Tuesday, September 20, 2011

Luka + Dilukai

Assalamualaikum w.b.t :):)


Ini juga kisah mengenai dugaan hati. Manusia memang selalu kalah dengan dugaan, tidak kira besar atau kecilnya bentuk dugaan itu . ehh...dugaan juga perkara yang subjektif kan?..patutlah saya pun suka..hehe. 


        Manusia cepat lupa bila segala-galanya ada di depan mata. cepat lupa diri.cepat lupa asal-usul. bila lupa asal-usul, lupa diri mula lah terjadi macam-macam, perangai pun pelik-pelik, hati yang dulu kuat juga mula goyang. 
Kalau dulu, susah-senang dihadapi bersama, tidak kiralah betapa berat pun dugaan dan betapa hebatnya rintangan , kerana hati masih kuat, perasaan masih kukuh, semuanya sanggup diharungi. Tapi bila saja nama dijulang, wang-ringgit dalam genggaman, hati mula goyah. 
kalau dulu ada dua keping hati bersatu mesra kini tidak lagi, hati yang satu lagi itu ditinggal dan tidak dipedulikan, bila nama sudah dijulang, dia lupa dan dia tinggalkan sekeping hati itu, sebab dia sudah mula melihat ada berkeping-keping lagi hati yang mudah untuk dicapai. hati yang lebih gebu untuk digenggam dan lebih lembut untuk dijamah. 
Itulah manusia yang lupa diri. hati manusia yang mudah goyang, kalah pada godaan wang ringgit dan nama yang dijulang.Mungkin kerana dia lupa, sekeping hati yang merah kerana cintanya itu pernah mengharungi pahit-getir bersama kini sedang berdarah dan menangis juga kerana cintanya yang goyah. 
Kepada hati yang melukai itu, ingatlah kisah gembira bersama hati gebu itu tidak selamanya berwarna-warni indah seperti pelangi, satu hari akan pudar juga warna ceria itu. Kepada hati yang dilukai itu, berhentilah dan jangan biarkan hati itu terus menangis, esok-lusa, cepat atau lambat, pasti ada hati baru yang lagi ranum mahu datang mengisi dan mengubati.


Coretan di atas sy ambil dr sebuah blog. Saya sgt2 meminati bait-bait katanya kerana apa yg di coretkan adalah separuh dari kehidupan yang kita alami. Kecewa tak bermaksud kita lemah dan kita kalah. Kadang2 kekecewaan itu di jadikan sebagai peransang untuk kita meneruskan kehidupan. Ingatlah, mungkin "kehidupan" yang akan datang adalah lebih baik dari "kehidupan" yang meninggalkan kita. Apa yang terjadi ada hikmahnya dan kita sebagai seorang hamba Tuhan haruslah meredhai dan menerima apa yang terjadi. 


Someone advice me :

Firman Allah S.W.T dalam surah At-Talaq ayat 7 yang bermaksud 


Hendaklah orang yang mampu memberi nafkah menurut kemampuannya; dan sesiapa yang di sempitkan rezekinya, maka hendaklah ia memberi nafkah dari apa yang diberikan Allah kepadanya (sekadar yang mampu); Allah tidak memberati seseorang melainkan (sekadar kemampuan) yang diberikan Allah kepadanya. (Orang-orang yang dalam kesempitan hendaklah ingat bahawa) Allah akan memberikan kesenangan sesudah berlakunya kesusahan.


Allah sentiasa bersama-sama kita..

Sekian (^.^)v

1 comment:

  1. long.. klu amik kat blog org kene "credit to" copyrights..

    ReplyDelete