Thursday, June 30, 2011

KENAPA LELAKI SUKA DIKATAKAN MENCARI KESALAHAN WANITA?

"Kau suka kutuk-kutuk perempuan, tapi nanti kau akan kahwin dengan perempuan jugak"

Soalan ini di tujukan kepada lelaki-lelaki yang berkaitan. Kenapa lelaki di katakan suka mencari kesalahan orang perempuan? 

Aku cuma nak tanya balik pada perempuan-perempuan yang bertanya sedemikian.

Kalian fikir kami semua saja-saja ke nak kutuk, sindir kalian?

Highlightkan perkataan ini. Saja-saja. Adakah kami sebagai lelaki saja-saja dengan perbuatan kami yang mendedahkan apa yang kami lihat tidak kena dalam tata norma masyarakat bertamadun?

Adakah kami saja-saja nak tegur kamu wahai perempuan?

Kamu tahu tak, apa yang kami rasa mengenai dunia keperempuanan zaman sekarang?

Hidup kamu seperti mudah sangat di beli. Bila kami menasihati, ramai antara kamu melenting. Syaitan apakah yang ada dalam kepala otak kamu wahai perempuan? Solat lima waktu itu masih tak cukupkah menghalaunya? Atau kamu terlalu mudah memandang kebendaan?

Kamu terlalu hipokrit. Kamu terlalu obses. Kamu terlalu fikir yang hak kamu sebagai seorang perempuan sama rata SEGALANYA dengan kaum lelaki.

Bak mai sini cerita tentang faraid, anak lelaki dapat berapa bahagian, anak perempuan dapat berapa bahagian? Asobah? 1/6? 1/3? Lelaki dua bahagian, perempuan satu bahagian.

Bak mai sini siapa yang kena jadi imam solat di depan? Kamu yang perempuan kah atau kami yang lelaki?

Imam yang bersolat di hadapan layak menegur mengenai barisan saf yang tidak tegak dan tidak teratur. Jadi, apakah seorang lelaki tidak layak menegur perempuan walhal lelaki adalah yang kamu anggap sebagai ketua?

Kamu mahu kami menegur kamu secara baik. Berhemah kononya. Tapi, adakah kamu semua boleh beri jaminan jika di tegur, kamu akan berubah? Boleh bertaubat nasuha? Berapa kali kamu solat taubat wahai perempuan? Takdenya, yang kami nampak. Kamu masih leka. Masuk telinga kanan, keluar telinga kiri.

Kamu mahukan lelaki beriman, yang boleh memimpin kamu ke jalam tauhid. Baiklah, kami boleh lakukan sebegitu. Tapi, mampukah kami bertahan jika kamu terus hidup dalam keadaan menggodakan dan di godai? Dari siapa kami tergoda? Adakah dari barang dunia? Tidak! 90 peratus lelaki seperti kami tergoda kerana kamu wahai perempuan. Itu kenyataan.

Ya, kami katakan perempuan yang ramai masuk neraka. Kemudian kamu kata perempuan ramai masuk neraka sebab ikut suami. Padahal kamu tidak tahu bahawa suami yang membawa kamu masuk ke neraka itu adalah lelaki yang lemah terhadap kamu. Yang jadi balaci kamu, yang tak tahu menegur kamu bila kamu berbuat silap. Dan paling penting lelaki yang menyokong kamu apabila kamu membuka aurat kamu di hadapan mereka yang bukan mahram.

Apa kata kamu? Kami menegur sampai membuka aib?

Aib bagaimana yang kamu fikirkan itu? Adakah kamu yang membuka aib kamu sendiri atau kami yang sudah tidak tertahan dengan perangai jelik kamu yang mendedahkan aib sendiri?

Kamu kata kami membuka aib. Tak baik membuka aib, itu ini dan sebagainya. Kamu kata kami mengguris perasaan kamu. Tapi, pernahkah kamu bertanya hati kami seorang lelaki terluka dengan kesilapan-kesilapan yang banyak kamu lakukan? 

Over. Tahu tak apa itu sikap over wahai perempuan? Sikap melampau-lampau kamu itu. Sikap itu yang kami para lelaki bencikan. Over sampai menggedik. Over sampai obses. Ah, semua orang tidak sukakan sikap over bukan?

Macam mana kami hendak bercinta dengan perempuan kalau kamu sebagai perempuan tak habis-habis menceritakan hak sama rata? Pandai-pandailah kamu berhujah hak sama rata sana-sini, pandailah kamu mengatakan perempuan sekarang banyak sara lelaki, pandailah kamu mengatakan lelaki banyak tidak berguna. Tapi, pernahkah kamu bertanya apa sebab perkara itu terjadi kalau tidak bukan dari godaan dari kamu juga?

Kamu dedah, kami seksa. Kamu menangis, kami mengalah. Kamu emosi, kami tak terkata.

Tak pernahkah kamu wahai perempuan mengambil pengajaran dari peristiwa Adam dan Hawa sewaktu mereka di tendang keluar dari pintu syurga? Siapa yang tergedik sangat nak buah-buahan itu? Dan siapa yang naif sangat mengikut kehendak itu?

Dua-dua salah.

Ya, itu kata kamu. Tapi, adakah kamu hendak mendengar kata luahan si Adam?

"Kalaulah aku dapat menasihati Hawa, dan Hawa mendengar nasihat aku, pasti keturunan aku tidak tinggal di bumi yang penuh kerosakkan ini"

Namun, apa tindakan Adam? Menyalahkan sepenuhnya di bahu Hawa? Tidak! Adam pasrah dan redha dengan perancangan TUhan.

Jadi, kamu rasa kami ini sebagai lelaki berdendam kah dengan perempuan? Saja-saja kah kami sebagai lelaki menyindir dan mengutuk perbuatan kamu yang salah?

SALAH KAH?


p/s : Kadang-kadang sebagai seorang lelaki. Rasanya di telan mati anak, di luah mati bapak. Tapi, tiada seorang perempuan pun yang akan faham.

NAFSU LELAKI YANG SUKAR DIFAHAMI

 
 
Andaikata kamu (seorang lelaki) berjalan di tengah kota Kuala Lumpur, berjalan di kawasan Bukit Bintang misalnya. Pada hari sabtu, dalam waktu petang. Berdiri di hadapan Maybank berhadapan McDonald. Dengan memakai cermin mata gelap, baju petak berwarna merah yang di beli dari Padini dan berseluar skinny Uniqlo yang di beli di kedai bundle sewaktu bercuti di Melaka dahulu. Kasut? Oh, cukuplah kasut putih Chuck Taylor Classic.

Di jari anda jangan lupa sebatang rokok Dunhill Menthol. Kenapa menthol? Pedulikan orang nak kata jika rokok menthol itu boleh mendatangkan mandul ataupun nampak keperempuanan. Kamu rasa Malaysia panas, jadi adalah releven untuk menghisap rokok sejuk bukan?

Kamu memandang sekeliling. Gadis arab berpurdah. Mungkin sebenarnya berstatus isteri kerana di sebelahnya terdapat lelaki Arab berperut boroi berseluar jeans pendek. Kamu ingin lihat wajah perempuan Arab itu, namun apakan daya dia berpurdah di tengah panas.

Sekilas, apabila kamu melintas persimpangan empat untuk menuju ke Bentley. Kamu berselisih dengan gadis Melayu, remaja mungkin dalam 18-21 tahun. Berbaju t-shirt baby saiz dan short-pants tahap peha. Ya, peha gadis tersebut walaupun bersawo matang, tapi cukup untuk mata kamu meliar. Melihat wajahnya, comel. Apatah lagi dengan rambut panjang bewarna sedikit coklat. Kamu mencari cleavage. Besar. Ghairah. Bermulalah pandangan nafsu selama 2 saat dengan di akhiri kamu memaling ke belakang melihat punggung gadis remaja tersebut. Kemudian berkata kamu berseorangan, tanpa suara, hanya mimik mulut menyebut
"Pehhhh! Makwe Key Ell!"
Mungkin kamu rasa dia makwe KL, padahal alamat kad pengenalannya menunjukkan dia dari Sepang. Ingat, Sepang bukan KL tahu?

Kamu di hadapan kedai Bentley. Melihat pelbagai gitar berjenama. Secara tiba-tiba kamu terhidu bau semerbak wangi. Melintasnya di belakang gadis Cina. Kamu memandang ke kanan. Baju dan short-pants. Peha putih. Muka pun comel. Rambut lurus dan bewarna sedikit kemerahan. Lalu kamu memandang kehadapan, memakukan mata melihat gitar-gitar tersebut. Tanpa nafsu, tiada meliar dan tiada ghairah. Mengapa ya?

Pelik bukan? Lelaki Melayu kebanyakkannya memandang ghairah perempuan sebangsa mereka. Kadang-kala walaupun gadis Melayu itu bertudung elok sekalipun, ada saja rasa nafsunya. Tapi, jika di hadapan mata lelaki Melayu itu akan gadis Cina ataupun India yang seksi, tidaklah rasa ghairah seperti ghairah kepada gadis sebangsa sendiri. Mungkin ini normal. Mungkinlah, sebab ada can atau peluang untuk berkomunikasi dengan gadis sebangsa? Nak berbahasa Cantonese, bukan pandai sangat. English bukan tak tahu, hanya tak lancar.

Cuma yang peliknya, bila menonton porno, video lucah, filem Titanic mahupun Species. Oh, itu filem lama. Bagaimana filem Roadtrip, American Pie ataupun Pirana? Ada pula nafsu dan ghairahnya walaupun gadis dalam adegan lucah tersebut ialah orang Amerika, orang Jerman ataupun gadis-gadis dari negara blok Eropah timur. Tinggi citarasa lelaki Melayu. Hanya mahu Melayu dan orang-orang putih rupanya ya?

Cuba letak filem lucah Negro atau India. Tiada selera barangkali? Eh, kalau Cina, Jepun mahupun Korea boleh pula ya? Selera betul melihat bulu-bulu yang tebal tidak di cukur dan aksi jijik meloyakan. Kata tadi tak ghairah melihat perempuan cina yang seksi?

Tapi, menonton video Chua Soi Lek pun ada antara kamu yang buat modal. Apatah lagi video Anwar Ibrahim. Tak habis-habis. Kebanjiran 3gp dan mp4 lucah. Ramai anak-anak muda di baya-baya 17tahun ke atas kini sudah memiliki folder rahsia di telefon bimbit masing-masing.

Sebab seks? Pengaruh persetubuhan yang kamu rasakan ia sedap dan lazat? Rasa gelojak kamu yang nak sangat kahwin cepat supaya dapat merasai kelazatan tubuh perempuan yang wangi dan wajah mereka yang menutup mata kesedapan? Leher perempuan mendongak-dongak sambil membunyikan suara keluh kesah?

Itu semua tipu. Tidaklah tipu seluruhnya keadaan itu. Namun, tipu yang di maksudkan di sini ialah perasaan dan ghairah kamu itu sedang di tipu. Kalau kamu amalkan imaginasi seperti di sebutkan tadi, di jamin kamu cepat di tendang oleh pasangan kamu sendiri. Di jamin.

Tak sukar sebenarnya hendak memahami nafsu seorang lelaki. Baik lelaki kacak, manis, tinggi, tidak kacak, pendek, gemuk, buncit, jongang, hidung macam babi sekalipun. Semuanya mengidamkan gadis yang cantik rupa paras, tubuh badan tip-top. Tak gemuk, berbuah dada besar (seperti biasa), mesti wangi dan pandai melayan. Itu sahaja. Cuma apabila seseorang lelaki itu mengenangkan atau menghitung rupa paras diri sendiri, barulah dia tak kisah perempuan macam mana pun yang dia akan dapat untuk di jadikan teman wanita atau isteri. Asalkan..



Asalkan ada pantat (puki/vagina). Itu saja.



Tak habis lagi pasal seks. Di akhirnya, memang nafsu lelaki yang utama, terutamanya lelaki Melayu secara majoriti, memang sebab seks. Di jamin! 


p/s : Kesimpulannya, bawalah kondom.

Saturday, June 25, 2011

PERMINTAAN PEREMPUAN

 

Ada banyak permintaan yang aku dapat dari pembaca-pembaca blog aku ini. Terutamanya dari perempuan-perempuan yang asyik kena game dengan entri-entri aku mengenai perihal perempuan, aurat, tudung, tafsiran dan sebagainya. Jadi, kali ini aku rasa ringan tangan untuk menaip bagi menjawab beberapa persoalan dari perempuan-perempuan yang selalu mengajukan pertanyaan pembalasan mengenai beberapa tabiat dan perilaku lelaki.

1. Lelaki berseluar pendek, three-quarter, tidak menutup aurat.

Well, aku memang tak nak cakap banyak pasal aurat lelaki yang memang dah terang lagi nyata bahawa paras aurat lelaki adalah dari aras pusat sehingga ke lutut. Jadi, memakai seluar pendek, akan menampakkan sebahagian peha. Tak gitu? Tapi, aku nak bertanya satu soalan, kenapa Tuhan cuma settingkan aurat lelaki sampai ke tahap itu SAHAJA ha? Kenapa tidak lelaki itu auratnya sama macam perempuan yang meliputi 98% tubuh badan?

Biar aku jawab dari pandangan aku, bagi aku, ini kerana aurat itu sebenarnya berfungsi menutup kemaluan dan menutup bahagian tubuh badan yang memalukan. Pegang ayat ini. Menutup bahagian tubuh badan yang memalukan. Terus-terang bahagian lelaki yang memalukan ialah bahagian penis. Aras pusat sehingga lutut sebenarnya jelas untuk menutup bahagian penis. Kerana apa? Kerana itu adalah kemaluan. Tak payah lah buat soalan bahalol tanya lagi kenapa kena tutup. Lelaki tidak seperti perempuan, di mana perempuan mempunyai perasaan malu yang kuat secara semula jadi. Kedua, tubuh badan lelaki tidak seperti perempuan, di mana tubuh badan perempuan mempunyai tarikan kepada nafsu yang kuat.

Baiklah, contoh diberi ;

Seorang lelaki memandang betis perempuan, secara umumya lelaki tersebut akan berkata ;

"Peh peh peh, betis putih gila babi. Fewiitttt!"

Tetapi, seorang perempuan memandang betis lelaki, secara umumnya perempuan tersebut akan berkata ;

"Betis macam orang utan, penuh bulu. Yucks!"

Di sinilah perkara yang membezakan secara rawak untuk di jadikan pokok penting kenapa aurat lelaki hanya pada paras pusat ke lutut. Kerana mudah, tubuh badan lelaki, walaupun six-pack macam mana sekalipun, secara rawaknya, perempuan akan memandang dengan... biasa. Melainkan kalau perempuan itu gila seks. Itu cerita lain. 

Oh ya, aku juga dapat feedback yang mengatakan, terdapat ramai juga perempuan yang sukakan lelaki berseluar three-quarter. Katanya, nampak smart. Jadi, kira okaylah. Bukan nampak seksi pon. Nampak smart tak mendatangkan nafsu ghairah bukan?

Ironinya, bagi aku, seorang lelaki yang memakai seluar pendek untuk bermain bola, tidaklah terlalu mengujakan bagi perempuan. Tidak seperti perempuan yang memakai hot-pants, itu memang banyak mengujakan lelaki. Orang perempuan secara amnya, akan teruja bila memandang bahagian penis lelaki, sebab itu ia di wajibkan bertutup. Tapi, menurut kajian yang aku dapat dari beberapa pakar, tak semestinya semua perempuan berasa teruja, ada setengah dari mereka sebenarnya merasa takut. Sebab besar sangat, mungkin?

2. Lelaki yang menonton porno, melayari laman lucah

Aktiviti menonton porno bagi lelaki sebenarnya mempunyai pelbagai pendapat yang bercanggah. Selalunya, sebelum ini aku sering merujuk kepada lelaki yang berkahwin dan belum berkahwin. Di mana, yang sudah berkahwin, peratusan untuk mereka menonton porno adalah kurang, manakala yang belum berkahwin pula peratusannya tinggi.

Kawan-kawan perempuan aku mempunyai pelbagai pendapat yang berbeza dalam hal ini, mari kita dengar apa pendapat mereka.

"Berdosa lah lelaki menonton porno, haromm", kata Syuhada.

"Memang salah, tetapi kalau fikir balik, lelaki yang tidak tertarik kepada porno, atau perempuan, ternyata lelaki itu ada 'masalah' serius", jawab Yati dengan serius

"Ala, apa nak heran, lelaki sekarang memang normal menonton porno", bantah Amy dengan tegas.

"Aku kurang pasti, tetapi kalau sudah menonton porno, memang aku kensel untuk jadi boyfriend aku", bisik Erma dengan perlahan.

Baiklah, jika di lihat dari pendapat-pendapat tersebut, terus-terang aku nak katakan bahawa, porno merupakan sesuatu virus. Sebuah virus yang telah menjangkiti ramai lelaki tanpa di sedari. Pada kitaran era kini terutamanya untuk pemuda-pemuda Melayu, aku lebih suka katakan ia masih pada peringkat terkawal. Ia masih boleh di ubati dengan jalan yang paling mudah, tetapi telah di susahkan oleh tradisi. Lain tak bukan sebabnya ialah perkahwinan. Jadi, untuk mengubat porno, atau senang cakap untuk mengubat virus lelaki yang kerap melancap di bilik air, depan komputer, atas katil dan sebagainya lah, silalah berkahwin. Gerenti terpadam virus itu secara makroskopiknya. Jadi, dah tak reti-reti nak turunkan harga mas kahwin, cincin dan hantaran kahwin?

3. Asyik kondem cerita blog perempuan attention whore, blog lelaki berpolitik tak nak kondem?

Haha, soalan ini adalah soalan yang paling aku suka. Thumbs up! Pendapat aku mudah saja, politik itu adalah tempat paling najis. Najis berat. Dan ya, sebenarnya banyak lelaki yang suka bermain dengan najis. Kerana apa? Kerana najis itu menyeronokkan. Umpama najisnya perempuan bukan muhrim untuk di setubuhi, tetapi tetap banyak lelaki sentuh. Umpama najisnya arak dalam minuman, tetapi terus terang aku cakap memang banyak lelaki yang menogaknya secara kerap. Tetapi, kadang-kadang pelik juga. Perempuan nak, arak layan,  cuma bila sampai ke bab makanan, tau pula bertanya halal ke haram? Keji sungguh.

Politik itu menyeronokkan dan sering membuat ketagihan kepada sesetengah lelaki. Ini terjadi kerana sifat lelaki yang semula jadi ada sifat seorang ketua. Keras kepala, ego, selalu nak menang dan hati kering. Orang perempuan secara rata-ratanya tidak akan memahami citarasa orang lelaki dan permainan orang lelaki dalam politik. Mereka tidak akan faham dan kebanyakkan dari mereka aku jamin sering terpengaruh dengan politik dari seseorang lelaki. Orang lelaki yang menceburi politik, ada gaya yang ramai orang akan respek. Tetapi, bila perempuan menceburi politik, terutamanya di Malaysia dan orang Melayu, kecik-besar-kecik-besar saja masyarakat akan pandang. Sama pandangan seperti memandang Rosmah Puaka misalnya. Kan?

4. Lelaki berperangai puaka.

Puaka di sini ada dua perkara. Puaka yang menyebabkan orang lain ketawa dan puaka yang menyebabkan orang lain rasa marah. Jadi, tak perlu aku hurai panjang-panjang. Faham-faham sendiri sudah lah. 

5. Mana nak cari lelaki yang soleh lagi di zaman kini?

Soalan ini aku klasifikasikan sebagai soalan orang-orang lembab. Tanya lagi mana nak cari lelaki soleh buat apa? Kau takkan dapat kalau kau tak tekan pangkah belah kanan atas, tekan start, choose shut down, pergi bilik air, ambil wudhu, ambil telekung, solat, dan pergi ke masjid. Nah, di masjid lah kau akan jumpa lelaki soleh. Bukan di alam internet. Alam internet ini hanya di penuhi lelaki-lelaki average yang masih mencari hala tuju. Lelaki soleh, jarang melayari internet. Terus-terang aku cakap. Jadi, apa tunggu lagi?


Itu saja coretan aku kali ini, semoga memberi input. Chalo, assalamualaikom!

Friday, June 24, 2011

GUA + LU = PERGI MAMPUS


Assalammualaikum..

Hari ini gua agak tertekan sikit. Macam-macam masalah ada dekat kepala gua ni. Tapi gua tetap rileks menempuh segala masalah ni. Kalau lu orang hang out dengan gua kat mamak stall lu orang maybe akan terpikir yang gua tak ada masalah. Gua siap boleh senyum gelak ketawa bagai lagi. Tapi hati gua tak pernah ada siapa yang tahu. Gua sedar tak ada siapa pun nak ambil tau masalah gua. Tapi kalau masalah orang lain duk pula nak merayu cerita kat gua kan. Tak per, gua still pendengar dan kawan yang baik untuk lu orang. Ah! jilake.

 Kadang-kadang gua terpikir yang gua dah bosan dengan hidup ini. Tapi gua nak buat macam mana, dah itu jalan yang gua pilih. Nak tak nak gua kena hadapi juga. Nak luah kat member-member kang diorang duk sibuk cakap yang diorang punya masalah pun tak settle-settle lagi. Tapi bila nak luah kat gua tak ada pula gua sibuk cakap macam tu kat diorang. Ada pula yang duk try test untuk tukar topik. Tapi bila nak luah kat gua, gua baca sekeping-sekeping masalah dia. Tak reti lah pula gua nak tukar topik. Ada pula duk sound gua secara tepet yang dia duk sakit otak. Gua tak tau lah pula pening-pening lalat atau pun sakit kepala migrain. Tapi setiap kali gua nak luah je mesti sakit pala hotak dia. Pelik juga gua.

Gua tak pernah paksa untuk lu orang berkawan ngan gua. Kalau lu orang rasa lu orang bosan berkawan ngan gua lu orang boleh bercakap jer dekat gua. Gua tak reti nak ambil hati pun. Paling-paling gua cakap kat lu orang pun GOOD LUCK WITH YOUR LIFE. Orang dah tak nak kawan nak paksa kejadahnya ye tak. Gua pun tak reti nak membenci orang kalau orang dah tak suka berkawan dengan gua. Doakan saja lah kebahagiaan dia.

Malam tadi gua tidur lambat, duk memikir apa yang patut gua buat lepas ni. Time tu pula ada syaitan direjam tuhan yang duk bisik-bisik hasutan kat telinga gua yang tak berapa nak korek ni.( Gua screw tiap-tiap hari aek teliga gua) Ada pula dia duk bisik gua supaya off handphone gua, pes-book gua dan blog gua. Serta off segala-gala yang membolehkan orang cari gua. Then, dia suruh gua hidup sorang-sorang. Gua sound lah dia balik, gua memang hidup sorang-sorang pe. Bukan ada kawan-kawan yang nak ambil kisah pasal gua pun. Gua saja yang duk sibuk nak ambil kisah pasal diaorang. Jilake syaitan direjam tuhan!! Gua benci hasutan lu.

Maybe ada betul juga cakap syaitan bangsat tuh. maybe gua kena hidup sorang-sorang. Sebab gua saja duk sibuk pasal orang lain dan orang lain bukan reti nak duk sibuk pasal gua. So, maknanya gua terpaksa lalui hidup ni sorang-sorang lah? Yups, gua kena lalui sorang-sorang. Thats mean, apa yang gua nk buat gua boleh buat? Yups, diri lu - hidup lu - lu boleh buat apa saja yang lu nak buat. Thats mean, gua bebas lah sekarang ni? Yups, lu bebas. Tak ada sapa nak paksa lu untuk buat apa yang lu nak buat.

So, pada sesiapa yang rasa dia dah tak nak berkawan ngan gua just cakap je aek. Gua tak kisah pun lu orang nak atau tak kawan ngan gua. Pada yang duk rasa still nak berkawan ngan gua, gua nak bagi pesan kat lu orang. Gua ni membosankan, karang lu orang yang tak tahan ngan gua. Pikir masak-masak sebelum buat keputusan. Sebab lepas ni gua akan main sound je lu orang. Tak ada nak duk jaga hati lagi. pandai-pandai lah hidup lu orang tuh.

Saturday, June 18, 2011

SEMPENA HARI BAPA- 19HB JUN - CERPEN - ABAH.

 
 
Sebuah rumah di hujung kampung. Sebelum simpang ke jalan yang menuju ke pantai. Papan dindingnya. Beratapkan rumbia. Jika hujan menyembah bumi, maka basahlah lantai, dan tidurlah mereka anak beranak di atas pelapik plastik. Berselimutkan sehelai selimut yang di kongsi empat orang.

Satu pasang suami isteri bersama dua orang anak mereka meneruskan hidup di dalam rumah itu.

Sang suami, berkenderaankan basikal tua. Atas pemberian penghulu kampung untuk memudahkan urusannya ke pekan untuk menjual kelapa-kelapa muda yang di petiknya sendiri di atas tanah tok penghulu. Hari panas, rezekinya boleh tahan. Sekali lagi, jika hujan menyembah bumi,

"Nak, ini sahaja rezeki kita. Jangan merungut. Makanlah untuk teruskan hidup ya nak?" sambil menghulurkan satu plastik yang di penuhi dengan hasil laut 'lala'. Selalunya mereka akan merebus lala tersebut. Dia membeli lala itu secara longgok dengan harga murah kerana lebihan untuk hari-hari pada waktu petang.

Jika haritu rezekinya lebih, dia akan beli seekor dua ikan yang gemuk. Isinya putih. Beli juga seplastik minyak. Untuk di buat goreng ikan.

Di dalam hidup serba sederhana itu, sebahagian besar duit pencarian sang suami ialah untuk pembelajaran anaknya Zaki.  Yuran dan pembelanjaan lain sekolah. Nasiblah buku teks boleh di pinjam.Adik Zaki punya penyakit. Lembab sedikit. Down syndrome jika dalam bahasa inggeris.

Pagi itu indah sekali. Sebelum ke ladang memetik kelapa, sang suami akan menghantar anaknya dahulu ke sekolah. Dengan berbekalkan air kosong di dalam botol mineral yang usianya sudah mencecah dua tahun itu, Zaki bersiap-siap ke sekolah.

"Zaki! Cepat turun! Nanti lambat. Kena kunci dari luar pagar. Tak boleh belajar. Zaki suka belajar kan?"

"Tanak pergi sekolah Abah. Aiman dengan Tahir selalu kacau Zaki. Diorang kata seluar Zaki tampal-tampal macam kain buruk restoran mak cik Lela."

"Biarkan orang buat kita Zaki. Jangan kita buat orang. Dah, turun cepat. Abah tunggu dekat basikal."

Sang suami menyarungkan kasut hitam yang di beli dari jirannya dengan harga Rm5 sepasang. Ada koyak sikit di hujung. Namun sang isteri dah tampalkan dengan hasil lebihan kain yang dia ambil dari kedai menjahit tempat dia bekerja.

Zaki dengan laju berlari anak menuruni tangga rumah dan terus duduk di atas basikal ayahnya. Comel juga Zaki ni. Gua syak umur dia dalam lingkungan tujuh hingga lapan tahun.

Di dalam perjalanan untuk ke sekolah, sang suami memulakan perbualan anak-abah macam perbualan anak-abah orang-orang lain.

"Ki, kat sekolah belajar rajin-rajin tau."

Tiada suara yang di keluarkan Zaki. Seperti tiada respon. Hanya bunyi rantai basikal sahaja mencelah masuk antara perbualan mereka.

Tapi sebenarnya dia sudah menggangguk di belakang. Matanya melilau memandang ke arah anak-anak kampung yang lain menuju ke sekolah dengan menaiki basikal mereka sendiri.

"Zaki dengar tak ni abah cakap? Diam je?"

"Dengar bah. Baik." jawab Zaki sambil mengangguk sekali lagi.

"Nanti Zaki besar, Zaki nak jadi apa?" sang suami tanya lagi. Kakinya masih mengayuh. Angin pagi yang menghembus mereka anak beranak buatkannya tidak terasa penat mengayuh.

"Entah." jawab Zaki ringkas.

"Zaki nak jadi apa? Polis? Askar? Cikgu? Dokter? Semua tu kena belajar rajin-rajin."

Zaki mengangguk lagi.

"Jadi, Zaki nak jadi apa nanti besar?"

"Entah Abah."

Kaki sang suami terus mengayuh.

*****

Syarikat Zaki semakin hari semakin merudum. Sebelum ini mereka lah paling gah jika mahu melawan tender hartanah di Negeri Sembilan ni.

"Kamu semua ni kerja ke tidak? Macam mana kita boleh jatuh teruk sangat?!" herdik Zaki kepada para pekerjanya. Mereka semua diam. Sudah biasa dengan herdikan-herdikan dari Zaki.

Selesai sahaja mesyuarat, Zaki terduduk di biliknya. Tiada siapa berani masuk biliknya waktu tu. Orang kata waktu genting tu. Kalau nak kena baling kasut sepam dua, masuk ah.

Terduduk. Marah. Kecewa.

Matanya terpandang satu gambar di satu sudut meja. Abah dengan maknya. Matanya tiba-tiba mengalir. Celaka touching!

Abah dia tak pernah langsung mengajar dia untuk menjadi macam tu. Kuat marah. Walau dulu dia lambat siap ke sekolah, Abahnya tak pernah sedikit pun mengherdik. Kalau dulu mereka sama-sama masak lemang sebelum raya, kalau dia tersepak lemang sampai jatuh terus ke bara api tu, sampai rosak, abah dia tetap kata,

"Takpe Ki. Rezeki kita dua batang ni je kot. Yang lain ni kasi ayam boleh kot. Ye dak?"

Sama-sama ketawa.

Sekarang, hanya doa sahaja yang mampu menghubungkan mereka berdua.

Dia tutup mata.

"Abah, kalau Zaki boleh pusing masa, Zaki dah tahu apa yang nak jawab bila abah tanya Zalki nak jadi apa bila besar."

"Adam nak jadi manusia. Macam abah. Maafkan Zaki kalau Zaki tidak menjadi seperti acuan yang abah bentuk."

BOLEHKAH KAMI BERSAMA KEMBALI?

 
 
Sempurna.
Siapa yang tidak mahu menjadi sempurna? Siapa yang tidak mencari kesempurnaan dalam hidup? Semua orang mahu mengejar kesempurnaan walaupun mereka mengerti tiada apa yang sempurna dalam hidup ini. Hanya Yang Maha Kuasa sahaja yang sempurna. Siapalah kita sebagai hamba mahu menjadi sempurna kan?

Walaupun begitu, kesempurnaan itu boleh dicari. Menghampiri maksud kesempurnaan pun dah mencukupi bagi sesetengah orang dengan mengelakkan kesilapan berlaku. Lompat dari satu perkara ke arah perkara lain membolehkan sesetengah dari kita yang hidup di dunia ini mencapai apa yang mereka gelar sebagai impian tanpa menyedari perbuatan mereka boleh membunuh manusia lain dengan senyap ataupun terang-terangan.
 
Kita mencari apa yang kita mahukan dalam hidup sehingga terlupa satu perkara - ketentuan takdir itu sudah lama tertulis dengan jelas. Kalau kita tidak dimaksudkan meneruskan atau mendapat sesuatu benda, betapa kuat kita berusaha ke arah itu, kita tidak akan dapat. Ya, memang usaha itu penting, memang usaha itulah tangga atau eskalator kejayaan, tapi jika tidak mendapat apa kita mahukan, apakah kita patut meratap kuat?

Tidak.
Masih banyak lagi benda yang boleh kita tumpukan. Alihkan perhatian kita. Cuma, apakah kita mahu? Adakah kita cukup kuat untuk tidak menoleh kebelakang semula - menangis kuat menyesali apa kita lakukan tetapi tidak mendapatkan pengajaran apa yang ditinggalkan? Kenyataannya, kita perlu tanya kepada diri kita sendiri. Peluang apa yang kita mahukan dalam hidup ini?

Seseorang ada bertanya sesuatu kepada aku semalam. Entah layak atau tidak aku menjawabnya, aku sendiri pun tidak tahu. Bukan kali pertama soalan ini diajukan kepada aku, tetapi setiap kali ada yang bertanya, tidak kira lelaki atau perempuan, aku akan tarik nafas dalam-dalam sebelum mengutarakan pendapat peribadi aku. Nah, aku katakan ianya bersifat peribadi sebab tak semua orang punya pandangan seperti kita kan?
 
D : Kalau orang yang kita suka sudah terlanjur dengan orang lain, bolehkah kami bersama?
Aku : Maksudnya?
D : Boleh tak tetap mahukan dia dalam hidup saya?
Aku : Terpulang. Kalau boleh terima kesilapan lalunya, dan dia mungkin sudah menyesal serta bertaubat, apa salahnya berikan dia peluang kan? Manalah tahu mungkin dulu itu kesilapan yang dia tidak sengaja buat.
D : Kalau dia tiba-tiba kembali kepada tabiat lama?
Aku : Sebab itu saya katakan terpulang. Ianya berbalik kepada soal hati awak sendiri. 
D : Ada tak kemungkinan dia akan balik pada kekasih lama dia?
Aku : Tak faham.
D : Dia balik dengan orang yang dia pernah terlanjur.
Aku : Ini mungkin menyakitkan, tapi kalau dia ada rasa tanggungjawab dengan kesilapan lalu, mungkin dia akan patah balik disebabkan hanya mereka berdua sahaja mengerti apa yang ditanggung. 
D : Tapi saya dah boleh terima dia.
Aku : Ini bukan mengenai awak sahaja yang terima dia, tapi ia melibatkan banyak benda.
D : Saya betul-betul cinta dia, berapa lama pun saya sanggup tunggu. Dia dah banyak berubah, saya tak nak dia kembali kepada tabiat lama.
Aku : Soal iman, soal hati - kita mampu berdoa moga perubahan itu akan kekal dan menjadi bertambah baik tentunya. Persoalan kalau dia kembali kepada kekasih lama atau apa, itu awak kena pastikan sendiri dengan dia. 
D : Saya risau. Saya tak boleh kehilangan dia.
Aku : Ada orang yang boleh kehilangan manusia yang dia sayang ke? Alangkah kalau telefon jatuh pun orang dah boleh rasa sedih, apatah lagi sesuatu yang istimewa, manusia, yang bernyawa.
D : Patutkah saya tunggu dia?
Aku : Terpulang. Kalau awak yakin dan bulatkan tekad, saya hanya mampu doakan yang terbaik.
D : Pada saya, dia antara manusia yang sempurna muncul dalam hidup saya, tak kisahlah dengan kesilapan lama sebab dia dah banyak berubah.
Aku : Awak guna perkataan sempurna.
D : Ya. Kenapa?
Aku : Sebelum awak sayang orang terlampau dalam, sayang diri awak sendiri dulu.
D : Sebab sayang diri saya, saya nak berikan yang terbaik pada diri.
Aku : Baiklah, kalau awak kata begitu. Cuma, perkataan sempurna itu datang dengan makna yang sangat mendalam. Tiada manusia yang sempurna.
D : Sekurang-kurangnya sempurna di mata saya.
Aku : Bolehlah kalau awak kata begitu. Menerima yang tidak sempurna sebagai yang sempurna di mata awak.
D : (simbol senyum)
 
Sudah.
Aku tinggalkan untuk kalian hadam.
Itu sahaja.

Dan jantina D?
Agak-agak kalian?
 
p/s  ; Tenangkan hati dan akal fikiran. Dan bersedia untuk membuat keputusan demi kebahagiaan diri korang. Apa saja keputusan korang mesti akan ada akibatnya. Tapi adakah anda semua akan bersedia hadapi keputusan korang? KOrang yang pilih jalan tu, korang kena juga hadapinya. 

 

Friday, June 17, 2011

SANG PENUNGGU CINTA.



Penantian satu penyeksaan. Siapa tak setuju memang gila. Dalam dunia ni ada ramai orang yang suka buat kerja camni. Menanti atau menunggu seseorang. Betul atau tak tindakan ni lu orang rasa?

Soalan pertama yang lu orang perlu jawab ialah berbaloi ke menunggu orang tersebut? Tak kisah la tunggu ex makwe yang dah jadi tunang orang,tunggu seseorang lelaki untuk meluahkan perasaannya atau menunggu seseorang membuat pilihan. Gua berani bet semua orang akan cakap orang yang sedang ditunggu oleh diaorang berbaloi. Kalau tak takkanlah sampai bertahun-tahun diaorang jadi penunggu ye dak?

Perkara kedua yang perlu lu orang pikirkan ialah status orang yang ditunggu. Menunggu makwe atau pakwe orang lain menjadi makwe atau pakwe kita boleh diterima akal gua. Menunggu tunangan orang yang lagi sebulan dua atau paling lama pun setahun lagi nak menikah memang kerja gila. Percaya cakap gua orang berstatus macam ni dah tak layak untuk dinantikan. Tunggu suami orang? Ok,yang ni kerja bangang.

Perkara ketiga ialah harapan dan peluang. Gua ada satu prinsip di mana gua takkan join peperangan yang gua tahu gua akan kalah. Kalau dah tahu lu orang kalah buat apa susah-susah nak lawan lagi? Lawan apa yang lu boleh dapat. Tapi..Tapi..Sampai dua kali gua cakap tapi ni..Kalau gua rasa gua ada sedikit harapan atau peluang pun untuk menang gua akan lawan habis-habisan. Walaupun peluang tu cuma 1%.

Tapi manusia macam kita ni sedar sebenarnya yang diaorang dah kalah,sedar yang diaorang takde sikit peluang pun nak menang pun tapi masing-masing sibuk pujuk hati sendiri. Sibuk nak sedapkan hati yang konon-kononnya diaorang still boleh menang dan orang yang ditunggu akan kembali. Bawak-bawaklah belajar terima hakikat.

Gua percaya pada jodoh. Kalau dah jodoh,sorang atas bumi sorang atas zuhal pun kan jadi jugak.Tapi janganlah pulak jadi bengong pergi menunggu seseorang sampai tutup hati lu orang kat orang lain. Itu bukan percaya pada jodoh,itu namanya bodoh mengharapkan jodoh.

Jadi apa perlu lu orang buat kalau lu dah takde harapan atau peluang atau orang yang ditunggu tu dah kahwin? Pada masa macam ni la lu orang kena percaya pada jodoh dan redha dengan ketentuan Tuhan. Kalau dah memang itu jodoh lu orang dia dah kahwin 7 kali pun akhirnya dia tetap akan jadi milik lu jugak. Jadi teruskan hidup macam biasa,penuh bahagia,penuh ceria dan cuba buka ruang hati lu pada orang lain.

Jangan menunggu,penunggu highway Karak pun kadang-kadang ada masa cuti jugak tahu?




Nota Cinta : Menunggu cinta samalah macam menunggu kadar tol diturunkan. Tak mustahil tapi jarang berlaku. Cinta tetap datang cuma masanya bukan pilihan kita.

CINTAI DIA YANG MENCINTAI ENGKAU.

berapa ramai dari kita yang pernah putus cinta? aku percaya, dalam sepuluh orang, sembilan darinya pernah putus cinta.. ye dok? heppp.. baik mengaku sekarang..

aku nak tanya sikit ni. masa zaman-zaman korang bercinta, pernah tak korang bilang pada diri sendiri begini:

dia cintaku yang terakhir. aku akan cintakan dia sampai bila-bila, biarpun aku dan dia tidak ditakdirkan bersama..

pehhh ! hindustan habis ! bajet cinta suci la kan?
kemudian ditakdirkan kau bukan lah pemilik tulang rusuk kirinya sepertimana yang tertulis di dalam rencana dan kalam masa depan yang engkau angankan selama ini. kau kecewa. kau merana. kau bawa hati yang luka. lalu kau berjanji pada diri bahawa kau akan pelihara cinta dan kasih sayang engkau hanya untuk dia. kau mahu tutup pintu hati engkau. sungguh-sungguh kau mahu kunci pintu hati engkau biar tidak dapat dimasuki sesiapa pun.



kau rasa, kau bahagia kalau kau buat begitu?


cuba lihat pula hidup lelaki yang buat hati engkau sengsara, apa kisahnya? hidupnya baik-baik saja. dilingkungi teman-teman keliling sedang engkau mengisolasikan diri, makan entah ke mana, kerjaya juga kau abai begitu sahaja. hidup engkau sudah tidak serupa hidup. kau penjarakan hati dan jiwa engkau demi lelaki yang tidak mampu beri engkau bahagia walau untuk secebis pun.


seandainya ada antara kamu orang yang sebegini rapuh, tolonglah bangkit kembali dan jadi kuat demi untuk bahagia kamu sendiri. bahagia itu kita yang corakkan. bebaskan diri dari belenggu cinta yang sia-sia. tuhan tidak akan pernah berkata tidak kepada setiap permintaan kita. semua akan diperkenankan. cuma lambat atau cepat sahaja yang membezakannya.


aku mengaku, dahulu aku pernah serapuh itu. tapi kamon lah ! sebenarnya pada permulaan fasa kecewa sahaja kita jadi manusia yang serapuh-rapuh manusia. tapi, seiring dengan masa yang berlari, kau akan pulih. kau akan jadi perempuan yang lebih kuat. dengan syarat, kau jangan jadi perempuan bodoh. kau mesti bina kekuatan untuk bergerak ke hadapan. kau mesti kena ada usaha untuk melupakan. jangan terus membelenggu diri engkau dengan cinta yang bajet-bajet suci, setia membuta tuli. cuba kau amat amati semula... apa berbaloi meletakkan setia kepada lelaki yang tidak cintakan kita?


tahu tidak apa penawar yang paling unggul?

penawar yang paling unggul itu adalah doa..



engkau akan kecapi manisnya nanti selepas pahit

akan tiba bahagia selepas air mata

pada suatu waktu yang benar-benar tepat, di suatu tempat yang benar-benar indah, tuhan akan hadirkan seseorang untuk melengkapi hidup engkau, mampu membuatkan engkau bahagia dan merasa terwujudkan. bonda pernah bilang, cintailah dia yang lebih menyintai engkau, yang lebih dalam cintanya berbanding cinta engkau terhadap dirinya. setelah itu nanti kau akan merasa lebih bahagia.


aku akui kata-kata bonda. bonda benar..


:)


jangan layankan sangat merana dan lara hati itu lama-lama. bila hadir saja insan yang mampu membahagiakan engkau, hargai lah dia, bersyukur dengan segala kurnianNya.


jangan teringatkan sangat akan cerita semalam yang telah jadi sejarah, jangan pula terlalu obses menilik masa hadapan yang kita sendiri tidak pasti akan terang-kelamnya, malah berbahagialah dengan hari ini yang telah tuhan kurniakan untuk kita.



p/s : khas untuk si dia. Agar dapat tenang hidupnya kembali. life is struggle.

NORA ELENA DAN SETH TAN?



Assalammualaikum semua..

Gua rasa sudah sudah la tu memetik tentang cerita nora elena sama ada di twitter atau facebook mahupun pada private message. Tahap ke-ter-menyampah-an gua pada seth tan ataupun nora elena tu dah sampai dah ke tahap cipan. Cukup cukup lah ciptaan Gambit Saifullah yang memabwa kebanyakan kita terbang ke alam fantasi, drama meleis pun nak bagi kita tonton drama fairytale modern. Maybe untuk orang orang seperti Adinda Evans percaya mereka ada harapan? Percaya yang mereka akn jumpa mamat seperti Seth Tan? (baca : setan) Maybe? Maybe?


Cuba bayangkan diri lu orang di tempat Nora Elena, sikit sikt

" Eh apa ni awak? " *sambil acah-acah menolak tangan Seth Tan*
" Sayang kan nak shopping " *sambil menghulurkan credit card*

Wahhh.. bahagia hidup kau nyah. Ingat senang nak dapat lelaki handsome lagi pemurah serta memahami naluri kewanitaan? Hampeh betul. Tapi tu semua bukan tajuk yang gua ingin bincangkan hari ini.

Sedar tak kadang kadang kita terpikir, kan bagus kalau separuh dari perangai ex bf/gf kita, kita boleh gabungkan dengan yang current one? So akan jadi perfect person that we looking for? Oh, tak payah sangat memberi harapan. Benda takkan wujud,

Contoh:

  • Nak lelaki kaya, tapi takde masa untuk lu orang.
  • Nak lelaki banyak masa, tapi kerja gomen (duit sekadar sederhana, buang angan angan nak mintak handbag LV)
  • Nak lelaki handsome tapi kaki pukul dan mata keranjang.
  • Nak lelaki penyayang tak pandang perempuan lain, muka ala kadar je la kan.
See.. nak lelaki handsome, sanggup bagi card credit dia untuk lu orang shopping, sanggup batalkan appointment business juta juta *sambil berdiri tepi kolam bagi ikan makan*, sanggup stay kat rumah sebab lu orang sakit perut, mungkin ada satu dalam sejuta. (merujuk kepada Seth Tan) Haha.


So, apa yang dikatakan di sini, kesimpulannya, tak payah terkejar kejar sangat tengok Maria Elena, eh Elena Reeney eh Nora Elena. Haha. Aku nampak ramai gak perempuan dok berangan tidur malam nak mimpikan suami macam Seth Tan. Eh, bukan gua taknak cakap pasal Nora Elena ke? Damnnn!!

p/s: Ni yang gua malas nak baca novel Meleis ni. Suka buat readers teruja tak pepasal. Cuba tulis pasal realiti kehidupan.
p/s/s: Tau tak korang yang sebenarnya post ni gua nak cerita pasal Bapak Gula/Mak Gula? Perghhh.. Next entry la eh.

Monday, June 13, 2011

BILA SEORANG LELAKI LOOSER JATUH CINTA.



Ada seorang lelaki yang jatuh cinta. Tapi dia ni muka takde la macam Ashraf Muslim. Dia ni sangat-sangat tak de confident yang one day akan aa girl fall for him. Cinta bagi dia ialah looser. Tak, bukan, bukan. Cinta tu sendiri anggap lelaki ni sebagai looser. HAHA!

Ni perbualan dia dengan kawan dia pada satu hari yang sepi dan agak clear kalau sesiapa nak buat maksiat. Tapi lagi clear kalau nak buat tahajud ke, baca quran ke.

Aku : Weh, aku rasa aku minat orang lagi la... :-) 
*aku tak tau mcm mana boleh ada emoticon, padahal tgah borak*
 
Kawan : Ko memang...direct minat orang jer...
pastu kena reject. HAHAHAHA.Er..back tu the point, Kenapa ko minat dia??

Aku : Er..well, she's a nice girl of course. 
Aku pun rasa dia macam minat aku jugak,HAHA.


Kawan : Kenapa ko pikir macam tu??

Aku : Ye lah, kitorang kan slalu chatting dalam fb, ym, camfrog. Kitorang share story, tukar-tukar pendapat, borak-borak pasal isu semasa, inflasi dunia, global warming, etc etc. Wah, romantik gile kitorang. Lagipun, aku rasa dia ni caring lebih la kat aku. Mana ada pmpuan lain layan aku camni, (ada ke pempuan lain nak layan ko??)

Aku : Hahaha. Dia caring kat ko?? Macam ni la. 
Kalo orang cakap kat ko 'Terima Kasih', apa ko akan buat?
Aku : Er..aku jawab la 'Sama-sama'.

Kawan : So, bila ko tgur dia dalam fb, twitter, tak kisahla dalam apa-apa pun, 
mesti dia balas, kan??  Tu tak bermakna dia caring. Dia nak dumb ko je kot,HAHA. Ko kan looser.

Aku : Er..tapi dia layan aku cam lain daripada orang lain. Tu pasal aku rasa dia pun minat kat aku. Cuma cinta kami terhalang oleh orang ketiga...isk isk..



Aku : Banyak la ko orang ketiga. Dia caring kat ko?? Maybe tu cuma fantasi ko je. Ko suke dekat dia, so ko pun cipta satu persepsi dalam diri ko sendiri yg dia pun sukakan ko, padahal tak pun. Bahasa romantiknya, ko sebenarnya PERASAN jer.  So bila dia balas mesej ko, chatting ngn ko, ko akan rasa dia layan ko lagi special dari orang lain. Sebab tu ko rasa dia pun suka kat ko. Padahalnye, sume orang dia layan macam tu. Nak tau benda lagi best?? Masa ko chatting ngn dia kat fb, ko cuma bukak chat box dia jer. Tapi, dia bukak 10 chat box. And sume dia layan sama jer, macam dia layan ko.

Aku : Kira nya dia tak suka aku lah ni?? Ok. aku looser..
 
 
 


p/s :Theres no way a girl would like a looser. Shame on me.

DR.LOVE - PUTUS CINTA

 
 
TERFAKTAB
 
Jatuh cinta,putus cinta itu perkara biasa. Gua jatuh cinta,putus cinta ni macam makan nasik. Punyalah selalu sampai kadang-kadang gua rasa gua Pakar Putus Cinta. Jadi bila lu putus cinta atau patah hati,apa yang perlu lu lakukan untuk buat hati lu rasa sedap sikit? Sikit je,tak banyak pun.



  • Kongsi problem
Bila lu share masalah lu dengan seseorang tak kisah la mak lu orang ke,kawan-kawan ke atau stranger sekalipun lu akan rasa lega selalunya. Yela,otak waktu-waktu putus cinta ni tak jalan mana sangat,banyak yang tersumbat. Jadi mungkin orang lain boleh tolong kasi lu pendapat.

Tapi masalahnya dengan cara ni,problem lu akan jadi problem orang lain jugak. Kadang-kadang lu cuma nak berkongsi apa yang terbuku kat dada je tapi mungkin kawan-kawan atau family lu akan rasa masalah lu dah jadi masalah diaorang. Paling teruk bila kawan-kawan atau family lu pulak yang pergi serang ex lu. Benda ni mungkin akan buat lu rasa lagi macam nak gila.

  • Cari ketenangan
Bab cari ketenangan ni,manusia macam kita ada macam-macam cara untuk cari ketenangan. Pergi holiday,pergi menjerit atas bukit,pergi termenung tepi pantai,pergi menangis bawah air terjun,pergi window shopping sorang-sorang,pergi drive laju-laju atas highway. Lain orang,lain caranya.

Tapi ada jugak manusia jenis cari ketenangan cara bangang. Elok-elok waras pergi bantai hisap gam,ambek ganja apa semua. Apa diaorang ingat kalau sekali diaorang ambek barang-barang camtu,diaorang boleh lupakan terus masalah diaorang. Apa punya gila la,kot tak tahan sangat suruh je orang hentak kepala lu sampai pengsan. Time pengsan mana ingat apa masalah pun,free pun free ye dak?

  • Rokok / Cokelat
Kawan baik lelaki semasa putus cinta ialah rokok. Lu boleh detect lelaki tu ada masalah ke tak hanya dengan tengok macam mana dia hisap rokok. Kalau dia hembus asap rokok tu berat semacam maksudnya dia sedang cuba lepaskan sesuatu yang berat. Gua kalau tengah ada problem pun,elok-elok sekotak sehari boleh jadi 2 kotak sehari. Gua bukan nak mengajar benda bukan-bukan tapi kalau lu lelaki yang sedang putus cinta tapi tak merokok,masih belum terlambat untuk lu mulakan sekarang.

Jika rokok ialah kawan baik lelaki,cokelat pula ialah kawan baik makwe. Gua tahu ramai je makwe kat luar sana yang cari cokelat dulu lepas putus cinta. Paling teruk ada yang makan cokelat sambil nangis tersedu-sedan. Apa punya perangai la..Tapi kalau ikut dari segi saintifik,cokelat memang boleh meredakan tekanan pun cuma gua harap janganlah beria sangat makan tu,kang naik sampai 5-6 kilo sape nak jawab?

  • Sibuk
Sibukkan diri lu orang dengan apa-apa benda. Pergi melepak dengan kawan,pergi stadium tengok Arsenal,pergi kenduri kahwin,cat pagar rumah,tengok wayang,pergi mengumpat dengan makcik-makcik bawah pokok,mengait baju,jahit langsir. Lu orang buat je la apa pun asalkan dapat buat lu takde masa nak pikir atau sedih-sedih pasal masalah lu orang.

  • Luahkan apa yang lu rasa
Ada facebook kan? Lu up je status apa yang lu rasa. Peduli apa orang nak kata,lu punya facebook lu punya hal la kan? Kalau ada blog,lu up je entri tentang apa yang bermain-main kat perasaan lu orang sekarang. Satu-satunya keburukan cara ni ialah orang lain yang tak kenal lu akan anggap lu macam nak mintak simpati dan rasa lu macam loser. Tapi percaya cakap gua tulisan atau taipan boleh meredakan tekanan. Sama macam apa gua buat sekarang..

  • Mulakan hidup baru
Bukan senang nak mulakan hidup baru. Ada yang sampai kena delete facebook,delete blog,delete formspring,delete account youtube semata-mata nak lupakan seseorang dan mulakan hidup baru. Terus terang kabor gua pun cukup suka main delete-delete ni. Memang nampak tak steady sungguh cara ni tapi kadang-kadang kita sorang je yang tahu apa yang kita rasa jadi kita sorang je yang tahu camne nak pujuk hati kita. 

Tapi ada jugak jenis yang asal ada masalah je nak kelar tangan sendiri,asal patah hati je nak telan panadol sampai dua - tiga belas papan,asal rasa rabak je nak minum serbuk pencuci daia. Gua cakap macam ni je la,masing-masing dah besor tapi kalau lu buat camtu dan lu mati macam mana lu nak jatuh cinta lagi? Jatuh cinta best gila tahu?Jadi kepada sesiapa yang sedang patah hati,cepat-cepat sembuh dan selamat jatuh cinta semula!



Entah kenapa walaupun gua dah cuba semua cara ni,hati gua masih rasa tak sedap. Takkan nak kena minum petrol jugak?



Nota Cinta : Cinta tak pernah putus,cinta hanya terhenti. Cepat-cepat tekan button play semula!