Wednesday, May 11, 2011

PEREMPUAN GEDIK? BOLEH TAHAN KE?


TERFAKTAB
Kewujudan Perempuan Gedik semakin berkurang dengan selarasnya pendedahan tentang golongan perempuan sebegini. Sebenarnya, dalam setiap diri perempuan ada sifat gedik, cuma ia di lampiaskan dengan waktu-waktu tertentu. Namun secara kasar, masih ada perempuan gedik di luar sana.

Gedik merujuk kepada sesuatu sifat yang buat rasa menyampah. Dalam Kamus Meleisiana menyebut ;
An attitude of over-reacting, over-confident, over-load and 'game over' which causely damage stereotype.

Mengenali perempuan gedik di alaf baru semakin sukar kerana ramai perempuan sudah berhati-hati agar tidak terjebak dan di cap perempuan gedik. Namun, berdasarkan kajian intensif oleh pakar
School Of Love Maldives, perempuan gedik boleh di kesan dengan melihat gaya percakapan mereka.


Contoh stereotype melalui kajian pakar


1. Seorang lelaki berjumpa dengan seorang perempuan yang sudah lama tidak berjumpa.


"
Hai Fatekah, kau apa khabar?"

Jawapan perempuan gedik ;


"
Hai, aku baik, kau rindu kat aku ke?"

Analisis : Perbualan pertama yang di dahului persoalan kepada lelaki sama ada rindu atau tidak hanya layak di gunapakai jika perempuan itu bekas teman wanita, kawan karib. Jika tidak, nyata itu perempuan gedik.


2. Seorang lelaki memuji seorang wanita megenai penampilannya.


"
Wah Mimi, lawa kau hari ini?"

Jawapan perempuan gedik ;


"
Eh, aku memang lawa pun, kau baru tahu ke?"

Analisis : Hanya teman wanita sahaja yang layak berkata sebegitu. Selain dari itu, sila berikan pelempang.


3. Sekumpulan lelaki mengajak sekumpulan wanita untuk keluar makan beramai-ramai.


"
Weh korang, jom makan lah kat Nasi Lemak Depan Kubur tu"

Jawab salah seorang dari perempuan gedik ;


"
Tak nak lah, panas, cair make-up. Berpeluh lagi. Blah blah, heels calar, blah blah.. jom kita pergi TGI Fridays nak?"

Analisis : Tak dinafikan, itu lah gaya percakapan perempuan gedik. Sila delete dengan segera akaun Facebook perempuan sebegitu.

Kelebihan dan Kekurangan Bercinta Dengan Perempuan Gedik.

Kelebihan


1. Majoriti banyak yang lawa dan howt.
Kelebihan inilah yang membuatkan mata lelaki menjadi kelabu. Memandang luaran mereka memang mengasyikkan. Gaya mereka adakalanya seperti Emma Watson mengenakan skinny jeans. Lagak kecantikkan mereka menyebabkan jika anda dapat bercinta dengan mereka, anda seolah mendapat bonus 13 bulan Bank Rakyat. Mereka cantik, sebab itu mereka berani mengatakan kecantikkan mereka kepada umum.

2.
Berkarisma
Mencari perempuan yang serba karisma dengan memandu Honda CRV? Ini lah golongannya. Boleh di katakan 4 dari 6 perempuan gedik amat berkarisma dalam kerjaya dan populariti. Mereka sentiasa berpeluang cerah dalam pelbagai bidang. Justeru, percintaan dengan mereka membuatkan para lelaki lebih bermotivasi untuk terus mengekalkan status dan reputasi.

3.
Setia Yang Mendalam
Melalui rujukan dalam buku cinta popular 'Kerana Sayang, Jangan Segalanya' karya Mohamad Affendi Supian. 80 peratus watak antagonis dalam novel-novel realiti berkisar percintaan adalah dari golongan perempuan gedik. Hasil dari rujukan tersebut, dapat di lihat bagaimana perempuan gedik sebenarnya seorang yang setia dalam bercinta dan sanggup melakukan apa sahaja demi pasangan mereka. Jadi, lelaki mana yang tak suka teman wanita yang setia? Oh, lelaki loser? Mungkin.

4.
Cermat
Ini merupakan sikap yang selalu ada pada perempuan gedik. Sikap cermat mereka ini di rujuk kepada sikap cerewet hasil sikap karisma yang di bincangkan sebelum ini. Perempuan gedik kalau sudah bersikap cermat, sudu berminyak sedikit dah komplen ngok-ngek-ngok-ngek. Tak hygiene katanya.


Keburukkan

1.
Annoying
Tak usah berlengah. Kalau tak tahan dengan annoying perempuan gedik. Cepat-cepat lah buat surat wasiat. Surat saman mahupun surat confession that I hate you. Annoying sedikit, memang boleh bersabar, tapi kalau annoying menggila seperti merajuk mengada-ngada tak dapat ice-cream sundae. Jangan segan untuk bagi penerajang sedas dua.

2.
Sakit hati dan pedih
Bercinta dengan perempuan gedik yang kerap-kali menjadi masalah ialah mereka mempunyai ayat-ayat sound yang bisa. Tak lah sehebat mulut laser dari perempuan show-off. Namun, makan dalam jugak lah. Lagi-lagi di tambah ayat gedik yang cukup buat lelaki tak tidur malam peluk bantal, geram kenapa ada girlfriend selancau macam ini.
3. Kuat komplen.
Selaras dengan sikap cermat, ia memberikan faktor kuat komplen bila cermatnya melebih-lebih membawak kepada benda yang remeh temeh. Tahan saja lah bila kena komplen, pernah terjadi kes di mana seorang perempuan gedik komplen mengenai teman lelakinya yang panjang bulu ketiaknya. Lalu, mereka bertengkar dan membawa kepada pergaduhan besar.

4.
Risiko Tak Kekal Lama.
Setiap lelaki cuma ada 3 kali had menahan kesabaran. Ini merupakan fakta yang benar jika di tanya pada mana-mana lelaki. Bayangkan jika seorang perempuan gedik membangkitkan percakapan annoying yang sama melebihi 3 kali dalam sehari. Jangan ambil risiko, memang tak membawa penyakit AIDS, namun sifat annoying memang cari penyakit dan sakit telinga mendengarkannya. Kan? Apa guna lagi percintaan yang kekal jika terus gedik dan annoying?

Perbincangan dan Kesimpulan


Berdasarkan perbincangan ringkas di atas, teori perempuan gedik bukanlah untuk mendiskriminasikan sesuatu stereotype apatah lagi untuk merendah-rendahkan martabat perempuan. Teori perempuan gedik lebih berkisar kepada perilaku khas wanita dalam menyesuaikan diri dalam sesuatu keadaan. Kajian dan tafsiran terhadap perempuan gedik perlu di pertingkatkan lagi supaya dapat mengetengahkan semaksimum mungkin dalam misi lelaki mencari ciri-ciri wanita solehah.


Akhir kata, sarcastic cinta beb, jangan emo dah le.


No comments:

Post a Comment