Tuesday, April 26, 2011

KISAH HIDUP REMAJA KU....

Assalammualaikum semua rakan-rakan ku sekalian.. apa khabar semua.. aku berharap agar kalian semua sihat2 sejahtera hendaknya.. perghh.. ayat mcm nk tulis surat antar kat parents lak.. hahahahaha.. apa2 pun aku nk bg tau wa sayang parents wa.. i love u mom and pa.. kekekekek.. stylo lah der..

apa cerita ari ni erk? hurmmmm.. ok lah.. wa dah malas cerita tentang cinta.. asik-asik cinta.. asik-asik cinta.. serabut gak pala aku ni.. walaupun sebenarnya dalam hati aku ni masih ada lagi taman bunga.. lagipun korang mesti bosan punya yer tak? hahahhahahha.. ada aku kisah..


Aku merenung sejenak malam tadi sambil menikmati secawan nescafe dan sekotak rokok gudang garam di tepi katil. Aku merenung satu per satu kisah remaja aku.. kisah tentang zaman-zaman rempit ku... susah senang bersama kawan-kawan ku...

kisahnya bermula macam ni.. masa tu aku berumur 21tahun.. aku berkerja sebagai penghantar pizza disalah sebuah restoran pizza hut di cheras... dan sepupu aku masa tu yang aku panggil sebagai pa'e berkerja di toll di cheras sebagai jurutol... kami berdua ada kesamaan... bukan dari segi bentuk tubuh badan dan kemachoan... tapi dari segi motor.. motor kami berdua time tu (sampailah sekarang) adalah modenas kriss 110.... tak ada lah hebat sangat motor kami time tuh.. hehehhehehe.. biasa-biasa aja...

hubungan kami berdua time tu amatlah akrab... kalau kat situ ada aku kat situ juga ada dia.. kalau kat sana ada dia kat sana juga lah ada aku.. so, kat mana-mana saja mesti ada aku dan dia.. segala program mesti kami akan lakukan bersama.. sehinggalah satu hari.... jeng jeng jeng.. rileks lahh.. mana lah ada suspen sangat.. aduyaiii.. sehinggalah satu hari tu dia ajak aku pergi lepak dengan kawan-kawan dia kat pandan indah.. kawan-kawan satu tempat kerja ngan dia masa dia kerja kat pandan indah dulu.. aku pun ngan selambanya pergilah berjumpa dan melepak dengan kawan-kawan dia di pandan indah... 

masa tu lah aku kenal ngan daud, along, epi, shah, wakgang, wan nyok, wan boroi, apis, awie, oye dan ramai lagi yang aku rasa kalau aku nk taip nama diorang satu persatu sampai esok pun tak habis.. perghhh.. macam ramai sangat.. wakakkakaka.. tapi kat situ lah baru aku tau yang sepupu aku dah tak dipanggil dengan panggilan pa'e lagi.. tapi dipanggil dengan panggilan e-joy... konon-konon macho.. poyorsss gilaaa.. wakakakakakka.. rileks jer bahan sepupu sendiri... 


bila aku lepak ngan diorang aku rasa lain macam jer.. macam hidup aku bahagia time tuh.. bergelak tawa, hidup macam tak ada masalah, even masalah tu serabut sampai nak bunuh diri tapi diorang ni still rileks lagi.. dan diorang dengan rileks dan selamba senang dengan aku dan terima aku dalam hidup diorang... dan aku, time tu tidak lagi dikenali sebagai wisrie... tapi aku lebih dikenali sebagai DEBUK... ntah dari mana ntah diorang dapat nama tu aku pun tak tahu.. ni semua along punya pasal...

"bukan ke tak elok kalau bergaul dengan geng-geng rempit?"

iyerrr.. memang tak elok... tapi janganlah disebabkan orang lain yang duk beracing habis semua rempit korang nak pulaukan.. korang nak buruk-burukkan.. agak-agaklah brader.. geng-geng rempit ni ada bermacam-macam jenisnya... rempit yang duk beracing tu tak yah lah cerita.. semua orang tahu.. memang aku pun tak suka.. 

tapi member-member aku ni lain sikit.. rempit-rempit diorang ni bukannya suka pun nak beracing.. tapi diorang ni lebih kepada suka berkonvoi dan beriadah.. tapi kalau melepak tu tak payah cakap lah.. tiap-tiap malam lepas pukul 10mlm sampai lah kul 3pagi korang cari lah kat pandan indah di restoran asrah.. berdekatan ngan public bank.. ha!! kat situlah port kami..( tapi sekarang dah sunyi dah)..

kebanyakkan kerja kami time tu semua boleh dikatakan melibatkan kerja dengan motor dan jalanraya..  ada yang kerja sebagai despatch syarikat.. ada juga yang berkerja sebagai despatch courier.. ada juga yang berkerja sebagai despatch untuk service di restoran fast food... macam aku berkerja sebagai penghantar pizza... boleh dikatakan 90% dari kawan-kawan kami kerja melibatkan motor dan juga jalanraya... ~~hidup matiku di jalanraya~~ bak kata mat-mat rempit bunguks mana ntah.. hahahahahaha

dan kami ni pantang jer ada cuti panjang.. mesti nak berkonvoi.. kadang-kadang tu cuti sekolah pun sibuk nak berkonvoi.. padahal sekolah yang cuti.. syarikat kami kerja mana ada cuti.. nama pun dah gila berkonvoi.. memang gitu lah gamaknya.. dah macam-macam tempat kami dah jelajah ngan motor kami tu.. selatan? utara? pantai timur? dah hbs dah kami jelajah... yang paling best dan membolehkan aku gelak ketawa tu bila pikir balik adalah kami terpaksa berkonvoi sehingga ke genting highland pada pukul 11 mlm semata-mata nak membeli teh tarik bungkus jer kat sana.. gilo ko apo diorang ni.. memang aku menyumpah seranah gila time tuh.. siall lah.. kahkahkahkahkahkah

apa yang aku respek sangat dengan diorang ni adalah diorang sanggup susah senang bersama... tak macam orang lain.. bukan maksud aku dalam pergaduhan.. tapi dalam kehidupan.. mau taknya.. kami ni bukan lah dalam kategori senang pun.. sentiasa gak sengkek.. kerja macam kami yang tak seberapa ni lepas-lepaslah bayar duit sewa rumah, makan minum ala kadar... kadang-kadang tu duk pinjam ngan member-member.. lepak mamak pun ada yang duk order air kosong.. kadang-kadang sampai 5 gelas.. time tu jugak lah aku kenal dengan nasi bujang.. wakakakkaka.. nasi putih, telur mata, sambal belacan dan sup kosong.. terbaekkk arrr.. wakakkakakakak

korang pernah jumpa tak budak rempit yang tak pernah duk pikir nak kekah perempuan? tak pernah kan? kat sini lah aku jumpa budak rempit yang tak pernah terpikir nak kekah perempuan beramai-ramai.. kalau ada yang bawak awek pun masih ada lagi respeknya diorang terhadap perempuan.. dan aku pernah gak duk terdengar salah seorang awek member aku cakap.. dia paling selesa dan paling tak risau pasal keselamatan dia kalau duk melepak ngan kami... perghhhh... kembang buntut wooo time tuh... dan dia pun ada cakap, ramai-ramai rempit yang dia tau dan kenal dengan kami lah yang dia paling respek.. kehkehkehkeh...
kat sini juga lah aku tak pernah lagi tahu tentang maksud silang awek kawan-kawan ni... sebab dalam group kami, kami tak pernah terpikir nak silang awek kawan-kawan... dan kami paling anti sekali bila ada jer yang nak try awek kawan-kawan.. time tu kalau lah zaman aku bercinta aku kompom paling tak risau kalau kes kena silang ngan kawan-kawan ni.. tak macam sekarang, mesti ada je yang tak sedap hati kalau awek aku keluar ngan kawan-kawan aku yang lain.. huh!! kawan-kawan terpelajar mcm ni ke? demmm ar korang.. nama jer terpelajar.. tapi bengap dan bangang..

kalau korang nak tahu, selain dari berkonvoi kami juga suka melakukan aksi-aksi stunt menggunakan motor kami.. kawan-kawan aku jer erk.. aku tak boleh.. susuk tubuh badan tak mengizinkan.. kahkahkahkah...  yang aku respek dengan kawan-kawan aku ni ialah aksi-aksi stunt diorang tu disokong pula oleh wazi.. korang kenal wazi? wazi ialah seorang pelumba motor yang agak terkenal masa tu.. hehehehhe.. 

kalau korang nak tahu yang mana satu kawan-kawan aku ni aku nak bagi tahu korang.. sebahagian daripada kami ada berlakon dalam filem rempit.. geng-geng spark tu lah diorang.. hahahahahhaha.. geng-geng jahat... yang naik tzm semua tu duduk dalam 1 group.. group diorang ni dipanggil sebagai a.k.a bikers... diorang lah yang paling gemar sekali melakukan aksi-aksi stunt.. kadang-kadang diorang ni dipanggil untuk membuat aksi di dataran merdeka sempena apa-apa saja keraian yang melibatkan motor-motor atau jalanraya ni.. respek lah to a.k.a bikers.. kehkehkehkeh..

itu baru geng-geng tzm.. ada lagi geng-geng.. geng-geng yang layak aku campur adalah group kapcai.. kehkehkehkeh.. dah itu jer yang paling layak brooo.. nak wat cam ner... motor-motor yang ada dalam kategori kapcai adalah motor ex-5, kriss, 125z dan juga rxz.. bila berkonvoi semua jenis motor akan bergabung... dari motor jenis kriss dan ex-5 sehingga lah jenis tzm.. memang ramai lah.. tapi itulah yang paling best sekali.. berkonvoi dan beriadah akan membuatkan kami release tensen dari segala-segala masalah.. dari kami minum tonggak kejadah-kejadah yang tak patut... baik kami buat macam ni kan? hahahahaha

tapi sekarang... semua kawan-kawan aku dh berkahwin dan mempunyai kerjaya yang lebih bagus dari dulu.. termasuk aku... eh!! tapi aku belum berkahwin erk.. diorang jer.. hehehehe... dah tak ada lagi zaman rempit kami.. semuanya terkubur... masing-masing sibuk kerjaya masing-masing termasuk aku.. dan yang dah berkahwin sibuk menguruskan rumah tangga... dan aku selaku kawan mereka berdoa agar rumah tangga mereka bahagia hingga ke akhir hayat.. 

                                                      harus tengok ini...

Begitu indahnya Alam yang Allah cipta
Dipenuhi dengan Warna dan bukti Kebesaran yang Esa 
Setiap satu pasti ada manfaatnya
Membawa insan berfikir Kerdilnya diri mereka

Sungguh Indah Ukhwah dalam diri Manusia
Miskin dan Kaya hilang ukurannya
Tiada bayaran Bersahabat di Dunia
Dengan harapan ia kekal sehingga pintu Syurga

Seperti mana diversiti makhluk di Dunia
Begitu juga diversiti sahabat yang ada
Harta dan Pangkat tiada makna
Hanya keikhlasan menjadi pembeza

Hari ini kita berduka-lara
Esok mungkin kita bergembira
Sahabat Sejati menjadi Ubatnya
Semoga ia kekal selamanya

1 comment: