Friday, August 12, 2011

BILA GUA MENGIKUT GERAK KAKI GUA MELANGKAH...



Dengan hati yang lara gua mengikut jari jemari gua menekan butang di keyboard ini untuk gua sekali lagi mengisi entri yang tak seberapa hebatnya. Eh lupa lah pula...

Assalammualaikum, 

Ceritanya bermula begini. Semalam gua sempat lah juga berjalan-jalan di segi tiga emas di Kuala Lumpur. Kalau lu orang tak tahu kat mana tempat tu tak apa lah. Gua bagi tahu je lah. Tempat tu dikenali sebagai Jalan Bukit Bintang. Di sana lah gua berjalan-jalan mengikut saja kaki gua melangkah entah kemana. Mencari kedamaian hati yang tengah lara.

Sambil gua mengikut gerak kaki gua melangkah membawa diri gua entah kemana gua duk terbayang kisah-kisah cinta gua selama ni. Macam-macam kisah tapi dengan satu perkataan akhirnya. Iaitu gua tetap kena game. *senyum dan geleng kepala. Nasib aku dah begitu agaknya, bisik hatiku.

Di mata wanita, gua begitu jijik. Gua muka tak tahu malu. Gua bukanlah seorang lelaki yang pandai bergaya. Maka dengan itu, gua dipersoalkan oleh wanita-wanita yang pernah gua gilakan. Seorang lekaki yang tidak akan menjadi pilihan hati mana-mana wanta. *senyum. Itu kata wanita. Tak apa lah, mereka berhak berkata. Bisik hatiku. 


Sekarang hati gua kosong, jiwa gua kosong. Tiada rasa apa-apa pun perasaan cinta dalam hatiku. KOSONG. Satu perkataan yang agak sesuai untuk diri gua sekarang ni. Gua tak ketagih atau mengharap mana-mana cinta pun sekarang ni. Kerana gua seolah-olah sudah menerima nasib diri gua. Maybe gua ditakdirkan untuk hidup begini. Dulu, gua begitu ceria tersenyum dan hati gua masih lagi hidup. Mata gua yang penuh berharap dan gua masih lagi memberi perspektif yang baik dalam cinta. Tapi sekarang? MATI...


Hanya Tuhan yang tahu hati dan perasaan gua sekarang ini. Kosong.. Mati.. Tiada apa-apa yang gua dapat rasakan. Datanglah 10 wanita yang cantik serta meletup macam Nasha Aziz sekalipun. Sekilas pandang lalu gua beralih pandangan ke tempat lain. Tidak pernah pula gua temui seorang gadis yang menerima diri gua seadanya. Menerima baik dan buruk diri gua ini. Tapi, yang gua terima hanyalah satu permainan dari sang gadis-gadis yang akhirnya permainan itu menghacurkan hati salah seorang. Tapi, gua lah yang sentiasa kalah dalam pemainan tesebut. Hati gua hancur, luluh serta kecewa bila gua terpaksa bermain permainan itu. Kenapa gua yang dipilih untuk bermain permainan itu? Gua tak bermaya dah. Gua tak sanggup dah nak bermain. TOLONGLAH... * menahan air mata dari mengalir...


Kini gua hidup penuh dengan kebencian...Adakah gua mampu bangkit? Adakah gua mampu berdiri? Adakah gua mampu untuk hidup begini bersendiri? Bukan gua tidak pernah mencuba. Tapi, setiap kali gua mencuba ada saja yang yang membakitkan kembali masa silam gua. Ada sahaja yang mempersoalkan cinta gua. Ada saja yang mempersoalkan diri gua. Ada saja yang mempersoalkan kesetiaan gua. Dan akhirnya gua kembali terduduk, jatuh, terikat, dan akhirnya gua mati disini. SITUASI INI...

Kapan lagi gua harus begini? Sampai bila? Saban hari saluran paip air mata gua pecah mengalir tanpa gua sedari. Kenapa gua dihina? Kenapa gua dikeji? Kenapa gua dipersoalkan? kenapa sang gadis menjadi begitu skeptikal dan berpikiran sempit? Cuba menghakimi diri gua yang sah-sah menjadi mangsa kaum mereka sendiri. 


Kini gua tekad..!! Sang gadis hanya tahu mempersoalkan dan memburukkan sahaja. Suatu hari nanti, hidup kalian akan musnah!! Dan ketika itu gua akan berasa puas. Dan bila sang gadis-gadis durjana merasa perit, sakit dan kecewa.. Gua adalah manusia yang paling berasa puas. Masa itu lah gua akan ketawa berdekah-dekah.. *mengucap dua kalimah syahadah.. Begitu hebat aku membenci dan berdendam sekarang. Biarkan mereka. Menginsaf diri sendiri barulah yang betul. Bisik hatiku..




p/s : ku berharap tulus cinta ini akan jadi kenyataan dalam hidupku. bukan hanya mimpi dalam tidurku. semoga tuhan mendengar doa ku.

No comments:

Post a Comment