Friday, June 17, 2011

NORA ELENA DAN SETH TAN?



Assalammualaikum semua..

Gua rasa sudah sudah la tu memetik tentang cerita nora elena sama ada di twitter atau facebook mahupun pada private message. Tahap ke-ter-menyampah-an gua pada seth tan ataupun nora elena tu dah sampai dah ke tahap cipan. Cukup cukup lah ciptaan Gambit Saifullah yang memabwa kebanyakan kita terbang ke alam fantasi, drama meleis pun nak bagi kita tonton drama fairytale modern. Maybe untuk orang orang seperti Adinda Evans percaya mereka ada harapan? Percaya yang mereka akn jumpa mamat seperti Seth Tan? (baca : setan) Maybe? Maybe?


Cuba bayangkan diri lu orang di tempat Nora Elena, sikit sikt

" Eh apa ni awak? " *sambil acah-acah menolak tangan Seth Tan*
" Sayang kan nak shopping " *sambil menghulurkan credit card*

Wahhh.. bahagia hidup kau nyah. Ingat senang nak dapat lelaki handsome lagi pemurah serta memahami naluri kewanitaan? Hampeh betul. Tapi tu semua bukan tajuk yang gua ingin bincangkan hari ini.

Sedar tak kadang kadang kita terpikir, kan bagus kalau separuh dari perangai ex bf/gf kita, kita boleh gabungkan dengan yang current one? So akan jadi perfect person that we looking for? Oh, tak payah sangat memberi harapan. Benda takkan wujud,

Contoh:

  • Nak lelaki kaya, tapi takde masa untuk lu orang.
  • Nak lelaki banyak masa, tapi kerja gomen (duit sekadar sederhana, buang angan angan nak mintak handbag LV)
  • Nak lelaki handsome tapi kaki pukul dan mata keranjang.
  • Nak lelaki penyayang tak pandang perempuan lain, muka ala kadar je la kan.
See.. nak lelaki handsome, sanggup bagi card credit dia untuk lu orang shopping, sanggup batalkan appointment business juta juta *sambil berdiri tepi kolam bagi ikan makan*, sanggup stay kat rumah sebab lu orang sakit perut, mungkin ada satu dalam sejuta. (merujuk kepada Seth Tan) Haha.


So, apa yang dikatakan di sini, kesimpulannya, tak payah terkejar kejar sangat tengok Maria Elena, eh Elena Reeney eh Nora Elena. Haha. Aku nampak ramai gak perempuan dok berangan tidur malam nak mimpikan suami macam Seth Tan. Eh, bukan gua taknak cakap pasal Nora Elena ke? Damnnn!!

p/s: Ni yang gua malas nak baca novel Meleis ni. Suka buat readers teruja tak pepasal. Cuba tulis pasal realiti kehidupan.
p/s/s: Tau tak korang yang sebenarnya post ni gua nak cerita pasal Bapak Gula/Mak Gula? Perghhh.. Next entry la eh.

1 comment:

  1. cerita orang jahil nak tunjuk baik....bengong

    ReplyDelete