Sunday, March 25, 2012

TEGARNYA HATI LU



inikah caramu membalas cintaku,
kau nodai cinta yang ku beri,
inikah caramu membalas sayangku,
kau lukai sayangku untukmu.

teganya kau menari di atas tangisanku.
kau permainkanku sesuka hatimu.

sudah cukup cukup sudah,
cukup sampai dsini saja
daripada hati gelisah,
cintaku kau balas dengan dusta.

sudah cukup cukup sudah,
cukup sampai disini saja,
daripada batin tersiksa,
lebih baik ku pergi saja.

telah berulangkali,
ku coba mengalah,
ternyata sabarku,
tak bererti untukmu.

teganya kau menari di atas tangisanku,
kau permainkanku sesuka hatimu.

Tak gua sangka lu buat gua macam ni pada gua. Setelah apa yang gua berikan pada lu, lu permainkan gua macam tu saja. Tatkala gua menangis rindukan lu secara tegar lu tidak mempedulikan gua dan berhibur bersama rakan-rakan lu. Selama ni gua bagi lu cinta lu permainkan. Gua bagi lu sayang lu lukakan hati gua. Tatkala gua rindukan lu secara tegar lu cuba lupakan gua. 

Selama ni gua cuba mengalah dengan lu. Tapi lu dengan tegar tidak pedulikan. Selama ni gua bersabar dengan lu. Tapi dengan tegar secara berulang-kali lu cuba menyakiti hati gua. Sejujurnya dengan kesabaran gua tak bererti pada diri lu langsung. yer dak? tak bererti langsung dalam hidup lu.

Gua dah tak nak hati gua gelisah memikirkan lu. Gua dah tak nak batin gua tersiksa menanti lu terima cinta gua dan beri peluang pada gua. Daripada hati gua gelisah kerana cinta gua lu balas dengan dusta. Daripada batin gua tersiksa sebab lu menanti cinta lu yang tak tahu ada atau tak. Gua buat keputusan untuk bertugas di medan, indonesia. Maafkan gua kerana cinta lu gua nantikan da gua bawa ke sini. Ke Medan, Indonesia. I still wait you and love you so much baby.

MENJADI PENCINTA TERBAIK





Assalammualaikum...


Berikan ku peluang terakhir sekali lagi,
Untuk membukti kasih sejujurnya di hati,
Maafkan seandainya cintaku tidak sempurna.

Kaulah insan pertama berpacaran denganku,
Dan bersama ku mahu masa depan yang kukuh,
Maafkan seandainya ku masih amatur cinta.

Luangkan diri ini lebih masa,
Melengkapkan kekurangan yang ku ada,
Temankan di kala ku memerlukan bimbingan,
Sehingga diriku menjadi pencinta terbaik.

Bukan dengan sengaja tidak cukup prihatin,
Ku harap kau bersabar dan rasa lebih yakin,
Maafkan seandainya ku masih amatur cinta.

Luangkan diri ini lebih masa,
Melengkapkan kekurangan yang ku ada,
Temankan di kala ku memerlukan bimbingan,
Sehingga diriku menjadi pencinta terbaik.


~~PENCINTA TERBAIK~~

Gua yakin semua manusia mempunyai perasaan sayang, cinta dan kasih kat dalam setiap hati masing-masing. Jangan nak cuba tipu gua bila lu orang kata tak ada perasaan tu. Sekeras-keras hati lu orang, lu orang masih tetap mempunyai perasaan tu walaupun lu orang sembunyikan. Ye dak?

Macam tu juga gua, Gua mempunyai ketiga-tiga perasaan tu. Dan gua gabungkan ketiga-tiga perasaan tu untuk cuba membahagiakan seorang insan bernama wanita. Selama ini gua cuba untuk buat yang terbaik dan menjadi yang terbaik kat dalam hati seorang wanita. Tapi gua pelik, kenapa gua je yang cuba bertindak. Kenapa tidak dia juga cuba untuk bahagiakan gua?

Kalau gua kata gua tak bahagia dengan dia maknanya gua tipu. Ok2!! Memang gua bahagia. Selama ini gua memang bahagia bila dia disisi. Tapi bila dia tak ada kat sebelah gua, gua jadi terseksa. Gua mencari cinta, kasih dan sayang yang gua tak tau wujud atau tak kat dalam hati dia pada gua.

Gua sebagai seorang lelaki tak minta apa yang lebih pada kaum wanita. Cuma yang gua minta tolong pandai-pandai bahagikan masa dengan gua kalau betul lah lu sebagai wanita menganggap yang gua ni cinta, kasih dan sayang lu orang forever. Tapi kalau lu sebagai wanita masih tak boleh nak bahagikan masa dengan gua dan lu orang nak masa 24/7 ngadap chat, ngadap tenet, ngadap kawan2 lu orang dan tak pernah ada masa walau 10 minit untuk gua yang lu anggap kekasih ni. Gua ucap syabas pada lu orang. Sebab lu orang dah berjaya bagi air mata gua mengalir sedih bak air paip pecah tak nak tutup hari-hari. Gua terkilan.

Gua sebagai lelaki selama ini cuba untuk menjadi seorang PENCINTA TERBAIK kat dalam hidup lu orang. Dah puas gua merayu, dah puas gua bersedih, dah puas gua cuba buktikan yang gua sayang kat lu tapi diri lu masih keras untuk tidak benarkan gua tampil untuk ambil walaupun sekali saja lagi peluang yang gua minta untuk gua buktikan cinta gua pada lu. Masih lagi lu tidak berikan peluang. MAAF SEBAB GUA TAK DAPAT JADI PENCINTA TERBAIK DALAM HIDUP LU.