Friday, April 29, 2011

LET'S MOVE ON.

Hai! Hari ni kan, gua rasa nak jadi doktor cinta sikit la. Sikit jela tapi. Jangan risau. Dan jangan nak mintak banyak sangat. Baiklah. Apa tugas doktor kawan-kawan? Ya, mendiagnos apakah masalah dan cuba memberikan rawatan yang sesuai, no? So, here I am! Let's start our session.

Kalau kita bercinta, ehh bukan kita, maksud gua lu orang. Kalau lu orang bercinta, pastu putus, kecewa tak? Okay. Tak kesahlah lu orang kecewa ke tak, apa yang gua nak highlight kat sini adalah apa yang lu orang akan buat lepas putus? Bunuh diri? Too cliche. Tak thrill langsung hidup lu orang kalau suicide ni. Straight to the hell dapat. Ekekekeke.

Jadi, apa yang lu orang akan buat lepas putus dan ya, kecewa oskof. Nampak tak? Macam ni la. Gua terangkan dalam bentuk persamaan eh. Jangan nanges eh. Gua terangkan ni. Alolololo.

A + B = <3
A - B = </3
A = :')
B = :'(

Dia ----> 


Lu ----> 

Maknanya, dia lah peluka kat sini. Sebab dia dah mengecewakan lu dan lu dah kecewa teramat. Okay. Kat sini lah sebagai doktor cinta, gua harus mainkan peranan gua. Gua dah diagnos dah penyakit lu ialah kekecewaan akibat putus cinta dan gua nak cadangkan rawatan pemulihan kekecewaan kat lu. Lu nak ke taknak ke, lu kena nak jugak. Huhu.

#1 Rupa bukan segalanya
Penah tengok tak citer 'Beauty and the Beast'? Ok. Gua pon tak penah tengok. Tapi, gua penah dengar. Bila gua dengar je frasa tersebut, (kemaen lagi frasa kan) gua teros terdetik dalam kepala otak gua yang dah sedia genius ni tentang pasangan yang sorang hodoh, sorang bodoh. Eh? Ok ok. Maksudnya, sorang tak bape nak cantik dan sorang lagi memang cantik. Though beauty lies in the eyes of the beholder. Mane pegi prinsip ni pulak? Oh, dalam longkang sudah. So, kalau sebelum ni lu orang dikecewakan sebab rupa paras lu orang yang cantik sikit je daripada gua, pekate pasni lu orang carik someone yang memang kompom hodoh. At least, kalau dia nak tinggalkan lu, lu boleh cakap macam ni kat dia; "Ingat aku hadap sangat muka hodoh macam kau ni? Sedarlah diri tu sikit. Ada hati nak tinggalkan aku. Dah. Sampai sini je hubungan kita." Walaupon hakikatnya, lu yang ditinggalkan dulu.

#2 Aku bukan untukmu
Ini benda yang memang biasa sangat lu orang dengar tapi lu orang tak praktikkan pon kan? Lu orang maseh jugak nak menunggu buah gugur ke dada. Eh? Sbnanye kan, once lu orang dah ditinggal dan dikecewakan, sila terus-terusan percaya dia bukan untuk lu. Dia mungkin baik, tapi bukan yang terbaik untuk lu. Sila percaya. Kalau lu orang nak terus-terusan paksa diri lu orang percaya yang dia untuk lu, jangan cakap gua tak sound awal-awal sudah la. Setiap daripada kita diciptakan berpasang-pasangan, jadi kalau bukan dia yang ditakdirkan menjadi pasangan lu, mungkin ada yang lain yang maseh setia menanti. Lu never try, lu never know.

#3 Be busybody
Hai mami jarum, alahai mami jarum. Ehh, gua bukan nak suro lu jadi busybody sampai tahap jadi mami jarum. Jadi mami benang sudah. Ok tak lawak. Maksud busybody kat sini adalah lu membusykan body lu dengan bekerja dan berfikir. Dengan cara ni, lu akan kurang meratap kekecewaan lu tu sangat. Lu akan cenderung untuk lebih fikir tentang kerja yang patot diselesaikan and put aside benda yang tak penting. Bukannya gua tak concern dengan perasaan lu, tapi perasaan gua pulak macam mane? Kehkeh. Takde la. Memanglah masa tengah frust menonggeng kalah ayam golek tu, macam takleh nak buat satu haram keje pon kan? Tapi, cubalah try test examine bagai. Jangan biarkan cinta yang sia-sia menguasai diri lu, sebaliknya lu lah yang kena kawal perasaan cinta tersebut.

Cukup tak tiga? Amek wuduk pon tiga kali paling afdhal kan? So, gua assume cukuplah ye? Sbnanye banyak je cara lain. Mungkin lu orang boleh share kan dengan kami apa cara yang lu orang guna. But remember, this is NOT literally based on experience. Hehe.

Kamon swit bebi. Yu olwez no det lev dazen panish yu. It onli tices yu hau tu bi sterongger tu fes dis kruel wel. 

Susah nak faham? Ok. My english is bad then. Kehkeh. Since I'm kind-hearted-not-broken-hearted-person, I'll translate 'em for you. Just for you, baby. *muntah sekarang*

Come on sweet baby. You always know that love doesn't punish you. It only teaches you how to be stronger to face this cruel world.

Got it? Good boy/girl. Hihi.

And now, please ask yourself; 'Will I move on?' and answer it by yourself as well; 'Yes, I will. Someday, somehow. When the right person comes, at the right time, with the right condition.'

Hate cannot drive out hate; only love can do that. -Martin Luther King Jr.

untuk apa sayang tapi merana?
untuk apa kasih tapi derita?
untuk apa cinta tapi terseksa?

maka, rasa itu hanya akan menjadi ilusi minda mereka yang terperangkap,
dan bayangan igauan mereka yang terleka.

cinta manusia memang berpenghujung,
tetapi cinta Allah jua lah yang paling agung.
wallahualam~

sekian.

p/s: sekadar mencoret rasa, menyembuh luka. :)


Ya, masa ni gua tengah kecewa. Kahkah! Kthxbai.

Wednesday, April 27, 2011

MEMAHAMI WANITA MEMANG LECEH

                                                                               

Jika kau ada girlfriend, apakah 3 perkara yang terlintas dalam kepala otak kau saat kau ingat pada dia?
Muka dia? Ketawa dia? Mungkin tetek dia yang bersaiz 33B? Pinggul dia yang berlemak? Kebaikkan dia? Happiness experiance dengan dia? Atau sex moment antara kau dengan dia..? Wowowo.. Kau memang naughty.

Ketahuilah bahawa kita sebagai lelaki bukanlah di ciptakan untuk memahami wanita. Series leceh nak faham perempuan. Kau takkan boleh. A little mungkin tapi tak berapa accurate.

You need realize that.. As a man, we are born to loving and caring a woman. Absolutely not to understand, mate.

Kau tak percaya? A'ha. Pernah tak girlfriend kau tanya simple question macam ni,

"Sayang, nak makan kat mana?"

Dan kau mungkin menjawab dengan endah tak endah, ataupun tak serius.

"Mana-mana je lah, ayang nak makan kat mana?"

Dem, girlfriend kau tanya kau, kau tanya dia balik? Em.. Ini bukan satu masalah sebenarnya. Memang majoriti lelaki tak kesah atau tak endah bila di ajukan pasal soal makanan. Kami peduli apa sangat nak makan apa. Tolak batu dengan kayu je. Lelaki lebih suka kalau perempuan yang decide. Bukan lah nak cakap lelaki tu tak boleh buat keputusan. Tetapi, bagi lelaki, bertanyakan soalan makanan adalah satu yang sangat remeh dan simple. Lainlah kalau di tanya soalan nak selamatkan orang excident ke, pelaburan bersama ke, atau maybe soalan pengetahuan. Ada la nampak series lelaki itu.

So, macam mana lelaki nak mencintai wanita?

Orang perempuan bukan lah complicated sangat sampai nak mintak kau bunuh diri untuk dia. Oh tak, alasan bunuh diri hanya banyak terdengar kat golongan pengkid sahaja, menurut observation aku lah. Kaum lelaki yang buat ayat bunuh diri tu, jangan banyak cerita, mereka adalah lelaki yang pondan, tak tentu hala dan korunk jangan segan untuk menembak mati lelaki seperti itu.

Perempuan mahu kita sebagai lelaki mencintai mereka dengan;



1. Believe
Lelaki haruslah mempercayai wanita seadanya. Ini terlinkung dalam erti 'menerima', kerana bila kau menerima sesuatu, kau kena ada kepercayaan kan? Ianya termasuk dalam frasa ayat cinta "Harap awak boleh menerima saya, seperti saya menerima seadanya awak" Kalau perempuan tu tak kaya, janganlah kikis lain macam. Kalau kaya pun, jangan ambil kesempatan. Kalau dia tak cantik, jangan rendahkan dia. Kalau dia cantik pula, jangan mempergunakan kecantikkan dia.



2. Honest
Ini perlu ada. Kalau takde duit, cakap takde duit. Terlambat? Cakap saja kenapa kau terlambat, tak kesahlah kalau tertido ke, apa ke. Yang penting kau meminta maaf. Perkataan maaf adalah magic words dude. Manusia akan lembut hati bila mendengarnya. Apakan lagi perempuan yang lembut. Cuma, aku letakkan honest sebagai yang kedua, kerana kita sebagai lelaki tak boleh jadi straight honest. Jangan lah jadi bengong nak jadi jujur sangat. Ada masanya bai. Kita kena pandai bahagikan masa untuk jujur. Kata nak hubungan yang lama. Ada benda yang secret society, janganlah bagitau awal-awal. Perempuan tak suka kena direct-impact, nanti diorang cepat pressure. So, beritahu mereka slow-slow. Takpe, biarkan diorang ternanti-nanti. Ianya akan buat perempuan lebih serius terhadap kau. So, tempoh hubungan akan lebih possible menjadi panjang.
 
 

3. Gentleman
Oh, ini yang paling best. Aku harap kalau kau lelaki, jangan jadi bacul sangat. Kalau ada pintu, bukakan untuk dia. Kalau dia nak duduk, jemput dia duduk dengan menarik kerusi untuk dia. Kalau dia sedang bersedih dan tertekan, pegang bahu dia. Kalau dia gembira, cubitlah pipi dia atau usap muka dia dan katakan kepada dia "I love you". Simple kan? Dalam gentleman, ada juga caring. Kita tak perlu sangat lah nak spend hadiah mahal-mahal untuk senangkan hati dia. Just a little touch-up and magic words. Perempuan akan lebih melekat. Tapi, nak gentleman pun, ingat lah sikit batas-batas ye dak? Jangan plak bila kau dah cubit pipi dia, terus kau nak french kiss. Oh, shit. Itu hanya di bolehkan bila ada waktu yang tertentu. Karang, kena penampar free baru tau.

Ok, itu saja psychological fundamental for love lesson untuk kali ini. Kalau tak faham, jangan segan bertanya. Sekian.

Tuesday, April 26, 2011

KISAH HIDUP REMAJA KU....

Assalammualaikum semua rakan-rakan ku sekalian.. apa khabar semua.. aku berharap agar kalian semua sihat2 sejahtera hendaknya.. perghh.. ayat mcm nk tulis surat antar kat parents lak.. hahahahaha.. apa2 pun aku nk bg tau wa sayang parents wa.. i love u mom and pa.. kekekekek.. stylo lah der..

apa cerita ari ni erk? hurmmmm.. ok lah.. wa dah malas cerita tentang cinta.. asik-asik cinta.. asik-asik cinta.. serabut gak pala aku ni.. walaupun sebenarnya dalam hati aku ni masih ada lagi taman bunga.. lagipun korang mesti bosan punya yer tak? hahahhahahha.. ada aku kisah..


Aku merenung sejenak malam tadi sambil menikmati secawan nescafe dan sekotak rokok gudang garam di tepi katil. Aku merenung satu per satu kisah remaja aku.. kisah tentang zaman-zaman rempit ku... susah senang bersama kawan-kawan ku...

kisahnya bermula macam ni.. masa tu aku berumur 21tahun.. aku berkerja sebagai penghantar pizza disalah sebuah restoran pizza hut di cheras... dan sepupu aku masa tu yang aku panggil sebagai pa'e berkerja di toll di cheras sebagai jurutol... kami berdua ada kesamaan... bukan dari segi bentuk tubuh badan dan kemachoan... tapi dari segi motor.. motor kami berdua time tu (sampailah sekarang) adalah modenas kriss 110.... tak ada lah hebat sangat motor kami time tuh.. hehehhehehe.. biasa-biasa aja...

hubungan kami berdua time tu amatlah akrab... kalau kat situ ada aku kat situ juga ada dia.. kalau kat sana ada dia kat sana juga lah ada aku.. so, kat mana-mana saja mesti ada aku dan dia.. segala program mesti kami akan lakukan bersama.. sehinggalah satu hari.... jeng jeng jeng.. rileks lahh.. mana lah ada suspen sangat.. aduyaiii.. sehinggalah satu hari tu dia ajak aku pergi lepak dengan kawan-kawan dia kat pandan indah.. kawan-kawan satu tempat kerja ngan dia masa dia kerja kat pandan indah dulu.. aku pun ngan selambanya pergilah berjumpa dan melepak dengan kawan-kawan dia di pandan indah... 

masa tu lah aku kenal ngan daud, along, epi, shah, wakgang, wan nyok, wan boroi, apis, awie, oye dan ramai lagi yang aku rasa kalau aku nk taip nama diorang satu persatu sampai esok pun tak habis.. perghhh.. macam ramai sangat.. wakakkakaka.. tapi kat situ lah baru aku tau yang sepupu aku dah tak dipanggil dengan panggilan pa'e lagi.. tapi dipanggil dengan panggilan e-joy... konon-konon macho.. poyorsss gilaaa.. wakakakakakka.. rileks jer bahan sepupu sendiri... 


bila aku lepak ngan diorang aku rasa lain macam jer.. macam hidup aku bahagia time tuh.. bergelak tawa, hidup macam tak ada masalah, even masalah tu serabut sampai nak bunuh diri tapi diorang ni still rileks lagi.. dan diorang dengan rileks dan selamba senang dengan aku dan terima aku dalam hidup diorang... dan aku, time tu tidak lagi dikenali sebagai wisrie... tapi aku lebih dikenali sebagai DEBUK... ntah dari mana ntah diorang dapat nama tu aku pun tak tahu.. ni semua along punya pasal...

"bukan ke tak elok kalau bergaul dengan geng-geng rempit?"

iyerrr.. memang tak elok... tapi janganlah disebabkan orang lain yang duk beracing habis semua rempit korang nak pulaukan.. korang nak buruk-burukkan.. agak-agaklah brader.. geng-geng rempit ni ada bermacam-macam jenisnya... rempit yang duk beracing tu tak yah lah cerita.. semua orang tahu.. memang aku pun tak suka.. 

tapi member-member aku ni lain sikit.. rempit-rempit diorang ni bukannya suka pun nak beracing.. tapi diorang ni lebih kepada suka berkonvoi dan beriadah.. tapi kalau melepak tu tak payah cakap lah.. tiap-tiap malam lepas pukul 10mlm sampai lah kul 3pagi korang cari lah kat pandan indah di restoran asrah.. berdekatan ngan public bank.. ha!! kat situlah port kami..( tapi sekarang dah sunyi dah)..

kebanyakkan kerja kami time tu semua boleh dikatakan melibatkan kerja dengan motor dan jalanraya..  ada yang kerja sebagai despatch syarikat.. ada juga yang berkerja sebagai despatch courier.. ada juga yang berkerja sebagai despatch untuk service di restoran fast food... macam aku berkerja sebagai penghantar pizza... boleh dikatakan 90% dari kawan-kawan kami kerja melibatkan motor dan juga jalanraya... ~~hidup matiku di jalanraya~~ bak kata mat-mat rempit bunguks mana ntah.. hahahahahaha

dan kami ni pantang jer ada cuti panjang.. mesti nak berkonvoi.. kadang-kadang tu cuti sekolah pun sibuk nak berkonvoi.. padahal sekolah yang cuti.. syarikat kami kerja mana ada cuti.. nama pun dah gila berkonvoi.. memang gitu lah gamaknya.. dah macam-macam tempat kami dah jelajah ngan motor kami tu.. selatan? utara? pantai timur? dah hbs dah kami jelajah... yang paling best dan membolehkan aku gelak ketawa tu bila pikir balik adalah kami terpaksa berkonvoi sehingga ke genting highland pada pukul 11 mlm semata-mata nak membeli teh tarik bungkus jer kat sana.. gilo ko apo diorang ni.. memang aku menyumpah seranah gila time tuh.. siall lah.. kahkahkahkahkahkah

apa yang aku respek sangat dengan diorang ni adalah diorang sanggup susah senang bersama... tak macam orang lain.. bukan maksud aku dalam pergaduhan.. tapi dalam kehidupan.. mau taknya.. kami ni bukan lah dalam kategori senang pun.. sentiasa gak sengkek.. kerja macam kami yang tak seberapa ni lepas-lepaslah bayar duit sewa rumah, makan minum ala kadar... kadang-kadang tu duk pinjam ngan member-member.. lepak mamak pun ada yang duk order air kosong.. kadang-kadang sampai 5 gelas.. time tu jugak lah aku kenal dengan nasi bujang.. wakakakkaka.. nasi putih, telur mata, sambal belacan dan sup kosong.. terbaekkk arrr.. wakakkakakakak

korang pernah jumpa tak budak rempit yang tak pernah duk pikir nak kekah perempuan? tak pernah kan? kat sini lah aku jumpa budak rempit yang tak pernah terpikir nak kekah perempuan beramai-ramai.. kalau ada yang bawak awek pun masih ada lagi respeknya diorang terhadap perempuan.. dan aku pernah gak duk terdengar salah seorang awek member aku cakap.. dia paling selesa dan paling tak risau pasal keselamatan dia kalau duk melepak ngan kami... perghhhh... kembang buntut wooo time tuh... dan dia pun ada cakap, ramai-ramai rempit yang dia tau dan kenal dengan kami lah yang dia paling respek.. kehkehkehkeh...
kat sini juga lah aku tak pernah lagi tahu tentang maksud silang awek kawan-kawan ni... sebab dalam group kami, kami tak pernah terpikir nak silang awek kawan-kawan... dan kami paling anti sekali bila ada jer yang nak try awek kawan-kawan.. time tu kalau lah zaman aku bercinta aku kompom paling tak risau kalau kes kena silang ngan kawan-kawan ni.. tak macam sekarang, mesti ada je yang tak sedap hati kalau awek aku keluar ngan kawan-kawan aku yang lain.. huh!! kawan-kawan terpelajar mcm ni ke? demmm ar korang.. nama jer terpelajar.. tapi bengap dan bangang..

kalau korang nak tahu, selain dari berkonvoi kami juga suka melakukan aksi-aksi stunt menggunakan motor kami.. kawan-kawan aku jer erk.. aku tak boleh.. susuk tubuh badan tak mengizinkan.. kahkahkahkah...  yang aku respek dengan kawan-kawan aku ni ialah aksi-aksi stunt diorang tu disokong pula oleh wazi.. korang kenal wazi? wazi ialah seorang pelumba motor yang agak terkenal masa tu.. hehehehhe.. 

kalau korang nak tahu yang mana satu kawan-kawan aku ni aku nak bagi tahu korang.. sebahagian daripada kami ada berlakon dalam filem rempit.. geng-geng spark tu lah diorang.. hahahahahhaha.. geng-geng jahat... yang naik tzm semua tu duduk dalam 1 group.. group diorang ni dipanggil sebagai a.k.a bikers... diorang lah yang paling gemar sekali melakukan aksi-aksi stunt.. kadang-kadang diorang ni dipanggil untuk membuat aksi di dataran merdeka sempena apa-apa saja keraian yang melibatkan motor-motor atau jalanraya ni.. respek lah to a.k.a bikers.. kehkehkehkeh..

itu baru geng-geng tzm.. ada lagi geng-geng.. geng-geng yang layak aku campur adalah group kapcai.. kehkehkehkeh.. dah itu jer yang paling layak brooo.. nak wat cam ner... motor-motor yang ada dalam kategori kapcai adalah motor ex-5, kriss, 125z dan juga rxz.. bila berkonvoi semua jenis motor akan bergabung... dari motor jenis kriss dan ex-5 sehingga lah jenis tzm.. memang ramai lah.. tapi itulah yang paling best sekali.. berkonvoi dan beriadah akan membuatkan kami release tensen dari segala-segala masalah.. dari kami minum tonggak kejadah-kejadah yang tak patut... baik kami buat macam ni kan? hahahahaha

tapi sekarang... semua kawan-kawan aku dh berkahwin dan mempunyai kerjaya yang lebih bagus dari dulu.. termasuk aku... eh!! tapi aku belum berkahwin erk.. diorang jer.. hehehehe... dah tak ada lagi zaman rempit kami.. semuanya terkubur... masing-masing sibuk kerjaya masing-masing termasuk aku.. dan yang dah berkahwin sibuk menguruskan rumah tangga... dan aku selaku kawan mereka berdoa agar rumah tangga mereka bahagia hingga ke akhir hayat.. 

                                                      harus tengok ini...

Begitu indahnya Alam yang Allah cipta
Dipenuhi dengan Warna dan bukti Kebesaran yang Esa 
Setiap satu pasti ada manfaatnya
Membawa insan berfikir Kerdilnya diri mereka

Sungguh Indah Ukhwah dalam diri Manusia
Miskin dan Kaya hilang ukurannya
Tiada bayaran Bersahabat di Dunia
Dengan harapan ia kekal sehingga pintu Syurga

Seperti mana diversiti makhluk di Dunia
Begitu juga diversiti sahabat yang ada
Harta dan Pangkat tiada makna
Hanya keikhlasan menjadi pembeza

Hari ini kita berduka-lara
Esok mungkin kita bergembira
Sahabat Sejati menjadi Ubatnya
Semoga ia kekal selamanya

Wednesday, April 13, 2011

ANTI nya aku pada CINTA...






ASSALAMMUALAIKUM sebagai pembuka bicara buat kalian semua... hahahahah.. berjumpa lagi kita pada hari ni.. macam ramai jer wa nak greet ni.. kahkahkahkah.. pedulikkkk.. ada aku kisah.. 

hari ini kita akan bicara lagi tentang cinta.. ~ha!! cinta? apa hal ko boroi tak habis2 dengan cinta? kemaruk ke apa? ~pedulik apa aku.. kalau kau nak baca kau baca.. kalau tak nak jangan baca.. hari ini aku nak cerita tentang apa yang aku rasa dengan cinta buat masa sekarang..



ok, bagi aku buat masa sekarang ialah cinta itu menyakitkan.. kenapa aku pikir macam tu? apa korang akan pikir bila korang sentiasa di kecewakan oleh pasangan korang? mesti korang akan rasa suck gila-gila yer tak? mesti korang benci, dan korang akan anti dengan perkataan cinta.. betul tak apa aku cakap? tapi itu apa yang aku pikir lah.. jangan lah korang banyak persoalkan pula.. kang ada gak minta pelempang kang...

aku ni boleh lah dikatakan sebagai orang yang looser... looser dalam percintaan.. percintaan aku selama ni boleh dikatakan telah di buang oleh wanita-wanita yang aku cintai sampai mati(konon-kononnya lah dulu mcm tu).. bukan aku yang dump diorang.. tapi aku yg kena dump oleh diorang.. orang yang di dump oleh kekasih hati dia ni boleh dikatakan looser lah.. nak-nak pula orang macam aku ni.. memang looser punya lah... looser ke aku ni? looser lah kot.. sampai kena dump oleh pompuan tu dikira looser lah beb.. 

bila dah sentiasa dikecewakan oleh wanita-wanita yang kaki curang ni sampai satu tahap aku akan rasa macam aku tak rasa aku boleh hidup dengan cinta.. aku rasa aku akan bahagia kalau cinta tak datang dan hadir dalam hidup aku.. buat apa nak  menagih kasih kalau kita rasa itu semua buang masa jer... 



hati aku sekarang dah hancur berkecai, remuk, berderai.. atas sebab apa? semua gara-gara wanita beb.. aku tak salahkan semua wanita.. tapi wanita lah penyebab aku jadi macam ni.. aku jadi benci terhadap cinta.. aku jadi benci terhadap perhubungan.. dan kadang kala aku jadi benci terhadap wanita.. 

bila aku luahkan rasa cinta aku terhadap wanita tak ada sesiapa pun yang percaya.. malah dituduh aku ni penipu lak - berlakon.. yang paling best dituduh pula aku ni try cuba test nak jadi playboy.. dah kejadahnya lah pula aku ni nak jadi playboy.. muka tak seberapa macam aku ni perlu ke aku jadi playboy.. what mother fucker yang wanita-wanita ni pikir tentang aku.. dah tak reti nak pikir benda lain ke? berpikiran logik lah sikit.. tapi, siapa yang penipu? siapa yang player? siapa yang suck suck sangat perangai? akhirnya aku ditipu oleh wanita gak.. aku dimainkan oleh wanita gak..

dulu aku pernah cakap ka salah seorang member aku.. aku cakap kat dia yang GIRL IS SUCK... tapi dengan selamba jer member aku potong cakap aku dan dengan selamba dan sambil gelak ketawa pula dia sebut.. bro, GIRL NOT SUCK, BUT THEY LOVE FOR SUCK.. betul gak apa yang member aku cakap tu.. dan ada lagi seoraang member aku cakap lagi selamba.. GIRL JUST LIKE TOUCH N GO, NOTHING MORE THEN LOVE... perghhhhh.. ini ayat dari mulut buaya ker mulut lelaki yang telah dikecewakan.. ahh!! apa-apa jer lah.. betul gak apa yang diorang cakap tu.. detik hati aku...

disebabkan cinta dan wanita lah aku terjebak ke kancah yang tak patut aku jebak.. aku tak salahkan diorang.. ni jalan yang aku pilih.. dulu aku sering membodohkan orang yang merosakkan diri akibat putus cinta.. tapi, akhirnya aku sendiri yang terjebak... bila korang rasa yang korang dah terasa kekecewaan yang amat sangat macam-macam lah yang korang pikir.. tapi aku tak lah terjebak sampai aku jadi penagih.. isk isk isk.. minta simpang beb.. tak elok tu.. kekekekekeke....



iyer... memang aku akui aku perlukan cinta dalam hidup aku.. dan itu takkan lari hakikatnya sampai lah aku mati.. sampai bila-bila aku sememangnya memerlukan cinta.. kerana ianya amat indah.. tapi aku nak tanya... siapa lah yang berani bagi aku rasa cinta yang betul-betul cinta.. ~~jangan ko cakap cinta pada tuhan plak.. itu aku tahu lah.. jgn nak larikan topik atau sedapkan hati aku..~~ aku hanya perlukan kejujuran dan kesetiaan.. yang lain-lain tu aku tak berapa ambil kisah sangat... dengan setelah apa yang pernah terjadi dalam hidup aku sebelum ini.. hanya dua benda saja yang aku perlukan untuk melengkapkan cinta aku... KEJUJURAN DAN KESETIAAN..


ada sesiapa yang boleh bagi aku dua benda tu? mencintai aku ngan kejujuran dan setia pada cinta yang aku berikan? aku rasa susah nak dapat yang macam tu.. kalau lah aku dapat.. bersyukur pada rahmatNya kerana memberi aku cinta suci dan sejati...


p/s : "benci ini terbit dari cinta yang suci,mengapa aku harus berhenti membenci sistem ini sepertimana aku terus mencintai wanita ini bila aku gagal?Sudah pasti aku akan terus benci - sampai aku mati".


Tuesday, April 12, 2011

HATIKU TELAH DILUKAI OLEH WANITA......





ASSALAMMUALAIKUM pembuka bicara buat kalian.. hahahhaha.. cerita cinta? yup.. cerita pasal cinta dude.. dalam hidup kita ni segala2 tentang cinta..tapi hari ini aku tak nak buat tentang hadirnya cinta dalam hidup aku atau aku dah jatuh cinta.. oh.. tidak hari ini.. lain kali kot.. kahkahkahkahkah...

Aku hari ni nak buat tentang hatiku hancur gara-gara cinta... sebenarnya ramai wanita atau kawan-kawan yang tak tahu apa yang sebenarnya telah berlaku dalam hidup aku.. aku telah dikecewakan oleh ramai gadis-gadis diluar sana yang sentiasa dan tak pernah puas untuk memberi cinta palsu kat aku.. kadang- kadang aku terpikir gak kenapa aku je yang kena? kawan-kawan aku yang lain semua dah kawin-kawin dan bahagia.. cuma aku jer yang sentiasa dipermainkan oleh wanita-wanita.. akhirnya baru aku tersedar.. yang aku ni sebenarnya adalah seorang LOOSER... 





Kadang-kadang aku tertanya gak dalam diri aku ni.. pompuan ni x reti puas ke menyakitkan hati aku?dari lah dulu sampai lah sekarang.. asik nak sakitkan hati aku je.. dalam diri aku ni sebagai seorang lelaki mestilah aku akan sentiasa salahkan seorang wanita.. takkan lah aku nak salahkan lelaki plak ye tak? kalau wanita memang lah akan salahkan lelaki.. tapi aku bukan wanita.. aku lelaki.. kompom-kompom lah aku salahkan wanita.. 



dulu aku ada seorang awek yang aku kenal kat kolej.. dia budak perak.. kalau tak salah aku lah kami bercinta dalam setahun lebih.. dari kolej sampai lah habis kolej.. aku time tu amik sijil jer kat kolej. so aku belajar 9 bulan jer.. tu pun tak habis.. ada sebab tertentu lah yang aku berhenti... bila aku habis belajar aku terus berkerja.. aku rasa dia lah awek aku yang ok sikit dari mana-mana awek.. mak bapak aku pun suka dia.. adik badik aku pun suka dia.. tapi kami putus sebab aku aku yang mintak.. time tu agak butthurt gak lah bila dapat awek jenis nak ajak gaduh jer.. orang muda lah katakan.. tapi sekarang dia dah bertunang ngan orang lain dah.. dan aku sentiasa akan doakan kebahagiaan dia.. itu yang terbaek rite? 

kemudian aku solo beberapa tahun sehinggakan member-member aku duk panggil aku gayboy.. demmm lah ngan panggilan tu.. sebab apa diorang panggil aku macam tu erk? mula-mula aku tertanya gak.. last2 br lah aku dapat tahu.. mau taknya member2 panggil aku gayboy.. hampir 3 tahun melepak ngan diorang seorang awek pun aku tak pernah bawak jumpa.. dan aku tak berkeinginan langsung nak cari awek time tu.. sebab time tu aku rasa bebas sangat2... bebas dari cengkaman kuku besi.. time tu memang aku pikir macam tu lah.. sebab aku tengok member2 aku yang ganas2 dan kaki gaduh kaki rempit semua takut ngan awek masing-masing.. takut bini lah katakan.. kahkahkahakhakah.. pemikiran aku time tu lah..

kemudian aku diperkenalkan dengan seorang gadis oleh member2 rempit aku.. awek tu cun siot.. tak layak ngan aku kot.. mula2 tu aku agak malu gak lah.. dan aku tak berapa nak layan awek tu.. tapi dia baik jer lentok leleh ngan aku.. mau tak aku stim.. awek lentok baikkk jer beb.. kompom2 lah aku stim.. dan aku ni jenis plak tangkap cintan sehidup semati time tuh.. ( ada lagi ke cinta sehidup semati zaman sekarang) makin lama makin aku jatuh cinta.. dan akhirnya kami bercinta.. tak lama aku rasa.. dalam kami sedap bercinta baikkk jer dia bantai bertunang ngan orang lain.. katanya pilihan kuarga.. (aku dh benci ayat tuh)  mau tak aku panas.. budak jantan tu plak hensem.. kaya.. berduit.. berjawatn tinggi.. dan aku.. haremmmmmm.... motor kriss cabuk tu jugak lah harta aku.. nak wat cam ner.. hidup perlu diteruskan.. 

setelah aku solo beberapa tahun lagi aku tertarik ngan seorang gadis dari sarawak.. perghhh.. jauhnya awek aku dapat.. kompom kahwin banyak pakai duit.. hurmmmm.. haremmm gak ini awekkk.. baek jer alasan dia bagi.. terpaksa dikahwinkan ngan lelaki pilihan kuarga.. (woi betina!! dah tak ada alasan lain ke ko nak bagi ha!!!) angin satu badan aku time tu.. tapi aku still rileks dan macho boroi aku tetap terserlah..

tak lama plak lepas tu, aku dapat plak awek dari sabah.. perghhhh.. asal ko tak pergi cari awek kat philipne jer boroi? dah itu yang aku dapat, nak buat macam mana.. yang ni ok sikit.. tapi tak lama gak kami bercinta.. aku putus ngan dia sebab kami berlainan agama.. dia yang minta.. sebab dia tak bersedia lagi untuk tukar agama.. mau tak nya.. tiap-tiap minggu pergi gereja.. kuat iman gak lah dia tuh.. tapi nak wat macam mana.. dah tak ada jodoh.. yang ni gak lah aku respek.. 

kemudian aku kenal ngan seorang awek chatting.. perghhh.. yang ni sedikit gak lah panas bila aku kenang.. kuat iman.. kuat agama.. baik orangnya.. (konon-konon lah) baik punya lah bercinta, aku plak dipermainkan.. ah!! cilakak.. sedikit punya baik dia jaja cerita buruk pasal aku.. yang bestnya benda tu tak betul pun.. sakit gak lah hati aku time tu.. dan aku ni jenis pemaaf.. tak kisah lah dia nak cakap apa pun pasal aku.. tak ada aku nak butthurt lah sangat.. tapi yang aku panas sangat dia siap nak jumpa family aku tu.. nak tunjuk konon-konon dia bakal menantu yang paling baikk.. ahhh!! aku pulak yang malu ngan family aku bila dia buat aku macam tu.. suka-suka hati nak permainkan hati orang.. tapi aku dah lupakan dia pun.. dah terasa aku ngan dia tak pernah bercinta pun.. terbaekk gak lah aku ni kan.. kahkahkahkahkahkahkah




dan kes yang terbaru.. yang ni betul-betul mencabar kewibawaan aku sebagai lelaki.. perghhhhh.. budak pahang.. sakit hati melampau-lampau.. masa aku kenal ngan minah ni dia cerita kat aku yang dia baru lepas putus ngan balak dia.. aku pun ngan nak tak nak aku bagi lah nasihat.. yang paling bagus nasihat aku time tu ialah "rileks jer.. biarlah apa orang nak buat kat kita pun.. hidup kita kene jalani gak.. biarkan dia bahagia".. itu lah nasihat yang paling bagus sekali aku rasa aku boleh bagi time tu.. kekekkekekeke.. tapi dia sentiasa duk tangisi kes pakwe dia tu dan aku plak kaki tolong pujuk.. ni semua member aku yang suruh.. dah kenapa  ntah ngan member aku tu..


pujuk punya pujuk akhirnya aku plak yang jatuh hati jatuh cinta.. ah!! bullshit lah aku rasa...
tapi nak wat macam mana.. dah jatuh cinta, nak buat apa lagi? kasi jalan jer lah.. apa? korang ingat kahwin ke? ohhh tidaklah.. couple lah bai.. kahwin nanti2lah.. bila aku couple ngan dia dalam beberapa minggu dia kata nak bagi tau satu hal.. nak jumpa aku.. aku tertanya2 gak.. apa kes? last2 dia bagi tahu yang dia bakal dtunangkan ngan lelaki pilihan keluarga.. ah!!! alasan yang sama.. panas hati membuak-buak dah ni.. cilakak lah.. tapi dia pujuk aku suruh aku terus mencintai dia.. tunggu dia.. beri sedikit masa untuk dia cari alasan putus ngan tunang dia.. time tu aku rasa macam betul jer kes dia ni.. 


makin lama bercinta makin hangat lah plak rasanya.. dh aku bawak jumpa family.. dia siap tidur di rumah family aku.. siap masak lagi.. perghhh.. macam best jer kalau dapat dia.. boleh buat bini ni.. detik hati aku.. tapi rupa-rupanya dia tu racun beb... sekali kantoi ngan aku.. member baik dia sendiri cerita.. tunang dia tu bukan pilihan keluarga.. tapi pilihan dia.. diorang dah memang bercinta dah lama dah.. perghhh.. agak butthurt gak lah time tuh.. aku mula selidik.. aku dapat fb yang dikhaskan untuk family dan tunang dia.. perghhh.. habis aku scroll older post dia.. memang agak kejam dia buat aku macam tu..


tapi makin kejam lagi bila dia mula bermain cinta dengan kawan-kawan aku.. perghhh.. bagi aku time tu bukan dia jer yang heartless.. malah kawan-kawan aku yang heartless.. memang kejam beb.. wa dah rasa butthurt dah.. memang aku dah anggap yag dia ni GILA BATANG ke apa? habis semua kawan-kawan aku dia kebas.. yang kawan-kawan aku ni pun satu hal.. dah tak ada betina lain ke? weyhhh!! kawan ko punya awek ni? dah kenapa ko nak main kebas? korang anggap kawan-kawan ko ni tunggul ke apa? ada gak seorang kawan aku suruh aku rileks.. dia kata jangan salahkan kawan-kawan sendiri.. salahkan pompuan tu.. dia segala penyebab kawan-kawan bergaduh.. iyer, memang aku salahkan dia... tapi kawan-kawan aku ni budak kecik lagi ke? perlu di beritahu.. apa korang ingat aku ni sapa? tunggul? boleh dipermain2kan macam ni.. 


tapi bila akhirnya korang tahu sendiri perangai dia baru lah korang nak minta maaf ngan aku.. barulah korang rasa balik yang korang ni butthurt.. ah cilakak lah korang... yang minta maaf tu ok lah.. yang terus dia tanpa menunjuk yang dia bersalah siap suruh aku bawak dia kehulu ke hilir tu dah kenapa? aku pandang dan tengok jer.. tapi tak bermakna aku akan terus diam jer.. dalam hati aku sekarang aku dah tak percaya pada sesiapa... even kawan aku sendiri...




p/s : Bintang kehidupanku tlah redup, cahaya nya bgai pelita yg hampir mati dan harapan akan kehadiran mu terkubur dalam penantian tak bertepi.. :'(