Wednesday, August 10, 2011

AKU DAN BAZAR RAMADHAN..

Assalammualaikum,

Mungkin tak terlambat untuk gua ucapkan selamat berpuasa untuk kalian semua. Walaupun dah 10 hari puasa kan tapi bagi gua ok jer kalau nak ucapkan. Janji hati dan niat kita baik.

Bila kita bicarakan tentang puasa dan ramadhan mesti ada jugak terselit-selit yang kita akan bicarakan tentang bazar ramadhan. Gua tak nak cerita dekat sini dosanya bila lu orang tinggalkan puasa. Masing-masing dah besar, so buat apa gua nak bagi ceramah lagi. Kalau ada yang tak puasa pun gua buat tak tahu je. Sebab dulu gua macam tu juga masa duk bujang-bujang dulu. I admit it... Ok?

Apa yang gua nak bicarakan hari ni tentang diri gua dan bazar ramadhan. Gua bukan lah jenis orang yang suka sangat duk pergi mencari juadah berbuka di bazar ramadhan. Percaya atau tak dah hari yang ke-10 kita berpuasa baru lah hari ni gua pergi bazar ramadhan. Itu pun sebab gua nak pergi cari murtabak yang boleh dikatakan menepati cita rasa gua lah. Kalau tak sebab tu, memang gua tak kan pergi jenguk pun ke bazar ramadhan tu. Gua rela lah menikmati juadah yang simple iaitu spaghetti malaysia(maggie).  

Sebenarnya petang tadi gua sememangnya teringin nak makan murtabak yang gua selalu beli dia area sekolah lama gua yang dikenali sebagai bandar tun hussein onn. Tapi bila gua sampai di sana gua agak kecewa juga bila gua terpana kat area sana. KOSONG.. Kemanakah perginya bazar tersebut yang setiap tahun akan sentiasa dibuat di area sana?

Hatiku hampa.. kecewa.. sedih...kempunan melanda diri. namun apakan daya. Gua tetap gagah terus menempuh jalan-jalan mencari bazar ramadhan yang lain. Dengan motor ku yang agak cabuk itu gua meneruskan ke bazar ramadhan yang terletak betul-betul di sebelah sekolah gua. Sesampainya aku ke sana aku parking motor. Dengan langkah yang lemah serta longlai gua teruskan jua. Bukan kelaparan atau keletihan sebab berpuasa. Tapi gua kecewa dan sedih sebab bazar tersebut tiada. Dan gua terpikir yang murtabak itu pun tiada juga. Maka hancur lah hatiku. Merana sudah.

Jalan punya jalan punya jalan punya jalan punya berapa banyak jalan daaa.. Gua terpandang di satu sudut. "alamak ada brader jual murtabak". Gua tengok gerak tari beliau membuat murtabak. Dari mula sehingga lah habis. "Yes, inilah murtabak yang gua cari". Bukan susah nak cam. Kalau gua dah 3 tahun berturut-turut duk beli murtabak yang sama juga mesti lah gua dapat cam cara pembuatannya. Memang agak lain lah sikit cara pembuatan dia.

Akhirnya, gua tak lah kempunan sangat duk nak makan murtabak itu. Bagi gua, itu rezeki gua sebab dapat makan mutabak tersebut. Terima kasih brader.

Gua rasa macam elok gua letak title entri ni aku dan murtabak lah. hurmmm..

p/s : Semoga berjaya mengumpul duit raya pada rakan-rakan yang berniaga di bazar ramadhan cheras perdana. chaiyok gua ucapkan..

No comments:

Post a Comment