Wednesday, August 10, 2011

BERDUA LEBIH BAIK..

Assalammualaikum,

Hari ni sempat juga gua nak try mengomel dekat sini walaupun kesibukkan kerja melanda diri. Sambil gua melayan kerja gua dan juga gua duk melayan mata gua yang dah nak tertutup ni baik juga gua duk mengomel dekat sini sebaik-baiknya. Mana tak nya, hari ni saja dah 4 kali mata gua terlelap. Nasib baik tak berkeruh je.

Tak ada apa sangat yang gua nak bicara kat sini. cuma nak buat pengumuman je. Bukan pengumuman puasa ataupun raya ye. Kalau lu orang duk pikir gua duk sibuk nak buat pengumuman raya sila lah benamkan kepala lu orang dalam air selama 10 minit.

Pengumuman yang gua nak buat sebenarnya ialah gua tengah happy lah sangat-sangat. Mahu gua tak happy, kalau dulu gua seorang kini gua dah berdua. Berdua kan lebih baik. Alaaa, macam lagu irwansyah feat acha sepriasa tuh.. Iyer kot, lagu diorang kot. Kalau tak salah gua lah.. kehkehkehkeh..

Berdua yang gua maksudkan kat sini bukan lah gua ngah sedap bercinta. Oh, tidaklah... Gua kan baru je merelakan dia pergi. Apa yang gua maksudkan dekat sini ialah gua dah ada rakan yang akan membantu gua memasukkan entri-entri baru dekat sini. Seorang gadis yang cantik molek serta menarik dan memang da bomb. Selepas ini mungkin kita boleh kerap membaca entri-entri dari sudut pandangan dia. Dan gua juga hampir melepaskan segala-segala hal yang ada di blog ni pada dia. Kalau lu orang perasan blog gua ni pun tengah duk nak berubah sedikit demi sedikit. Dengan adanya iklan-iklan dan kejadah apa entah yang gua sendiri tak tahu telah diletakkan oleh dia. Bagus lah kalau macam tu. Gua ok jer.

Dengan gua senang je, apa yang lu orang nak buat atau tulis kat blog ni gua tak kisah. Lu nak kutuk gua sekali pun gua tak kisah. (Try lah kutuk kalau nak kena tolak gaji. kehkehkeh) Tapi, gua minta cuma satu je. Tolong jangan libatkan hal politik dalam blog ni. Gua memang tak berapa nak suka bincang hal-hal politik kat sini. Lu orang boleh tulis pasal gajah berak sekalipun gua xkisah aihh..kehkehkeh.

Dan untuk pengetahuan semua gua duk rasa dan terpikir macam nak tukarkan nama blog ni. Iye lah, kalau ada 10 orang penulis blog ni gua tak rasa sumer penulis-penulis gua boroi. Dan gua yakin sangat bahawa gua je seorang yang boroi. kahkahkahkah... Tpi itu semua dalam perancangan lagi. Rileks-rilesk sudah.

Kepada penulis suka ungu, SALAM HORMAT DAN SELAMAT DATANG khas dari gua sang boroi stylo.

p/s : sedang mencari penulis-penulis gila untuk dihimpunkan dalam blog ini...

2 comments:

  1. xleh lepas semua... heheheehe :) u r still the bos. tapi kalau agak2 nk beramai2... mmg kene tuka nama la bos :)

    ReplyDelete
  2. mmg nak kena tukar nama pun.. any idea?

    ReplyDelete