Wednesday, August 31, 2011

RAMADHAN DAH BERLALU...

Assalammualaikum...

Salam hormat buat semua..

Gua tahu semua dah duk sibuk beraya kan? Sedar tak sedar dh sebulan ramadhan.. Syawal pula menjelma kini.. Dan gua tahu semua duk sibuk beraya.. Sebelum terlambat gua nk ucapkan selamat hari raya aidilfitri maaf zahir batin buat semua.. Kepada semua blogger2 pulak gua tau ramai yang duk sibuk post pasal raya.. Gua kali tak nak lagi lah nak post pasal raya.. Malas lagi. Tapi tak tahu lah kalau kalau kejap lagi gua rajin nak buat entri pasal raya.

Gua kali ni nak tulis entri pasal ramadhan. Boleh? Kalau tak boleh pun apa gua kisah. Dulik apa gua. Gua nak buat gak. Jangan marah yer..

Masa bulan ramadhan ari tuh tak ada banyak sangat kisah gua lalui bulan ramadhan yang mulia tu.. Sebab masa tu gua dikatakan gila berkerja. Banyak gak aktiviti yang gua tak dapat follow.. Nak nak pulak bila gua diinvite untuk follow majlis berbuka puasa bagi freinds camfrog untuk room MALAYSIA COMMUNITY dan majlis camfrogger malaysia..

Gua nak minta MAAF lah pada sumer freinds dan camfrogger sumer kerana tidak dapat hadir pada majlis tu. Bukannya gua tidak dapat hadir atas sebab berkerja sangat. Bila gua diberi pilihan oleh bos gua untuk hadir majlis rakan-rakan atau pun majlis anak yatim maka kat situ gua terpaksa buat pilihan untuk meraikan anak yatim. Wakil bos gua yang berada di singapore time tu. Agak gila juga lah untuk membuat pilihan.

Gua teringat pada kisah baru-baru ni. Kisah ni terjadi pada diri gua sendiri. Kalau tak salah gua pada 27 ramadhan ari tuh. Kisahnya bermula bila pada sebelah pagi tu gua keluar menaiki kereta gua menuju ke kedai. Membeli sedikit persiapan untuk beraya. Bukanlah gua ni jenis nak beraya mana pun. Tapi orang tua gua yang duk sakan nak beraya tahun ni. So, gua sebagai anak mithali keluarkan lah sedikit duit belanja untuk persiapan raya. Khas untuk orang tua lah katakan.

Semasa gua dalam perjalan pulang ke rumah gua ternampak seorang orang tua yang terjatuh tergolek di tepi jalan. Gua memberhentikan kereta gua dan gua turun kereta pergi menuju ke arah orang tua tersebut untuk membantu. Kesian juga gua tengok orang tua tu. Kemanakah arah tuju orang tua ni agaknya..detik hati gua.

Niat di hati ingin membantu, tapi bila gua mambantu banyak juga lah soalan gua bertanya pada dia. nka juga lah gau tahu ke mana arah tuju untuk gua hantar dia. Dari manakah dia dan nak kemanakah dia. Harus lah kita bertanya ye tak? Tapi, bila dia ceritakan kisahnya dari A sampai lah Z agak terkejut juga lah gua...

Dia sebenarnya baru sampai dari kampungnya di ipoh untuk datang ke kawasan perumahan taman gua ni untuk beraya ke rumah anaknya. Tapi dia dihalau oleh anaknya yang tidak berhati perut itu. Oh, kejamnya engkau wahai manusia celaka. Sanggup kau halau BAPA kau sendiri. GILA ke apa kau ni celaka?

Maafkan saya pakcik kerana hanya dapat menghantar pakcik ke stesen bas sahaja. Nasib baiklah tiket bas ke ipoh masih ada. Saya berharap dengan sedikit duit pemberian saya dan kuih sepit yang saya buat tu dapat memeriahkan raya pakcik yang tidak seberapa. Saya juga berharap agar saya dapat ke rumah pakcik bila saya ke ipoh untuk berkerja.

Bila gua pikir pikir balik ramadhan gua tidak lah sehebat mana. Tapi lebih unik dari sebelum ni. Gua dapat meraikan majlis berbuka puasa dengan anak yatim. Gua juga dapat membantu orang tua yang amat memerlukan. Dan dengan kisah-kisah gua yang gua lalui gua dapat juga bersedekah kuih sepit kepada rumah anak yatim dan juga rumah orang-orang tua. Tidaklah banyak tapi dapat lah juga memberi sedikit yang gua mampu. Dah itu saja kemampuan gua untuk mereka.

Uniknya Ramadhan kali ni..

Salam Syawal pada semua yang mengenali gua..

~~alhamdulillah.. pakcik tu pun dah selamat sampai ke ipoh dengan selamatnya. Gua ingat dalam tv jer ada kisah macam ni. Tapi kali ni gua lalui dengan sendirinya.. Ya Allah, Sesungguhnya suatu hari nanti aku berjaya dalam kehidupan dan kerjaya aku janganlah membiarkan aku melupakan dimana bumi yang aku pijak. Aku tidak ingin lupa diri seperti manusia celaka itu..

1 comment:

  1. ok! very the drama :)
    tapi anda sgt baik hati en boroi.. hehehe:)
    selamat hari raya

    ReplyDelete