Thursday, September 29, 2011

KOMITMEN





Agak sibuk sekarang ini. Maaf kerana gua sudah lelah dan hanya asyik memikirkan teman wanita, teman wanita, ranjang, teman wanita, ranjang, gaji, komitmen dan kerja-kerja yang perlu dihabiskan. Lihat gambar di atas, tanda si dia juga sudah tidak sabar. Baiklah, jumpa lagi ya?


p/s : Kerja 24/7 sampai lebam pun orang kata gua player lagi. GILA KE? 

Monday, September 26, 2011

Rock And Roll Malaysia: kanak-kanak hilang

Rock And Roll Malaysia: kanak-kanak hilang: entri ni sekadar untuk membantu kepada pencarian seorang kanak-kanak yang dilaporkan hilang semalam... berikut adalah post yg disebarkan (Baca Selanjutya)

Saturday, September 24, 2011

Dunia Internet dan rakyatnye..

Assalamualaikum dan selamat pagi :)



Familiar ngan lambang2 diatas? Yaaa! Kompom la kan..Nak cite la pengalaman aku, selama beberapa tahun berkecimpung dalam dunia internet di MIRC, YM, MYSPACE, FRIENDSTER ,HI5,TAGGED, FACEBOOK,  TWITTER, CAMFROG dll.. dh macam-macam manusia yg aku pernah jumpa. Aku pernah menipu dan ditipu. Sampai sekarang, tiada perbezaan ketara pon terhadap chatters2 ni. Maupun yg LAMA or yg BARU. Macam2 perangai..

1. Dari org lain, menjadi diri sendiri.

2. Dari diri sendiri menjadi org lain.

3. Dari bujang, sekarang beranak pinak dah.

4. Dari dah berkahwin, sekarang bujang.

5. Dari benci internet, sekarang gila on9 24jam muke dia.

6. Dari dulu sampai sekarang x berubah.




Aku plak. selama beberapa tahun ni, macam2 terjadi pada aku, dari chatters tegar, kemudian berenti,  chatting kembali, berpisah, solo, masih lagi chatting. Susah, senang, susah balik, senang balik,  susah balik... Still dunia internet dgn aku x ley lari. Tapi semakin lama, aku dah hadkan kawan2 aku. Bukan mcm dulu, bantai je nk berkawan ngan sape..


And sekarang memerhati chatters2 baru, walaupun dorang lagi berumur dari aku, tapi baru nk jinak2 ngan tenet nih.((Sebab sekarangkan kalau nk on9 dimane dan bila saya anda mau kan..senang)) Kadang2 bile peratikan comment, update, status, rase mcm kelakar.. sebab aku slalu buat tu dulu.. DULU ye.. ulang suara typing DULU. 




1. Hari ni ckp "aku dah fedup ngan CF/FB (wut so ever la). selamat tinggal kawan2 hari ni last on9" padahal.. x sampai 2 hari muncul lagi batang idung. pastu buat bodo2 x phm.

2. Bila kenal someone, n declare couple, hari-hari i love u, u love me. xpecially lam facebook. tapi after a few weeks.. kite akan baca status2 sedey cam nk mati, frust menonggeng konun2. pastu after a few days, declaration bertukar ke mamat/minah lain... (seball...)

3. Bila dibahan sikit, mula melatah, xpaham yg org melawak je ngan dia. Merajuk, bawak diri.. Ntah hape2 ntah.

4. Dalam chat ko sikit punye skema, tulis ni x leh, tulis tu xleh.. kat luar ko la bapak segala pemaki

5. Jap try awek ni, jap try awek tu.. semua ko nk try la. ko la kasanova!  puii!

6. Dulu ko punye kutuk org buat ni, buat tu, alih2 ko plak buat bende yg ko kutuk2 sgt tu. hahahaha.. BODOH!

Banyak lagi pangai pelik2 yg aku sendiri malas nk layan bile tengok. Yang tua jadi budak2 yg paling aku nyampah skali. hahaha.. Bile masuk dunia internet, macam berubah semua, jadi org len.. ntah pe pe ntah. Tapi aku bersyukur laa.. walau x semua, aku still lagi bercampur ngan golongan yg jadi "Diri sendiri" dan bukan PLASTIK. Tapi ada yg terlebih diri sendiri.. "Duit dlm poket banyak mana pon nk bagi tahu satu dunia" Renung2 kan..

MOTS = Jadilah diri sendiri, x payah jadi org lain. Pedulikkan org nk kata apa. :)

Wednesday, September 21, 2011

Tuesday, September 20, 2011

Luka + Dilukai

Assalamualaikum w.b.t :):)


Ini juga kisah mengenai dugaan hati. Manusia memang selalu kalah dengan dugaan, tidak kira besar atau kecilnya bentuk dugaan itu . ehh...dugaan juga perkara yang subjektif kan?..patutlah saya pun suka..hehe. 


        Manusia cepat lupa bila segala-galanya ada di depan mata. cepat lupa diri.cepat lupa asal-usul. bila lupa asal-usul, lupa diri mula lah terjadi macam-macam, perangai pun pelik-pelik, hati yang dulu kuat juga mula goyang. 
Kalau dulu, susah-senang dihadapi bersama, tidak kiralah betapa berat pun dugaan dan betapa hebatnya rintangan , kerana hati masih kuat, perasaan masih kukuh, semuanya sanggup diharungi. Tapi bila saja nama dijulang, wang-ringgit dalam genggaman, hati mula goyah. 
kalau dulu ada dua keping hati bersatu mesra kini tidak lagi, hati yang satu lagi itu ditinggal dan tidak dipedulikan, bila nama sudah dijulang, dia lupa dan dia tinggalkan sekeping hati itu, sebab dia sudah mula melihat ada berkeping-keping lagi hati yang mudah untuk dicapai. hati yang lebih gebu untuk digenggam dan lebih lembut untuk dijamah. 
Itulah manusia yang lupa diri. hati manusia yang mudah goyang, kalah pada godaan wang ringgit dan nama yang dijulang.Mungkin kerana dia lupa, sekeping hati yang merah kerana cintanya itu pernah mengharungi pahit-getir bersama kini sedang berdarah dan menangis juga kerana cintanya yang goyah. 
Kepada hati yang melukai itu, ingatlah kisah gembira bersama hati gebu itu tidak selamanya berwarna-warni indah seperti pelangi, satu hari akan pudar juga warna ceria itu. Kepada hati yang dilukai itu, berhentilah dan jangan biarkan hati itu terus menangis, esok-lusa, cepat atau lambat, pasti ada hati baru yang lagi ranum mahu datang mengisi dan mengubati.


Coretan di atas sy ambil dr sebuah blog. Saya sgt2 meminati bait-bait katanya kerana apa yg di coretkan adalah separuh dari kehidupan yang kita alami. Kecewa tak bermaksud kita lemah dan kita kalah. Kadang2 kekecewaan itu di jadikan sebagai peransang untuk kita meneruskan kehidupan. Ingatlah, mungkin "kehidupan" yang akan datang adalah lebih baik dari "kehidupan" yang meninggalkan kita. Apa yang terjadi ada hikmahnya dan kita sebagai seorang hamba Tuhan haruslah meredhai dan menerima apa yang terjadi. 


Someone advice me :

Firman Allah S.W.T dalam surah At-Talaq ayat 7 yang bermaksud 


Hendaklah orang yang mampu memberi nafkah menurut kemampuannya; dan sesiapa yang di sempitkan rezekinya, maka hendaklah ia memberi nafkah dari apa yang diberikan Allah kepadanya (sekadar yang mampu); Allah tidak memberati seseorang melainkan (sekadar kemampuan) yang diberikan Allah kepadanya. (Orang-orang yang dalam kesempitan hendaklah ingat bahawa) Allah akan memberikan kesenangan sesudah berlakunya kesusahan.


Allah sentiasa bersama-sama kita..

Sekian (^.^)v

Monday, September 19, 2011

Serlahkan Ketinggian Daya Imiginasi Anda..

Rock And Roll Malaysia: Serlahkan Ketinggian Daya Imiginasi Anda..: Salam dan selamat pagi.. jom join pertandingan mencipta dialog untuk muka2 yg berikut di Fan Page FB kami Rock And Roll Malaysia . (read more...)

Friday, September 9, 2011

Introduction =.="

Assalamualaikum
Oke
wa mmg tak reti nk bg introduction
salam kenal ke
salam perkenalan ke
mmg totally tak reti
btw
i'm here ryte now
invite by the owner
and thanks to the owner
sbb bg wa menconteng kat blog ni
skrg ni mmg tader idea
ad idea t wa conteng2 lagi ea
oh..to "suke ungu"
i like ur colour
:):):):):)

~~ A L O N G ~~

Wednesday, September 7, 2011

Monday, September 5, 2011

Sharing is Caring..

Assalamualaikum :)


Yg lelaki, ada adik lelaki/abg?
*berkongsi ?
  • baju
  • ps3
  • motor
  • oakley
Yg perempuan, ada adik perempuan/kakak?
*berkongsi


  • makeup
  • accessory
  • contact lens
  • hair care
Dan semua yg anda kongsikan dengan adik beradik tersayang tu adelah dri hasil titik peluh anda.. Untunglaaa~ Perasaan? Acah2 tak kisah bila tengok dia pakai? Atau buat2 tanya "ehh.. tu aku punye kan?" walaupun ko sebenarnye tau? dan dia acah2 selamba kata ya.. Atau lepas dia pakai dia simpan sendiri dan bila kita nk pakai kene mintak plak kat dia.. macam kita yg nk pinjam barang dia? (contohnya baju)

Dan bile dia ada duit dia x kisah pon nk beli apa yg dia kekurangan tapi terus nk kita supply tuk dia? contohnya macam shampoo.. dan lebih sakit hati rambut dia lagi panjang mengurai dari kita dan bila shampoo tu habis kite akan kegatalan kulit kepala dan PAKSA dia beli baru kite leh ada shampoo?

Dan lebih sakit hati lagi bila mak kita mengeluh sesuatu hal tentang diorang pada muka kita yg sememangnya banyak perkara yg nk dikeluhkan..

oh! stop using my stuff.. berhentila selongkar bilik saya yg mcm sarang ular ni. xde yg menarik pon. Bukan nk berkira.. sikit pon x.. mmg aku suka sepah barang2 aku.. tp aku sepahkan dalam bilik aku sendiri.. so walaupun ko terpijak barang 10sen lepas dari pintu masuk bilik aku, maknanye tu aku punya.
so terima kasih kerana "BERKONGSI" dengan saya. Atau lebih saintifiknya "BUAT HARTA" hakmilik saya.. :) 

for the record, hair dryer , henbeg kaler merah2 itam tu, quitex pink & putih, ada dlm bilik sy.. len len tatau..
**mmg entry luahan hati, tekanan perasaan dan pentingkan diri sendiri :)

Sunday, September 4, 2011

Gila-gila Hari Raya

Assalamualaikum..

Masih lam mood raya... hari ke-6 sudah. Apa khabar kawan2? camne raya korang tahun ni? Raya aku tahun ni happening gile.. tak macam tahun lepas yg terpaksa bekerja.. mmg happening tapi tak la banyak rumah yg aku pegi.. :)



Raya pertama - ke Kepong, Sungai Buloh, Bentong dan berakhir di Mentakab..
Raya kedua - Klang, Kapar, Tanjung Karang, Sabak Bernam dan berakhir di Hutan Melintang..

Raya ketiga dan keempat - tunggu tamu kat rumah..
Raya kelima - Beranang, Kuantan
Raya keenam- Seremban

Seronok, letih tapi puas hati.. cume ada sedikit kekurangan... aku masih x jumpa lagi kuih BATANG BURUK? Korang tau?? tatau? tatau suda.. Yang penting kegilaan beraya ni aku kongsi dgn en BOROI_STYLO. thanks la bawak aku gi beraya :) jauh2 perginya.. suke aiii :P



mmm,... ada perasaan nk beraya ke PENANG minggu depan :) jom?!

Friday, September 2, 2011

KISAH DITIPU DAN MENIPU DI HARI RAYA KE-2 (Versi Suka_Ungu )

Assalamualaikum dan Selamat Hari Raya yg ke-4

Ni nak membalas balik 


"KISAH DITIPU DAN MENIPU DI HARI RAYA KE-2"


 so korang mmg wajib baca ni link di atas dulu baru leh paham... oleh tuan tanah kedaong MR Boroi stylo.. wahh! Bapak seronok bercerita mengutuk ai sakan ehh.. Hahaha.. Nilah dia di namakan xcited beraya.

*Janji Perjumpaan
Sorry la agak lambat aku bangun.. Nak wat camne kan.. aku siap lak pesan ngan Boroi suh tido awal nnti lambat. Tau tau aku yang hanyut sampai kul 10.30, huuhuhuuu. Nasib baik la aku ni jenis yg siap2 xpress rakyat. Tapi aku mandi okay..

*Simpang KAPAR ((bukan KAMPAR la.. ingat sodara pusat membeli belah KAMDAR ke?))

Aku : I dah sampai sekolah kebangsaan sementa ni.. nak masuk simpang mana?
BFF : ala takkan x ingat, u masuk je simpang mana2..
Boroi : Nak masuk mana?
Aku : Masuk je simpang mana2..

Pastu kiterang 2-2 gelak bila aku tengok muke Boroi terpinga2 macam nk siku aku dalam2.. hahaha.. ok ok.. 

*Nama jalan
yea Bff aku dah kasi alamat.. walaupun aku sebenarnya mmg dah pernah pegi rumah dia.. tapi x berapa nk hengat. Yg jadi aku terlepas pandang 6 ngan 19 tu sbbnye macam la boroi tak tau yg tetiba aku nampak sign board "SELAMAT DATANG KE TAMAN KLANG PERDANA" gahahaha.. nk gi pat lain.. aku boleh tunjuk jalan ke tempat lain sbb aku dah familiar ngan jalan tu.. Bole! dan dan pulak aku ajak pusing taman tu.. so tu yg terlepas pandang alamat bff aku.. (yg penting rendang daging tu best)

----------------------------------

Ni sebenarnya satu2 rumah dlm perancangan aku. dah xde hala tuju lepas rumah ni. Aku ngan boroi sibuk la call semua kawan2 yg ada lam list phonebook. OK kemaruk nk beraya.. Siap dah cadang nk g tengok wyg.. Tiba2 call "Awek cun" yg boroi nk try tu call.. Ajak beraya kat kampung dia.. ni satu tipu gak mula2.. sebelum BHP tu lagi.. Kata dok Kuala Selangor, rupanya tanjung karang. Ye lah dekat2 tapi still lain2 nama tempat tu kan.. hahahahah..

Pasal kes2 simpang awek cun tu malas nk cite la.. pasal boroi nk try dia kan.. tau2 aku kene tendang dari blog ni. huhuhu.. 

*Berapa Lama Lagi
Macam boroi cite.. makk aihhh.. Nak mampus tunggu ko. Aku ngan awek cun dah terkepit2 tahan air kecil yg nk kluar. mak aihh.. Awek cun dah tergedik2.. jap2 suh call.. jap2 suh call.. Bila lepas sejam dia dtg jemput kiterang, rupanya jalan nk g rumah dia tu punye lah senang.. Klu dia bitau je, senang je kot nk carik. Berapi berangin je rasa...

*Klinik
Yang ni pon xcited punye pasal. hahahaha.. Aku lepas pandang lagi skali. Tapi nk wat camne.. Aku insan yg lemah. For so u org nk tau, font kat BLACKBERRY i yg canggih manggih tu i pakai font 5. sebab x nak mama i skodeng.  i?? ok malas nk edit balik .so skrg aku dah tuka font tujuh.. besar sikit eh..

yg bab TUAN RUMAH agak SPECIAL tu... waklu lah! kawan2 kann.. sepuk kang.. ngeh ngeh..

...tapi mmg class la ko AZAM~ thank buah mangga tu..

dan bagai dikata.. banyak kisah tipu menipu yg dia tatau aku membongkang kat belakang tu pon menipu je pasal nk pasang telinga macam mana dia try awek cun tuh. hahahah :) pastu bab dia menipu someone yg dia kata dia sesat kat teluk intan pon boleh tahan hebatnye.. Member terpacak tunggu kt kl dari kul 10.. kul 2 lebih pagi baru sampai kl.. seronok layan jemm ye banggg?? hakhakahkahkahkahk

yg penting puas hati sbb semua rumah yg aku dan boroi pegi, makan semua best.. tak hingat lak kat rumah awek cun aku ngan boroi makan bermangkuk2 mewakilkan kawan2 yg ada.. hahahaha.. siap buat list.. full oh.. 2 meja penuh ngan makanan dikerjakan aku ngan boroi_stylo.. 

ok.. happy ending..  Selamat hari raya.. (masih lam mood raya)

Thursday, September 1, 2011

KISAH DITIPU DAN MENIPU DI HARI RAYA KE-2


Assalammualaikumm..

Selamat hari raya semua. Amacam? Best raya lu orang tahun ni? Beraya bersama family, saudara mara, anak anak, rakan rakan dan sahabat handai. Mesti best kan? Daripada gua hanya mampu ucapkan SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN TULUS IKHLAS dari jauh je lah. Hanya itu yang mampu gua ucapkan. Nak bagi duit raya tidak lah gua mampu mana pun. So, trima je lah kemaafan dari gua yang tidak seberapa ini.

Bukan bermaafan yang gua nak selitkan pada hari ini. Tapi tentang kisah semalam. Gua panggil kisah ni KISAH DITIPU DAN MENIPU DI RAYA KE-2. Boleh? Mahu tak nya, dari seawal pagi buta sehinggalah pagi buta keesokan harinya gua asik kena tipu je. Kena tipu dengan siapa? Tu haaaaaa~~~ SUKA UNGU tu.. dan rakan-rakannya yang lain. Boleh? Kat sini gua ada buat SENARAI PENIPUAN yang dah dilakukan pada raya kedua itu.

~~korang layan satu persatu ye..

1) TENTANG JANJI PERJUMPAAN

Janji pukul 9.30 pagi.. okayh.. Gua agak lewat juga lah bangun pagi tu. Gua bangun dalam pukul 9 pagi. Kelam kabut juga lah gua nak bangun dan bersiap lawa lawa untuk beraya.(Kononnya) Tepat pukul 9.35 pagi gua dah siap dan panaskan enjin kereta untuk mengambil SUKA UNGU. Takut dimarahi sebab lambat punya pasal gua try lah call beliau untuk meminta maaf atas kelambatan tersebut. Okayh, gua dah mula menyirap tatkala gua cuba menghubungi blackberry beliau yang agak canggih tersebut sampai lebam tapi tak diangkat angkat. SAMPAI LEBAM seyhhh!!! Boleh tahan korang. Sesampai saja di rumah beliau tepat pukul 10.30 gua menekan bell rumah beliau. Dengan rileks saja beliau keluar rumah dengan muka baru bangun tidur dan belum bersiap menghadap depan muka gua. Okayh!! Gua tak banyak cakap gua suruh dia mandi dan bersiap manakala gua pergi ke car wash untuk mencuci kereta sambil menunggu.

~Janji macam ni lah yang gua agak benci sikit. Nasib baik gua ada tahap kesabaran.

2) TENTANG SIMPANG DI KAMPAR KLANG

Gua tidaklah berapa pasti gua sampai ke kampar pukul berapa. Kononnya nak pergi beraya di rumah di salah seorang sahabat baik SUKA UNGU di kampar klang. Dah lah gua tak berapa pasti sangat jalan jalan sekitar kampar. Tapi disebabkan pernah juga pergi kiranya gua tegap juga lah membawa beliau beraya dirumah sahabat beliau. Yang best bila gua kena tipu bila gua tanya pada SUKA UNGU.

Ungu : Drive line belah kiri. Nanti nak masuk simpang.
Aku : Simpang mana nk masuk ni?
Ungu : Masuk je mana mana simpang ni.
Aku : Ha?? .......

Apa? Lu ingat semua simpang kat kampar ni tembus simpang kat rumah dia ke? Agak agak lah. Minta cium juga dia ni ngan gua. Penipuan yang agak unik tu sebenarnya..

3) NAMA JALAN

Yang ni agak best sikit lah. Kita masih lagi di kampar Klang. Gua dah masuk simpang yang betul. Taman yang agak betul sebenarnya. Tapi bila gua bertanya,

Aku : Jalan apa nak masuk rumah dia ni?
Ungu : Jalan sementa 19
Aku : Owh, 19 ye? okayh okayh...

Mana ada Jalan Sementa 19 dowh.. Cuba ko cek balik alamat dia.. Rupa rupanya jalan berapa lu orang nak tahu? Tu dia Jalan Sementa 6 rupanya. Dikatanya Jalan 19. Agak bengang juga lah aku.

4)TENTANG BHP

Sesudah gua habis beraya di kampar gua pula menuju ke TANJUNG KARANG. Rumah seorang gadis yang cantik molek.(Konon nak puji kat sini kejap) Tanjung karang tu kira kampung rakan kami lah. Agak jauh tapi bila dah kepala naik gila jauh tak jauh gua sergah kan saja. Jalan tidak lah berapa tahu sangat. Tapi disebabkan SUKA UNGU pernah menetap di sana gua berani juga lah. Tidak lah sesat sangat. Tapi yang paling best bila gua menghubungi beliau untuk bertanyakan di manakah jalan kami harus tuju untuk sampai ke rumah dia.

Aku : Ni nak ikut jalan mana ni?
Rakan : Terus saja. Sampai nampak jambatan. Bila lepas jambatan tu nampak bhp yang pertama sebelah kanan. Then terus saja tak lama nanti akan nampak bhp yang kedua sebelah kanan juga. Sampai sana call balik.

Okayh... Agak jauh juga lah bhp yang pertama selepas jambatan. Itu baru BHP yang pertama. Yang kedua lagi jauh seyh... Berjanggut juga lah gua mencarinya. Ingat dekat sangat. Mati mati gua ingat dekat.

5) TENTANG SIMPANG LAGI

Kena tipu pasal SIMPANG lagi. Masih lagi di tanjung karang. Gua masih lagi tak sampai di rumah rakan gua. Bila ungu call beliau bertanyakan rumahnya ini lah kisahnya..

Ungu : Dekat mana rumah?
Rakan : Terus saja.. Nanti korang akan nampak selekoh.. dekat selekoh tu ada simpang.. abaikan selekoh tu.

okayh, bila dengar abaikan selekoh mesti gua kena masuk simpang. Sebab gua dh kena abaikan selekoh. yer dak. Padahal gua kena layan selekoh tu. Nampak sangat menipunya. Kena plak u-turn back g layan selekoh. then bila dh jumpa simpang yang patut gua masuk gua masuk lah simpang tu. Then, ungu sekali lagi call untuk bertanyakan direction ke rumahnya..

Ungu : Dah masuk simpang.. Kat mana rumah?
Rakan : Terus je. Nanti nampak simpang pertama terus lagi. Simpang kedua nampak i tunggu kat depan rumah.

Okayh.. Yang ni menarik. Simpang pertama gua dah abaikan. Simpang kedua dia tak ada. Simpang ketiga pun dia tak ada. Keempat dia tak ada. Gua terus lagi. Kelima dia tak ada. Bertemu simpang empat plak tu. Pun dia tak ada. Gua teruskan lagi. Rupanya rumah dia simpang yang entah ke berapa entah.. Boleh tahan lu orang macam tu? Bapak best menipunya... Nasib baik lah dia tunggu depan simpang rumah menaiki basikal. Macam ayu je gua tengok time tu. Seorang gadis kampung menaiki basikal. Perghhh.. terpikat sudah aku.. Dari hati panas terus sejuk beb.. kehkehkehkehkeh

6)BERAPA LAMA LAGI?

Okayh.. Destinasinya seterusnya ke SABAK BERNAM. (Asal semua destinasi yang aku pergi aku tak tahu ni) Beraya ke rumah salah seorang dari rakan kami juga. Tapi kalau dari key ell ke tanjung karang tadi gua ngan Ungu saja dalam kereta.. Semasa ke Sabak Bernam si gadis cun pun mengikut kami juga. Apa lagi, Banyak cerita tak nak Ungu gua halau duduk belakang sebab gua tengah nak try si gadis cun itu. hahahhaha.. poyo rasanya..

Sesampai di Sabak Bernam Gua pula menghubungi rakan kami tersebut bertanyakan jalan ke kampungnya itu. Tapi, Si bapa rakan kami tu suruh kami menunggu di rumah satu tempat untuk mereka menjemput kami. Ingat kejap, tapi bila gua call beliau ini jawapannya..

Gua : Kat mana dah?
Rakan : Kejap kejap.. Ontheway..

~10 minit kemudian...

Gua : Kat mana dah?
Rakan : 5 minit lagi..

15 minit kemudian..

Gua : Kat mana dah?
Rakan : 2minit lagi..

Selepas 1jam baru sampai. Cilaka 10minit tuh. Ini nak pedajal gua siut.. Minta pelempang betul. Nasib baik Bapa nya ada. Kahkahkahkahkah...

7) TENTANG KLINIK

Dekat Sabak bernam kami lepak tak lama. Sebab kami sedang berkejar ke HUTAN MELINTANG PERAK pulak. Masih lagi rakan kami chatting kami. Tapi tuan rumah tu agak SPECIAL juga lah bagi SUKA UNGU kita tu. kahkahkahkahkah. Seperti biasa gua suruh Ungu minta direction kat rakan kami. Tapi kali ni Ungu just text message je dengan beliau. So, gua diamkan saja lah.

*Message
~~nanti kau jumpa simpang empat kau masuk kiri. Then, kau akan jumpa kfc belah kanan. Depan sikit kau akan nampak KLINIK RAWATAN AHSAN. Nanti sampai sana kau call aku.

Lebih kurang macam tu lah juga message dia. Gua pun tidaklah nak baca sangat sebab tengah drive kan. Tapi bila gua sampai simpang yang diperkatakan tu gua pun masuk lah kiri. Dan gua pun nampak KFC di sebelah kanan. Tapi time tu gua dah lupa klinik apa yang diperkatakan itu. So, dengan comfidentnya Ungu tanpa mengecek balik text message tadi dia suh gua cari KLINIK KESIHATAN HUTAN MELINTANG. Boleh? Sebab dia nampak signboard klinik tu lagi 1 kilometer katanya. Gila lu. Padahal klinik yang nak dituju betul-betul sebelah KFC. Tak pasal-pasal gua kena maki dengan tuan rumah. Minta kena bahan betul lu ni Ungu. Nasib baik tuan rumah hidang air RIBENA. Tak ada lah gua nak melantak sirap lagi.

~~wahh!! Ribena!! Class lah ko AZAM!! kahkahkahkah...

Itu lah kisahnya bila kena tipu di hari raya kedua.. Boleh tahan lu orang? Best kan? Disebabkan gua kena tipu gua sampai rumah pukul 4 pagi. Pergh, best.. Atas nasihat dari gadis cun yang menyuruh gua bagitahu dia bila sampai rumah gua pun tidaklah melupakan nasihat beliau tu. Sesampai saja di rumah gua pun text lah message dia. Tapi bila dari perjalanan ke tanjung karang untuk menghantar gadis cun itulah saat saat paling best bagi gua. Dengan ungu duk terbungkang dekat seat belakang gua pula apa lagi.. Bermadu kasih lah. Tak ada lah bermadu kasih sangat. Sedar diri tak hensem ni. Kahkahkahkah..

Sebenarnya banyak lagi kisah menipu dan ditipu ni. Tapi gua malas nak pikir sangat kan. Kalau kalau SUKA UNGU ada cerita best lagi lu orang tunggu lah entri dia. Tapi gua rasa dia x buat entri pasal menipu ni. Gua rasa dia buat entri pasal kegilaan gua ngan dia. Tak percaya? Kita tunggu je lah entri dari dia nanti.

Salam tipu dari gua. kahkahkahkahkah.. Kisah benar ni weyhh.. wahahahaha

~Perjalanan yang jauh.. Badan yang agak letih.. Mata yang mengantuk sangat sangat.. Pinggang yang agak sakit.. Tapi puas hati gila gila. ~~untunglahhhh~~