Friday, October 28, 2011

CERPEN : KEHIDUPAN PLAYER

Tubuh kaku terbaring di atas katil. Mata terpana ke atas dinding. Kepala otak masih lagi berat, dan duk terpikir perkara yang aku sendiri sukar untuk aku percayai terjadinya malam tadi.

"Biar betul malam tadi?" getus hati kecil aku.

Aku pusingkan kepala aku ke kiri. Sekujur tubuh perempuan yang sedang tidur nyenyak bertentangan aku. Memejam mata sambil tangannya erat memeluk tubuhku. Panas dan hangat.

"Malam tadi memang betul-betul terjadi." sambil menghela nafas.

Aku selak selimut untuk mendapatkan kepastian. Ya, memang tak syak lagi. Kami berdua dalam berkeadaan tanpa seurat benang dan bersentuhan tubuh.

Aku memegang kepala aku. Cuba mengingati kembali kisah malam tadi. Mengerutkan dahi dan menggosakkan mata.

"Dia betul-betul hebat malam tadi. Lepas mabuk, aku hantar dia pulang ke rumah, dia tarik aku masuk ke dalam bilik. Aku pun dah pening. Lepas tu, three, four, five dan sendiri mau ingatlah."

Aku tersenyum kecil.

Telefon berdering. Ringtone lagu Weezer, Perfect Situations. Aku capai dan lihat. Ah! Celaka, dia pulak.

" Hello b. Ya. Sayang baru bangun lah b. Suara b manja lah, ngantuk lagi eh? Hari ni sayang macam biasalah, kena kerja. Masuk lewat sikit. Monday blues lah katakan. haha. Ok, b. Ya, I love u so much.  Bye babyyyy."

Aku menamatkan talian dengan satu nafas lega. Agak berdebar juga nak cakap tadi. GILA!!

Tubuh di sebelah aku mula bergerak. Celik mata dan tersenyum.

"Pukul berapa beb?"

"Lapan pagi."

Bulat mata dia. Terus bangun dan menggosok-gosok matanya.

"Aduhai kau, apasal kau tak kejut aku awal sikit. Aku masuk kerja pukul 9 kau tahu?" Bentak perempuan itu dan terus mengambil tuala menuju ke bilik air. Dia membebel dan sempat cakap yang kaum perempuan bersiap tak macam kaum lelaki. Sampai ke bilik air baru dia berhenti membebel.

Aku tersenyum sambil kedua-dua tangan aku diletakkan di belakang kepala yang sedang berbaring di atas bantal empuk. Menyambung memandang siling sambil fikiran aku berkata :

"Macam gini rupanya kehidupan player. PEH! PEH! PEH!"


p/s : cerita ini hanya rekaan imaginasi semata-mata. Atas bertujuan menulis untuk mereka yang tak habis-habis menggelar diri yang hodoh ini sebagai player. SALUTE ALL..

Tuesday, October 25, 2011

STATUS DI FACEBOOK

Assalammualaikum,

Apa Khabar rakan-rakan yang dihormati semua. Lama sudah kan gua tak menulis entri dekat sini. Al-maklumlah. Agak busy sikit dengan kerja dan komitmen serta tanggungjawab pada keluarga yang harus aku utamakan. Dan gua cakap terus terang pada lu orang semua yang sememangnya hari gua memang tak ada mood nak menulis pun. Tapi setelah dimaki hamun oleh SUKA UNGU tu gua memaksakan diri juga nak menulis. -macam dia bos je. hahahahahaha

Tapi setelah 5batang rokok gudang garam dan 3 batang rokok dunhill menthol gua bakar untuk terus merosakkan paru-paru gua sedia rosak ni masih lagi gua buntu untuk tulis entri tentang apa. Bila gua duk celah mencelah blog member gua, gua terperasan tentang entri satu ni yang membuatkan gua tertarik untuk menulis.

Bila kita bercerita tentang cinta memang kadang-kadang tak ada penghabisannya. Bila dikatakan begitu gua pun terpikir ada betul juga. Sebab memang tak ada penghujungnya melainkan MATI. Is it right? Mula-mula bercinta memang lah segala-galanya indah belaka. "Engkaulah segalanya." "Engkaulah masa depan ku." "Engkaulah hidupku." Ok! gua dah rasa semua tu mengarut. Bila sampai satu tahap lu orang sendiri akan rasa bosan, boring, jenuh sedikit sebanyak. Mungkin bila sampai masanya nanti lu orang sendiri akan cakap, "Ah! Dia tak secocok dengan aku lagi." Mungkin sebegitu lah. 

Bila putus dengan yang lama tiba masa mencari yang baru. Tapi apa yang perlu dilakukan terlebih dahulu tukar STATUS di FACEBOOK. Set daripada IN RELATIONSHIP kepada SINGLE. Kalau tak nanti orang takut pula nak mengurat. Konon-konon tu tengah kecewa tahap gila gaban lah. *ah! poyo lah lu orang.

Tapi yang best bila lu orang sendiri duk perhatikan segolongan rakan-rakan di pecebuk anda itu yang duk tukar-tukar STATUS tu. Pantang putus je duk tukar status di pecebuk. Apa yang sebenarnya yang lu orang inginkan? Ingin mencari teman seperti mencari makanan. Setiap hari seleranya berbeda. Tak paham sungguh aku.

*IN RELATIONSHIP --------> SINGLE

Status : Miss u badly (tangisan darah)

1 hari..
2 hari..
3 hari..

*SINGLE ------> IN RELATIONSHIP

Status A : Found my true love. I love you with all my heart B
Status B : I love u A.
Status A : I love u too B.
Status B : Love u so much more A.
Status A : Love u so much too B.

Sampai bila semua ni beb? Bila dengan yang si B ni lu bosan lu set balik pada status single. Then, tak sampai 3 hari set balik relationship dengan si C. What the fuck semua ni? Apa yang lu orang ni nak? Apa yang lu orang cari sebenarnya? Gua pun tak paham. Pandai-pandai lah lu orang pikir sendiri.

p/s : Tapi kalau ada member yang duk buat status relationship tu lu orang janganlah duk gelakkan dia pulak. Pastu siap ajak betting pula berapa lama kawan tu boleh bertahan. Lagi aku tak paham dengan perangai yang macam ni. hihihihihi

Monday, October 24, 2011

Mahu cepat popular..

KUALA LUMPUR: Mengejutkan apabila ada remaja perempuan yang masih bersekolah sanggup menggadai maruah diri dengan meniduri seramai mungkin lelaki terutama golongan berada dan berpengaruh semata-mata ingin merebut gelaran ratu sebuah pusat beli-belah terkenal di ibu kota.
Semakin ramai lelaki yang ditiduri, semakin hebat reputasi gadis itu di kalangan remaja perempuan yang melepak dan berpeleseran di pusat beli-belah berkenaan, sekali gus melayakkannya digelar Ratu X.
Gelaran itu menjadi kegilaan gadis liar dan apa yang menyedihkan kebanyakan remaja berkenaan yang masih bersekolah sanggup menggadai dara hanya untuk mencari populariti segera.

Trend menggemparkan itu diakui Shana dan Yanti, 16 (bukan nama sebenar) yang mendedahkan kegiatan itu biasanya dilakukan pada setiap hujung minggu bagi mengaburi mata ibu bapa dan keluarga.

Menurut Shana, Ratu X adalah gelaran yang diberikan kepada remaja perempuan yang sering mendapat perhatian lelaki yang biasanya melepak sekitar pusat beli-belah berkenaan dan untuk mendapatkan gelaran itu, beberapa syarat perlu dipatuhi.

“Syaratnya mudah saja, untuk menjadi ratu atau popular di kalangan remaja di situ, seseorang itu hendaklah bermalam dengan seramai mungkin lelaki dan lelaki yang dipilih juga harusnya golongan berada atau yang mempunyai ramai kawan atau pengaruh.

“Kumpulan remaja di situ hanya akan berkumpul setiap hujung minggu bermula jam 4 petang hingga awal pagi,” katanya kepada Metro Ahad. ---Sumber HMETRO


--Mmmmmm... No komen .. Tapi nk komen gak.. Ada gak la kawan2 yg nak cepat popular dok tayang sana sini.. Tak la seteruk dorang ni.. Tapi.. Still persamaannye disini... PERLU KE KO POPULAR NGAN CARA YG MACAM NI? uii.. Buat nama2 GAH di CF yg tengah popular tu.. Dah (POP) kan? Dah laa.... Ingat masa depan :)

Wednesday, October 19, 2011

Tuesday, October 18, 2011

Info Lelaki~

Sedikit info tentang lelaki.. (read more..)