Friday, June 10, 2011

BICARA ORANG GILA - AKU DAN ANGKASA

 penulis.sahaja
 
Aku masih ingat lagi apa dia kata. Kita tak boleh menipu hati. Umpama menipu diri sendiri. Sebenarnya agak sukar aku menerima apa dia kata sebab, hurm. Sebab masa tu aku memang menggila dengan dia. Bila di fikirkan balik simpang siur jalan kata-katanya tu, ada betulnya. Sampai bila nak menipu diri sendiri?

Hati tak mahu. Minda kata teruskan di situ. Berpura-pura sampai mati pun apa tak ada. Buang masa. Heh.

Mencari sinar yang boleh buat kita kembali semangat meneruskan perjuangan dalam hidup ni bukan satu benda mudah. Aku tahu, aku di bencinya. Itu buat perjalanan aku lebih sukar. Daripada simpang siur banyak cabang, kini aku terpaksa lompat lepasi gaung sedalam lima ribu kilometer. Boleh. Memang aku boleh lepasi gaung tu. Tapi, keyakinan tu. Aku takut jatuh ke dalam gaung tu. Apa pun tak dapat. Aku adalah seorang lelaki penakut. Pondan. 

Kebenarannya, aku sudah lepasi jalan simpang siur itu. Berjaya. Alhamdulillah. Hidup kembali stabil. Dan bertambah baik dari sebelumnya. Cuma, kini aku hanya perlu lompat lepasi gaung itu. Supaya terus, aku boleh hidup lari dari segala jenis memori lama.

Bintang dan Angkasa.

Ya. Kita tak boleh menipu hati. Sampai bila aku mampu berpura-pura? Aku rindu dia. Semoga hari esok mampu buat kerinduan ini hilang. Aku mahu hilangkan ia. Dengan apa cara sekalipun. Biar memori ada di situ. Tapi aku tak mahu memori itu menyebabkan rindu.

p/s : merindu manusia yang tak merindui kita itu adalah satu benda yang perih tahu?

No comments:

Post a Comment