tak boleh pun apa gua kisah. Dulik apa gua. Gua nak buat gak. Jangan marah yer..

Masa bulan ramadhan ari tuh tak ada banyak sangat kisah gua lalui bulan ramadhan yang mulia tu.. Sebab masa tu gua dikatakan gila berkerja. Banyak gak aktiviti yang gua tak dapat follow.. Nak nak pulak bila gua diinvite untuk follow majlis berbuka puasa bagi freinds camfrog untuk room MALAYSIA COMMUNITY dan majlis camfrogger malaysia..

Gua nak minta MAAF lah pada sumer freinds dan camfrogger sumer kerana tidak dapat hadir pada majlis tu. Bukannya gua tidak dapat hadir atas sebab berkerja sangat. Bila gua diberi pilihan oleh bos gua untuk hadir majlis rakan-rakan atau pun majlis anak yatim maka kat situ gua terpaksa buat pilihan untuk meraikan anak yatim. Wakil bos gua yang berada di singapore time tu. Agak gila juga lah untuk membuat pilihan.

Gua teringat pada kisah baru-baru ni. Kisah ni terjadi pada diri gua sendiri. Kalau tak salah gua pada 27 ramadhan ari tuh. Kisahnya bermula bila pada sebelah pagi tu gua keluar menaiki kereta gua menuju ke kedai. Membeli sedikit persiapan untuk beraya. Bukanlah gua ni jenis nak beraya mana pun. Tapi orang tua gua yang duk sakan nak beraya tahun ni. So, gua sebagai anak mithali keluarkan lah sedikit duit belanja untuk persiapan raya. Khas untuk orang tua lah katakan.

Semasa gua dalam perjalan pulang ke rumah gua ternampak seorang orang tua yang terjatuh tergolek di tepi jalan. Gua memberhentikan kereta gua dan gua turun kereta pergi menuju ke arah orang tua tersebut untuk membantu. Kesian juga gua tengok orang tua tu. Kemanakah arah tuju orang tua ni agaknya..detik hati gua.

Niat di hati ingin membantu, tapi bila gua mambantu banyak juga lah soalan gua bertanya pada dia. nka juga lah gau tahu ke mana arah tuju untuk gua hantar dia. Dari manakah dia dan nak kemanakah dia. Harus lah kita bertanya ye tak? Tapi, bila dia ceritakan kisahnya dari A sampai lah Z agak terkejut juga lah gua...

Dia sebenarnya baru sampai dari kampungnya di ipoh untuk datang ke kawasan perumahan taman gua ni untuk beraya ke rumah anaknya. Tapi dia dihalau oleh anaknya yang tidak berhati perut itu. Oh, kejamnya engkau wahai manusia celaka. Sanggup kau halau BAPA kau sendiri. GILA ke apa kau ni celaka?

Maafkan saya pakcik kerana hanya dapat menghantar pakcik ke stesen bas sahaja. Nasib baiklah tiket bas ke ipoh masih ada. Saya berharap dengan sedikit duit pemberian saya dan kuih sepit yang saya buat tu dapat memeriahkan raya pakcik yang tidak seberapa. Saya juga berharap agar saya dapat ke rumah pakcik bila saya ke ipoh untuk berkerja.

Bila gua pikir pikir balik ramadhan gua tidak lah sehebat mana. Tapi lebih unik dari sebelum ni. Gua dapat meraikan majlis berbuka puasa dengan anak yatim. Gua juga dapat membantu orang tua yang amat memerlukan. Dan dengan kisah-kisah gua yang gua lalui gua dapat juga bersedekah kuih sepit kepada rumah anak yatim dan juga rumah orang-orang tua. Tidaklah banyak tapi dapat lah juga memberi sedikit yang gua mampu. Dah itu saja kemampuan gua untuk mereka.

Uniknya Ramadhan kali ni..

Salam Syawal pada semua yang mengenali gua..

~~alhamdulillah.. pakcik tu pun dah selamat sampai ke ipoh dengan selamatnya. Gua ingat dalam tv jer ada kisah macam ni. Tapi kali ni gua lalui dengan sendirinya.. Ya Allah, Sesungguhnya suatu hari nanti aku berjaya dalam kehidupan dan kerjaya aku janganlah membiarkan aku melupakan dimana bumi yang aku pijak. Aku tidak ingin lupa diri seperti manusia celaka itu..

Sunday, August 28, 2011

Salam Aidilfitri

Hari raya dah nk tiba.. So memasing pakat kasi ucapan selamat hari raya..  Mintak maaf sana sini.. Yee.. seperti yg kita tahu time-time la paling seswai nak mintak maaf buat yg dah lama tak bertegur sapa. yeee dakk ? So banyak la cara-cara terkini dan sensasi merealisasikan harapan nak memberi ucapan pada umum.

yolah.. korang pon tau, kite sekarang ada sms, phone call, facebook, twitter, tagged, e-card, email.. lalalala.. dan malas nk listkan semuanya disini. Melambak2 la manusia yg mengedit dan menepek gambar mereka dan tulis ucapan raya. Ada yg panjang, ada yg pendek.. Lepas tu abis la semua umat manusia di tag dengan gambar tersebut. Hihihi.. Saya masih belum dpt walau satupon. Bole?

Cuma sangat berterima kasih pada seorang kawan dari jauh yg ada effort tuk hantar kad raya. Apa? Masih ada yg old fashioned? lol!! Baguslah kot, sekurang-kurangnye masa ada nilai sentimental di situ. Ko ader? Tapi aku? Hahaha.. Samelah mcm kebanyakkan korang. MALAS. xde kerja plak nk beli kad and bersusah payah ke post office tuk pos kad raya. So kat sini je la aku tepekkan ucapan Selamat aku. Tapi aku tadelah nk tepek ucapan raya skali ngan muke k.. hHAHahaha.. Hurm.. Tak nk tulis panjang.. Sbb memang tak ada idea lansung,so0o0oooo  Selamat Berhari Raya wahai umat2 islam seMALAYSIA.


Monday, August 22, 2011

Terima Kasih :)

Assalamualaikum,


Kembali setelah hampir seminggu sibuk dengan aktiviti bersama rakan-rakan. Ni yg aku nk cerita tentang kerenah manusia.. hahahaha.. Baru-baru ni, aku menghadiri satu majlis berbuka puasa yg agak besar majlis tu dgn hadirnya hampir 130 org peserta. Comel! Ramai! Panas! Hangat dan banyak gosip yg timbul.


Aku cam biasa la, secara tak lansung terlibat dgn tolong menolong.  hehehehee. Dari awl pagi (tak berapa nak awal la) sampaiiii la kemasan cawan terakhir atas meja. Aku berada kat sana. Memang happening. diserikan dengan mcm2 ragam....


Ada yg menyendiri, buat2 sibuk, lompat dri meja kemeja. Tunjuk hero, kelentong kawan2, semua dia pandai, kondem sana sini, berkumpulan, mesra, sombong, bercakap ngan org yg dia kenal je, cerewet, gatal, gedik, bercinta, ceria, banyak ckp, x pedulikan mc, bergambar dri awal sampai abes, over happy. Mcm kerenah..


yg penting aku selesa.. aku gembira dalam keadaan keramaian mcm tu.. walaupun aku tak berapa kenal semua yg hadir :) tapi aku happy :) diorang happy x? lantak lahhh :) hehehe.. Btw, tahniah kepada orang2 kuat "Majlis Berbuka Puasa Camfrog Malaysia" majlis ni adalah satu kejayaan.. yg terbesar dlm sejarah camfrog bagi aku :)


meriah kann??
Sedikit info tentang CAMFROG buat yg tatau.. Camfrog ni lebih kurang YM, SKYPE, dan yg sewaktu dengannye. Ia adalah Video Chatting Application. Sejujurnya "I'm addicted to it" hahaha. Pagi, petang, malam, janji asal ada masa terluang je aku akan on9. So agak2 yg berminat.. boleh try join :) leh download application, dan usha2 link2 yg aku linkkan kat bawah, :)


Download Application kat sini
v
v

Like page Camfrog Malaysia di FB
v
v


Usha-usha blog salah satu room malaysia dia Camfrog
v
v



So pendek kata panjang entrynya.. Tujuan entry ni adelah untuk BERTERIMA KASIH kpd owner blog ni BOROI_STYLO  kerana dengan selambernye TIDAK HADIR ke majlis walaupun dgn jemputan yg sangat istimewa! DEMM YOU! Merajuk seminggu tak nak tulis entry !!~

SETEL!! ASSALAMUALAIKUM, bye!!~

Sunday, August 14, 2011

BICARA GILA...



Hurmmmm.. Terus berpikir... Entri apa yang aku nak muatkan pada malam ni?

*jari mengetuk meja...

Kadang-kadang kepala rasa kosong,
Tapi jari masih gatal mahu menekan butir-butir aksara yang bercetak dia atas papan kekunci komputer...

* masih lagi jari mengetuk meja...

Manusia yang normal-normal seperti kita-kita,
Hurmmmm... Macam mana nak susun ayat bagi kalian memahami?

*otak berpikir...

Apa yang patut aku tulis pada malam ini?
Tentang cinta?
Tentang keluarga?
Tentang kawan-kawan?
Tentang aktiviti?
Tentang kekasih? (gua ada kekasih meyh?)

*fikiran masih lagi berkeliaran mencari idea..

Cuba kalian sesekali memberi idea pada aku yang sedang buntu ini..
Manalah tahu kalau-kalau tulisan kalian lagi hebat dari tulisan aku yang tidak seberapan ini...

*menjungkit senyum...

Kita ni manusia biasa kan?
Kadang-kang idea tu hilang,
Kadang-kadang idea tu datang seperti kilat,
Segala data yang kau simpan di dalam kepala terbuka fail-fail nya...

hahaha!!

Aku bukanlah seorang penulis yang hebat,
Aku cuma cuba meluahkan apa yang belengu di dalam hati ini,
Kadang-kadang hati tidak keruan,
Segala cerita sedang bermain di pikiran,
Segala drama sedang mula dimainkan dalam kehidupan seharian,
Tapi idea tu tidak lah sehebat mana yang datang...

*menumpang dagu...

Cerita di pikiran berlegar-legar,
Tapi untuk mengembangkan menjadi yang menarik agak lah menyiksakan,
Ceritanya seperti corak yang abstrak,
Kadang-kala tidak terbaca oleh mereka yang buta seni,

Hurmmmm...

Aku mahu beransur,
Malas lagi nak merepek,
Kalau kalian ada yang ingin dikongsikan, silakan lah,

Terima kasih kalian,
Kerana apa?
Kerana membaca tulisan aku yang gila hingga ke perkataan yang terakhir...

Salam sayang untuk semua..

tata...

p/s : jika ingin berkongsi cerita silakan lah.. Kecil tapak tangan stadium kami tadahkan...

AKU BERSUJUD



Assalammualaikum pembuka kata dari hatiku...

Gua sunyi, gua sepi, gua bosan, semakin lama semakin suram hidup ini.. Ayat-ayat yang sering gua ungkapkan. Gua sentiasa terpikir yang gua akan hidup berseorangan dan single tanpa kasih sayang dari seseorang yang bergelar kekasih sampai bila-bila. Itu lah yang gua fikirkan selama ini.

Cinta-cinta yang tidak pernah aku kecapi dengan kebahagiaan tapi berakhir sentiasa dengan kekecewaan. Cinta yang sentiasa memberi maksud apa itu kecundang, kecewa, hampa dan sedih dalam hidup aku sepanjang aku cuba memahami erti cinta ini. AKU KOSONG...

KOSONG? Betulkah gua kosong? Betulkah hati gua kosong? Betulkah hidup gua  kosong? Betulkah dunia ku kosong? Apa yang duk membuat aku kata aku kosong?

Semalam gua terbaring atas katil. Seperti biasa gua menatap dinding. aktiviti yang gua buat setiap malam. PANDANG DINDING.. Lu orang boleh?

Tatapan yang indah dan mengamankan jiwa gua setiap kali gua menatap dinding bila gua terpana pada kalimah yang indah tergantung di dinding bilik gua. Tiba-tiba gua terpikir sejenak. Gua tak kosong. Ada yang ambil berat tentang gua.Sebab dia tahu segala-gala tentang hati gua. Kerana dia Maha Mengetahui. Cuma gua sering melupakan Dia. Dia sering perhatikan gua. Kerana dia Maha Melihat dan Mendengar. Cuma gua sering melupakan dia. Dia sering memaafkan gua. Kerana Dia Maha Mengampuni. Cuma gua sering lupakan dia. Dia tetap sayangkan gua, tak kira lah gua buat jahat macam mana pun. Kerana Dia Maha Mengasihani. Tapi...

GUA SERING LUPAKAN DIA.....

Tiba-tiba saluran paip air mata gua mengalir. Sebegitu rupa gua lupakan Dia. Gua sering lupakan Dia. Gara-gara kemewahan dan kesenangan dunia gua lupakan Dia. Gara-gara gua sering di kecewakan gua sering lupakan Dia. Besarnya dosa-dosa gua kerana gua sering melupakan Dia Yang Maha Besar.

Ya Allah,
Maafkan aku,
Aku tidak berniat melupakan Mu..

Ya Allah,
Maafkan aku,
Gara-gara kisah lalu yang terjadi pada diriku selama ini aku sering melupakanMu.

Ya Allah,
Kau telah memberi segala dugaan padaku untuk tunjukkan betapa besarnya kekuasaanMu,
Tapi aku sering melupakanMu.

Ya Allah,
Maafkan segala kesalahanku,
Maafkan segala dosa-dosaku,
Maafkan aku atas segala-gala perbuatanku.

Aku memohon padaMu Ya Allah,
Kerana Engkau lah yang Maha Berkuasa di sekelian alam,
Maafkan Aku hambuMu yang hina ini Ya Allah...



Friday, August 12, 2011

BILA GUA MENGIKUT GERAK KAKI GUA MELANGKAH...



Dengan hati yang lara gua mengikut jari jemari gua menekan butang di keyboard ini untuk gua sekali lagi mengisi entri yang tak seberapa hebatnya. Eh lupa lah pula...

Assalammualaikum, 

Ceritanya bermula begini. Semalam gua sempat lah juga berjalan-jalan di segi tiga emas di Kuala Lumpur. Kalau lu orang tak tahu kat mana tempat tu tak apa lah. Gua bagi tahu je lah. Tempat tu dikenali sebagai Jalan Bukit Bintang. Di sana lah gua berjalan-jalan mengikut saja kaki gua melangkah entah kemana. Mencari kedamaian hati yang tengah lara.

Sambil gua mengikut gerak kaki gua melangkah membawa diri gua entah kemana gua duk terbayang kisah-kisah cinta gua selama ni. Macam-macam kisah tapi dengan satu perkataan akhirnya. Iaitu gua tetap kena game. *senyum dan geleng kepala. Nasib aku dah begitu agaknya, bisik hatiku.

Di mata wanita, gua begitu jijik. Gua muka tak tahu malu. Gua bukanlah seorang lelaki yang pandai bergaya. Maka dengan itu, gua dipersoalkan oleh wanita-wanita yang pernah gua gilakan. Seorang lekaki yang tidak akan menjadi pilihan hati mana-mana wanta. *senyum. Itu kata wanita. Tak apa lah, mereka berhak berkata. Bisik hatiku. 


Sekarang hati gua kosong, jiwa gua kosong. Tiada rasa apa-apa pun perasaan cinta dalam hatiku. KOSONG. Satu perkataan yang agak sesuai untuk diri gua sekarang ni. Gua tak ketagih atau mengharap mana-mana cinta pun sekarang ni. Kerana gua seolah-olah sudah menerima nasib diri gua. Maybe gua ditakdirkan untuk hidup begini. Dulu, gua begitu ceria tersenyum dan hati gua masih lagi hidup. Mata gua yang penuh berharap dan gua masih lagi memberi perspektif yang baik dalam cinta. Tapi sekarang? MATI...


Hanya Tuhan yang tahu hati dan perasaan gua sekarang ini. Kosong.. Mati.. Tiada apa-apa yang gua dapat rasakan. Datanglah 10 wanita yang cantik serta meletup macam Nasha Aziz sekalipun. Sekilas pandang lalu gua beralih pandangan ke tempat lain. Tidak pernah pula gua temui seorang gadis yang menerima diri gua seadanya. Menerima baik dan buruk diri gua ini. Tapi, yang gua terima hanyalah satu permainan dari sang gadis-gadis yang akhirnya permainan itu menghacurkan hati salah seorang. Tapi, gua lah yang sentiasa kalah dalam pemainan tesebut. Hati gua hancur, luluh serta kecewa bila gua terpaksa bermain permainan itu. Kenapa gua yang dipilih untuk bermain permainan itu? Gua tak bermaya dah. Gua tak sanggup dah nak bermain. TOLONGLAH... * menahan air mata dari mengalir...


Kini gua hidup penuh dengan kebencian...Adakah gua mampu bangkit? Adakah gua mampu berdiri? Adakah gua mampu untuk hidup begini bersendiri? Bukan gua tidak pernah mencuba. Tapi, setiap kali gua mencuba ada saja yang yang membakitkan kembali masa silam gua. Ada sahaja yang mempersoalkan cinta gua. Ada saja yang mempersoalkan diri gua. Ada saja yang mempersoalkan kesetiaan gua. Dan akhirnya gua kembali terduduk, jatuh, terikat, dan akhirnya gua mati disini. SITUASI INI...

Kapan lagi gua harus begini? Sampai bila? Saban hari saluran paip air mata gua pecah mengalir tanpa gua sedari. Kenapa gua dihina? Kenapa gua dikeji? Kenapa gua dipersoalkan? kenapa sang gadis menjadi begitu skeptikal dan berpikiran sempit? Cuba menghakimi diri gua yang sah-sah menjadi mangsa kaum mereka sendiri. 


Kini gua tekad..!! Sang gadis hanya tahu mempersoalkan dan memburukkan sahaja. Suatu hari nanti, hidup kalian akan musnah!! Dan ketika itu gua akan berasa puas. Dan bila sang gadis-gadis durjana merasa perit, sakit dan kecewa.. Gua adalah manusia yang paling berasa puas. Masa itu lah gua akan ketawa berdekah-dekah.. *mengucap dua kalimah syahadah.. Begitu hebat aku membenci dan berdendam sekarang. Biarkan mereka. Menginsaf diri sendiri barulah yang betul. Bisik hatiku..




p/s : ku berharap tulus cinta ini akan jadi kenyataan dalam hidupku. bukan hanya mimpi dalam tidurku. semoga tuhan mendengar doa ku.

Thursday, August 11, 2011

Bulan Ramadhan Bulan Baik... :)

Masuk hari ni dah 11 hari kita berpuasa... 11 harike? Tepuk dada sendiri tanya.. hakhakhak.. slalu dengar tak ayat2 dibawah dalam perbualan bersama rakan-rakan??

Ali : Abu, ko tau tak si Aman tu sebenarnya penagih?
Abu : eh.. BULAN PUASA ni tak baik mengumpat doh..
...
Ali : Bosan la.. Aku nak gi deting ngan awek aku la..
Abu : dari ko gi deting, BULAN PUASA ni baik ko pegi masjid ke, surau ke.. Beribadah beramal jariah
...
Ali : Semalam aku nampak babi belakang rumah ko..
Abu : ko nih, BULAN PUASA x baik cakap benda2 yg mengarut macam tu..
...
Ali : Jom gi bazar usha-usha cuci mata..
Abu : rugi je puasa ko cuci-cuci mata BULAN PUASA ni..
...
Ali : jom ngeteh kat mamak jom
Abu : dari ajak aku kedai mamak, baik kite gi terawih BULAN PUASA ni..
...

Baiknye ko ye Abu, yelah.. bulan puasa ni tambah-tambah pahala kan... Tak de masalah pon aku ngan perkara-perkara tadi, tapi yang menjadi masalah... APASAL TIME BULAN RAMADHAN je, atau lebih glemer ngan panggilan BULAN PUASA?

BULAN PUASA, nak buat ni x leh, buat tu x leh.. OK bagus la kalau ada pemikiran yang macam tu dan menghormati bulan yg mulia ni. Time-time ni la nak tambah pahala dan hapus dosa-dosa memandangkan setan2 dah kene gari kat neraka nun.... Jadi kawan-kawan.. Jom beramal.. Ceeeewah.. (macam baik2 sgt je saya) tp at least jangan jadi mcm Abu yg cume bersoleh-solehan time2 BULAN PUASA je, ce teruskan ke bulan tak puasa, a.k.a Rejab ke, Jamadil Akhir ke, Muharram ke... ekekekekeke...

p/s : Abu bukan nama sebenar, tiada kene mengena antara hidup atau mati. cume pendapat di pagi hari.. Peringatan buat kawan-kawan dan diri sendiri. Bole? Selamat Pagi dan Selamat Bersahur untuk meneruskan amalan puasa di hari ini... ngeee :P

yeay to Google!

Wednesday, August 10, 2011

AKU DAN BAZAR RAMADHAN..

Assalammualaikum,

Mungkin tak terlambat untuk gua ucapkan selamat berpuasa untuk kalian semua. Walaupun dah 10 hari puasa kan tapi bagi gua ok jer kalau nak ucapkan. Janji hati dan niat kita baik.

Bila kita bicarakan tentang puasa dan ramadhan mesti ada jugak terselit-selit yang kita akan bicarakan tentang bazar ramadhan. Gua tak nak cerita dekat sini dosanya bila lu orang tinggalkan puasa. Masing-masing dah besar, so buat apa gua nak bagi ceramah lagi. Kalau ada yang tak puasa pun gua buat tak tahu je. Sebab dulu gua macam tu juga masa duk bujang-bujang dulu. I admit it... Ok?

Apa yang gua nak bicarakan hari ni tentang diri gua dan bazar ramadhan. Gua bukan lah jenis orang yang suka sangat duk pergi mencari juadah berbuka di bazar ramadhan. Percaya atau tak dah hari yang ke-10 kita berpuasa baru lah hari ni gua pergi bazar ramadhan. Itu pun sebab gua nak pergi cari murtabak yang boleh dikatakan menepati cita rasa gua lah. Kalau tak sebab tu, memang gua tak kan pergi jenguk pun ke bazar ramadhan tu. Gua rela lah menikmati juadah yang simple iaitu spaghetti malaysia(maggie).  

Sebenarnya petang tadi gua sememangnya teringin nak makan murtabak yang gua selalu beli dia area sekolah lama gua yang dikenali sebagai bandar tun hussein onn. Tapi bila gua sampai di sana gua agak kecewa juga bila gua terpana kat area sana. KOSONG.. Kemanakah perginya bazar tersebut yang setiap tahun akan sentiasa dibuat di area sana?

Hatiku hampa.. kecewa.. sedih...kempunan melanda diri. namun apakan daya. Gua tetap gagah terus menempuh jalan-jalan mencari bazar ramadhan yang lain. Dengan motor ku yang agak cabuk itu gua meneruskan ke bazar ramadhan yang terletak betul-betul di sebelah sekolah gua. Sesampainya aku ke sana aku parking motor. Dengan langkah yang lemah serta longlai gua teruskan jua. Bukan kelaparan atau keletihan sebab berpuasa. Tapi gua kecewa dan sedih sebab bazar tersebut tiada. Dan gua terpikir yang murtabak itu pun tiada juga. Maka hancur lah hatiku. Merana sudah.

Jalan punya jalan punya jalan punya jalan punya berapa banyak jalan daaa.. Gua terpandang di satu sudut. "alamak ada brader jual murtabak". Gua tengok gerak tari beliau membuat murtabak. Dari mula sehingga lah habis. "Yes, inilah murtabak yang gua cari". Bukan susah nak cam. Kalau gua dah 3 tahun berturut-turut duk beli murtabak yang sama juga mesti lah gua dapat cam cara pembuatannya. Memang agak lain lah sikit cara pembuatan dia.

Akhirnya, gua tak lah kempunan sangat duk nak makan murtabak itu. Bagi gua, itu rezeki gua sebab dapat makan mutabak tersebut. Terima kasih brader.

Gua rasa macam elok gua letak title entri ni aku dan murtabak lah. hurmmm..

p/s : Semoga berjaya mengumpul duit raya pada rakan-rakan yang berniaga di bazar ramadhan cheras perdana. chaiyok gua ucapkan..

BERDUA LEBIH BAIK..

Assalammualaikum,

Hari ni sempat juga gua nak try mengomel dekat sini walaupun kesibukkan kerja melanda diri. Sambil gua melayan kerja gua dan juga gua duk melayan mata gua yang dah nak tertutup ni baik juga gua duk mengomel dekat sini sebaik-baiknya. Mana tak nya, hari ni saja dah 4 kali mata gua terlelap. Nasib baik tak berkeruh je.

Tak ada apa sangat yang gua nak bicara kat sini. cuma nak buat pengumuman je. Bukan pengumuman puasa ataupun raya ye. Kalau lu orang duk pikir gua duk sibuk nak buat pengumuman raya sila lah benamkan kepala lu orang dalam air selama 10 minit.

Pengumuman yang gua nak buat sebenarnya ialah gua tengah happy lah sangat-sangat. Mahu gua tak happy, kalau dulu gua seorang kini gua dah berdua. Berdua kan lebih baik. Alaaa, macam lagu irwansyah feat acha sepriasa tuh.. Iyer kot, lagu diorang kot. Kalau tak salah gua lah.. kehkehkehkeh..

Berdua yang gua maksudkan kat sini bukan lah gua ngah sedap bercinta. Oh, tidaklah... Gua kan baru je merelakan dia pergi. Apa yang gua maksudkan dekat sini ialah gua dah ada rakan yang akan membantu gua memasukkan entri-entri baru dekat sini. Seorang gadis yang cantik molek serta menarik dan memang da bomb. Selepas ini mungkin kita boleh kerap membaca entri-entri dari sudut pandangan dia. Dan gua juga hampir melepaskan segala-segala hal yang ada di blog ni pada dia. Kalau lu orang perasan blog gua ni pun tengah duk nak berubah sedikit demi sedikit. Dengan adanya iklan-iklan dan kejadah apa entah yang gua sendiri tak tahu telah diletakkan oleh dia. Bagus lah kalau macam tu. Gua ok jer.

Dengan gua senang je, apa yang lu orang nak buat atau tulis kat blog ni gua tak kisah. Lu nak kutuk gua sekali pun gua tak kisah. (Try lah kutuk kalau nak kena tolak gaji. kehkehkeh) Tapi, gua minta cuma satu je. Tolong jangan libatkan hal politik dalam blog ni. Gua memang tak berapa nak suka bincang hal-hal politik kat sini. Lu orang boleh tulis pasal gajah berak sekalipun gua xkisah aihh..kehkehkeh.

Dan untuk pengetahuan semua gua duk rasa dan terpikir macam nak tukarkan nama blog ni. Iye lah, kalau ada 10 orang penulis blog ni gua tak rasa sumer penulis-penulis gua boroi. Dan gua yakin sangat bahawa gua je seorang yang boroi. kahkahkahkah... Tpi itu semua dalam perancangan lagi. Rileks-rilesk sudah.

Kepada penulis suka ungu, SALAM HORMAT DAN SELAMAT DATANG khas dari gua sang boroi stylo.

p/s : sedang mencari penulis-penulis gila untuk dihimpunkan dalam blog ini...

Tuesday, August 9, 2011

Mari berPERIBAHASA

Salam! pembaca budiman.


Terasa nak berbahasakan orang di pagi-pagi hari ni, atas kekusutan yg melanda diri 2-3 hari ni kan.. Naik rimas aku nk melayan kerenah2 manusia - manusia penipu di atas muka bumi ni.. Bukan nk kata aku baik la.. Tapi, aku tak paham jenis manusia yang;


Dah "LEMPAR BATU SEMBUNYI TANGAN" 
: seseorang yg melakukan atau menjadi penyebab sesuatu keributan, berpura-pura x tau atau tidak mengaku.


menarikkan org macam tu.. pernah jumpa? ada la sorang ni.. baru je jadi semalam.. aku malas nk amik pot tentang apa yg diceritakan kepada aku.. tapi.. bila "yg diceritakan" nk tau gak kisahnya, jadi aku sampaikan pada "yg diceritakan" dan beritahu la siapa sipolan "yg bercerita".. "yg bercerita" TAK MENGAKU? x paham aku.. kenapa "yg bercerita" harus menipu..  atau dia sebenarnya tidak menipu? Its not a very big deal anyway.. Tp mati2 "yg bercerita" tu x nk mengaku.. Dan aku pule tunjukkanlah bukti bergambar, sbb "yg bercerita" tu bercerita dgn aku dgn cara bertulis.. bkn cara lisan... mmmmm... bile dah ada bukti..


"LAGI TERANG LAGI BERSULUH"
:perbuatan pandir, yang bertanyakan perkara yg sudah jelas.


mati hidup semulalah "yg bercerita" ni x nk mengaku dan bertanyakan aku bila "yg bercerita" melakukan perkara tersebut.. haishh.. bukti2 dah tunjuk.. tapi masih tak nak mengaku dan mengatakan itu bukan dia "yg bercerita".. padahal cerita mengunakan fb "yg bercerita" haishh.. nak kata apa lagi....?? 


"GALI LUBANG, SENDIRI YANG JATUH"
:nk mencelakakan orang lain, diri sendiri yg susah..


bile dh jadi mcm ni.. apa nk buat... hilang kawan, hilang kepercayaan.. ntah la. bila "yg bercerita" kata bukan dia "yg bercerita", aku sebagai kawan pon rasa cam kesian.. mana lah tau bukan dia "yg bercerita".. tapi dah mende2 tu semua berkait ngan dia.. dan bukti sgt kukuh.. kalau aku kata bukan dia "yg bercerita", maknanya akulah yg buat cerita disini.. oh...! isk iskk iskkk...




"SEDIAKAN PAYUNG SEBELUM HUJAN"
:kalau xde payung nanti basah!! hahahahaha


Walau apa pon, pengajarannya disini, jadilah manusia yg jujur, dan bercakap berdasarkan bukti2 yg sahih. Jangan cuba menjatuhkan org sekeliling. Hilangkanlah perasaan hasad dengki yg sememangnye memakan diri sendiri. Tapi aku, sebagai KAWAN akan cari punca dan jalan penyelesaiannye insyaALLAH. okay.. selamat beramal dan selamat berpuasa dan selamat beramal ;)

Assalamualaikum :D






Pengenalan ringkas yg ringkas

"ok.. ini blog aku.. tapi kalau korang rasa korang nak buat macam ini blog korang silalah klik tanda pangkah kat atas belah kanan belah skrin korang.. aku tak mengalu-alukan korang kalau korang nak buat ini tempat macam rumah korang.. blog aku.. cerita aku.. dan kehidupan aku.. ok? UNDERSTAND?"

pahammm pakcik.. ini blog boroi,cite boroi dan kehidupan boroi, tapi dgn wujudnye aku kat sini nk express apa yg aku rasa tentang kehidupan aku, cerita aku bole? tak yah nk suh tekan pangkah sgt lah ye boroi.. hehee.. dont worry, ni bukan acara hijack blog ke hape, just menumpang.. almaklumlah aku x berapa rajin nk menulis kat blog sendiri. so kite men tumpang2 je la..

but still salute ngan abg boroi yg hemsem bergaya nih, sbb dgn murah hatinye kasi aku menumpang bebel kat sini.. so buat masa skrg ni rumah kami, cerita kami, kehidupan kami, tapi BLOG DIA.. ngeehhh ngehhh.. jangan salah paham okay.. KAMI tu bukan bermaksud KAMI tu "KAMI".. lol! paham? x paham suda.. ok thats all for now.. sambung cerita esok or lusa.. :) once again.. THANKS encik boroi ;)



p/s: walaupun url dia boroistylo.blogspot.com x bermakne aku boroi ok :P wekk

Monday, August 8, 2011

AKU RELAKAN DIA PERGI.


Assalammualaikum pembuka bicara...

Lama sudah kita tak bersua, beramas mesra, mahupun comolot bersama. (untuk perempuan sahaja) Aku agak sibuk sikit dengan kerja sekarang ni dan juga kekecewaan hati yang melanda diri membuatkan aku tiada ada selera untuk aku menulis entri ini. Tapi apakan daya, itulah lumrah hidupku.

Bila kau orang baca tajuk kat atas mesti kau orang tahu apa yang aku alami sekarang ni kan? Iyer..!! Itulah jawapan untuk soalan yang kau orang nak tanya aku. Aku dah rela lepaskan dia pergi untuk kebahagiaan dia. Mungkin dia akan lebih bahagia dengan orang lain berbanding aku. Dan mungkin juga aku tak dapat membahagiakan diri dan hidup dia kalau dia bersama dengan aku. Sebab itu aku rela melepaskan dia pergi untuk dia bersama dengan orang yang dia pilih.

Aku pilih jawapan ni masa si dia datang key ell.. Agak bahagia juga aku bersama dengan dia. Walaupun aku tau dia agak tergesa-gesa untuk habiskan plan dia bersama kawan baik dia dan untuk berjumpa dengan aku. Itupun aku rasa sebab aku desak dia unutk berjumpa dengan aku. Kalau aku tak desak tak tahu lah aku kalau-kalau dia nak jumpa aku ataupun tidak.

Kami habiskan masa bersama menjenguk ke ict. Aku tahu dia suka tengok lampu-lampu yang indah. Maybe, itu dapat tenangkan hidup dia. Sebab itu aku nak sangat bawa dia ke sana. Then, sempat juga aku bawa dia berjumpa rakan-rakan yang lain. Aku tau juga dia agak letih melayan kerenah aku yang suka mendesak dia. Sampai tak tidur malam beb. Mana taknya, bukan selalu aku jumpa dia. Bukan selalu aku berdepan dengan dia. Aku di pusat bandaraya Kuala Lumpur, manakala dia pula jauh di pantai timur. mesti lah aku nak bersama habiskan masa dengan dia bila dapat berjumpa sekali sekala.

Dalam perjalanan aku nak menghantar dia pulang ke hotel pada pagi tu. Aku rasa ada jugak dalam pukul 5 pagi aku dan dia pulang ke hotel. Dalam perjalanan tersebut tiba-tiba handphone dia berbunyi. Aku tanya siapa? Dia jawab...........





Bila aku mendengar jawapan yang diberi memang aku tersentak. Hati aku luluh. Aku kecewa. AKu tak berkata-kata. Dan aku tegar dengan jawapan aku. AKU RELAKAN DIA PERGI... Kalau dia dah pilih pilihan hati dia buat apa aku masih lagi mendesak? Aku harus beredar. Aku harus pergi jauh. Aku harus merelakan kebahagiaan dia. Sebab itu yang dia pilih. Walaupun aku terpaksa jalani hidup seperti orang gila setiap hari, aku rela.

p/s : kebahagiaan dirimu menggembirakan aku.. :-(