Monday, May 9, 2011

SEMPENA HARI IBU 8MEI - IBUKU




Orang kata aku lahir dari perut ibuku...

Bila aku nangis aku panggil ibu,
Bila aku lapar aku panggil ibu,
Bila aku takut aku panggil ibu,
Bila aku sedih aku panggil ibu,
Bila nak tidur aku panggil ibu,

Bila tidur,
ibu selalu disisi menepukku,

Ibu kaulah sumber kehidupan ku,
Sentiasa membimbing dan memberi tunjuk ajar,
Sentiasa menisahati,
Mengajarku untuk menjadi dewasa.

Ibu,
Tidak pernah mengeluh dan mengadu,
Begitu besar pengorbanan ibu kepada anaknya,
Tidak ternilai dengan harta dan wang berjuta,
Aku sayang ibuku.


Bila aku sekolah ibu yang selalu resah,
kalau aku tak siap kerja sekolah,
bila aku malas, bila aku gagal,
Ibu yang selalu resah gelisah.

Ibu nak aku jadi pandai,
Ibu nak aku berjaya,
Ibu nak aku menjadi manusia berguna.

Ibu nak aku gembira,
Ibu nak aku ceria,
Ibu tak nak aku berduka.

Ibu,
Dikaulah inspirasiku,
Yang kukagumi ketabahanmu.

Cekal dihatimu mendidik daku,
Sabar murni melayan kerenah anakmu,
Ketika aku sedih dikaulah ubat kepada duka laraku,
Menceriakan dan membina semula semangatku.

Aku masih ingat dulu engkau berbalut ketabahan,
Membesarkan aku mengenal kemanusiaan.

Aku masih ingat dulu engkau berlantaikan semangat,
Mengasuh aku menjadi insan beriman.

Ibu...
Dapatkah aku membalas jasa baktimu,
Yang laksana pepasir di pantai,
Yang telah menyabung nyawa demi melahirkanku,
Yang tidak jemu-jemu mendengar tangisanku sejak kecil.


Yang aku hanya mampu untuk berkata ialah...

TERIMA KASIH IBU..

2 comments:

  1. Selamat hari ibu untuk ibu awak n semua ibu2 i dunia..xpasal! wkwwwkwkwkw..

    ReplyDelete
  2. slmt hari ibu utk ibu u gak.. bila u nk jd ibu? kekekekke

    ReplyDelete