Monday, August 8, 2011

AKU RELAKAN DIA PERGI.


Assalammualaikum pembuka bicara...

Lama sudah kita tak bersua, beramas mesra, mahupun comolot bersama. (untuk perempuan sahaja) Aku agak sibuk sikit dengan kerja sekarang ni dan juga kekecewaan hati yang melanda diri membuatkan aku tiada ada selera untuk aku menulis entri ini. Tapi apakan daya, itulah lumrah hidupku.

Bila kau orang baca tajuk kat atas mesti kau orang tahu apa yang aku alami sekarang ni kan? Iyer..!! Itulah jawapan untuk soalan yang kau orang nak tanya aku. Aku dah rela lepaskan dia pergi untuk kebahagiaan dia. Mungkin dia akan lebih bahagia dengan orang lain berbanding aku. Dan mungkin juga aku tak dapat membahagiakan diri dan hidup dia kalau dia bersama dengan aku. Sebab itu aku rela melepaskan dia pergi untuk dia bersama dengan orang yang dia pilih.

Aku pilih jawapan ni masa si dia datang key ell.. Agak bahagia juga aku bersama dengan dia. Walaupun aku tau dia agak tergesa-gesa untuk habiskan plan dia bersama kawan baik dia dan untuk berjumpa dengan aku. Itupun aku rasa sebab aku desak dia unutk berjumpa dengan aku. Kalau aku tak desak tak tahu lah aku kalau-kalau dia nak jumpa aku ataupun tidak.

Kami habiskan masa bersama menjenguk ke ict. Aku tahu dia suka tengok lampu-lampu yang indah. Maybe, itu dapat tenangkan hidup dia. Sebab itu aku nak sangat bawa dia ke sana. Then, sempat juga aku bawa dia berjumpa rakan-rakan yang lain. Aku tau juga dia agak letih melayan kerenah aku yang suka mendesak dia. Sampai tak tidur malam beb. Mana taknya, bukan selalu aku jumpa dia. Bukan selalu aku berdepan dengan dia. Aku di pusat bandaraya Kuala Lumpur, manakala dia pula jauh di pantai timur. mesti lah aku nak bersama habiskan masa dengan dia bila dapat berjumpa sekali sekala.

Dalam perjalanan aku nak menghantar dia pulang ke hotel pada pagi tu. Aku rasa ada jugak dalam pukul 5 pagi aku dan dia pulang ke hotel. Dalam perjalanan tersebut tiba-tiba handphone dia berbunyi. Aku tanya siapa? Dia jawab...........





Bila aku mendengar jawapan yang diberi memang aku tersentak. Hati aku luluh. Aku kecewa. AKu tak berkata-kata. Dan aku tegar dengan jawapan aku. AKU RELAKAN DIA PERGI... Kalau dia dah pilih pilihan hati dia buat apa aku masih lagi mendesak? Aku harus beredar. Aku harus pergi jauh. Aku harus merelakan kebahagiaan dia. Sebab itu yang dia pilih. Walaupun aku terpaksa jalani hidup seperti orang gila setiap hari, aku rela.

p/s : kebahagiaan dirimu menggembirakan aku.. :-(

No comments:

Post a Comment