Thursday, June 9, 2011

BICARA ORANG GILA - AKU DAH GILA KE?

Bila aku menjadi seorang yang gila. Aku akan berbual dengan apa saja yang aku rasa aku boleh berbual. 
 
Aku berkata kepada malam yang aku ingin jumpa pagi secepat mungkin. Malam cemburu bukan main lagi. Dia kata apa kau dah gila nak lawan hukum alam? Aku senyum sahaja. Malam bertanya lagi kepada aku dengan lebih tegas, apa kau masih mahu jumpa pagi secepat mungkin dan lepaskan masa aku dan kau bersama? Aku mengangguk setuju.

Masih mahu melawan hukum alam? Kau nak jadi gila? Malam terus berdebat. Aku tahu dia rindu aku. Seharian di pejabat dan kini waktu aku dengannya. Tapi aku minta pagi supaya terus muncul. Bunyinya seperti tamak.

Malam tarik muka. Aku senyum. Dan bisik pada malam,


"Usah kau khuatir malam. Aku mahu jumpa pagi secepat mungkin tapi aku masih perlukan kau. Untuk merehatkan fikiran. Badan. Minda. Untuk kosong. Dan menikmati mimpi-mimpi kurniaan Illahi dan mainan tidur itu ya malam. Itulah masa terbaik kau dan aku. Dalam masa yang sama, aku mampu jumpa pagi dengan tidak terkira cepatnya jarak masa."

Bukan tamak. Tapi kadang kala kita perlu buat satu keputusan yang tidak diterima akal untuk kebaikan bersama semua orang. Mungkin kebaikannya tidak zahir sekarang. Tapi masa depan.

Aku pejam mata. Tidur.

//inilah bicara orang gila.

No comments:

Post a Comment