Monday, June 13, 2011

DR.LOVE - PUTUS CINTA

 
 
TERFAKTAB
 
Jatuh cinta,putus cinta itu perkara biasa. Gua jatuh cinta,putus cinta ni macam makan nasik. Punyalah selalu sampai kadang-kadang gua rasa gua Pakar Putus Cinta. Jadi bila lu putus cinta atau patah hati,apa yang perlu lu lakukan untuk buat hati lu rasa sedap sikit? Sikit je,tak banyak pun.



  • Kongsi problem
Bila lu share masalah lu dengan seseorang tak kisah la mak lu orang ke,kawan-kawan ke atau stranger sekalipun lu akan rasa lega selalunya. Yela,otak waktu-waktu putus cinta ni tak jalan mana sangat,banyak yang tersumbat. Jadi mungkin orang lain boleh tolong kasi lu pendapat.

Tapi masalahnya dengan cara ni,problem lu akan jadi problem orang lain jugak. Kadang-kadang lu cuma nak berkongsi apa yang terbuku kat dada je tapi mungkin kawan-kawan atau family lu akan rasa masalah lu dah jadi masalah diaorang. Paling teruk bila kawan-kawan atau family lu pulak yang pergi serang ex lu. Benda ni mungkin akan buat lu rasa lagi macam nak gila.

  • Cari ketenangan
Bab cari ketenangan ni,manusia macam kita ada macam-macam cara untuk cari ketenangan. Pergi holiday,pergi menjerit atas bukit,pergi termenung tepi pantai,pergi menangis bawah air terjun,pergi window shopping sorang-sorang,pergi drive laju-laju atas highway. Lain orang,lain caranya.

Tapi ada jugak manusia jenis cari ketenangan cara bangang. Elok-elok waras pergi bantai hisap gam,ambek ganja apa semua. Apa diaorang ingat kalau sekali diaorang ambek barang-barang camtu,diaorang boleh lupakan terus masalah diaorang. Apa punya gila la,kot tak tahan sangat suruh je orang hentak kepala lu sampai pengsan. Time pengsan mana ingat apa masalah pun,free pun free ye dak?

  • Rokok / Cokelat
Kawan baik lelaki semasa putus cinta ialah rokok. Lu boleh detect lelaki tu ada masalah ke tak hanya dengan tengok macam mana dia hisap rokok. Kalau dia hembus asap rokok tu berat semacam maksudnya dia sedang cuba lepaskan sesuatu yang berat. Gua kalau tengah ada problem pun,elok-elok sekotak sehari boleh jadi 2 kotak sehari. Gua bukan nak mengajar benda bukan-bukan tapi kalau lu lelaki yang sedang putus cinta tapi tak merokok,masih belum terlambat untuk lu mulakan sekarang.

Jika rokok ialah kawan baik lelaki,cokelat pula ialah kawan baik makwe. Gua tahu ramai je makwe kat luar sana yang cari cokelat dulu lepas putus cinta. Paling teruk ada yang makan cokelat sambil nangis tersedu-sedan. Apa punya perangai la..Tapi kalau ikut dari segi saintifik,cokelat memang boleh meredakan tekanan pun cuma gua harap janganlah beria sangat makan tu,kang naik sampai 5-6 kilo sape nak jawab?

  • Sibuk
Sibukkan diri lu orang dengan apa-apa benda. Pergi melepak dengan kawan,pergi stadium tengok Arsenal,pergi kenduri kahwin,cat pagar rumah,tengok wayang,pergi mengumpat dengan makcik-makcik bawah pokok,mengait baju,jahit langsir. Lu orang buat je la apa pun asalkan dapat buat lu takde masa nak pikir atau sedih-sedih pasal masalah lu orang.

  • Luahkan apa yang lu rasa
Ada facebook kan? Lu up je status apa yang lu rasa. Peduli apa orang nak kata,lu punya facebook lu punya hal la kan? Kalau ada blog,lu up je entri tentang apa yang bermain-main kat perasaan lu orang sekarang. Satu-satunya keburukan cara ni ialah orang lain yang tak kenal lu akan anggap lu macam nak mintak simpati dan rasa lu macam loser. Tapi percaya cakap gua tulisan atau taipan boleh meredakan tekanan. Sama macam apa gua buat sekarang..

  • Mulakan hidup baru
Bukan senang nak mulakan hidup baru. Ada yang sampai kena delete facebook,delete blog,delete formspring,delete account youtube semata-mata nak lupakan seseorang dan mulakan hidup baru. Terus terang kabor gua pun cukup suka main delete-delete ni. Memang nampak tak steady sungguh cara ni tapi kadang-kadang kita sorang je yang tahu apa yang kita rasa jadi kita sorang je yang tahu camne nak pujuk hati kita. 

Tapi ada jugak jenis yang asal ada masalah je nak kelar tangan sendiri,asal patah hati je nak telan panadol sampai dua - tiga belas papan,asal rasa rabak je nak minum serbuk pencuci daia. Gua cakap macam ni je la,masing-masing dah besor tapi kalau lu buat camtu dan lu mati macam mana lu nak jatuh cinta lagi? Jatuh cinta best gila tahu?Jadi kepada sesiapa yang sedang patah hati,cepat-cepat sembuh dan selamat jatuh cinta semula!



Entah kenapa walaupun gua dah cuba semua cara ni,hati gua masih rasa tak sedap. Takkan nak kena minum petrol jugak?



Nota Cinta : Cinta tak pernah putus,cinta hanya terhenti. Cepat-cepat tekan button play semula!

No comments:

Post a Comment