Thursday, May 5, 2011

SURAT DARI PENGEMIS CINTA INI KHAS UNTUK U.


Buat bidadari yang sentiasa membayangi diriku,

Semasa i menulis surat ini, i berada di opis. I baru saja siapkan paper work i yang bos i suruh i buat untuk meeting esok pagi. Dan pada masa yang sama i ada mesej u bertanyakan u main mesej dengan sapa lagi selain i. U jujur dengan i bila u beritahu segala-gala. Kini i tahu yang selama ini bukan saja i yang sentiasa berhubung dengan u. Tapi ada orang lain lagi yang sentiasa berjaya menambat hati u.

Mira, izinkan i menulis nama u disini. Kerana maybe selepas ini kita mungkin akan jarang berhubung lagi. Tidak lah seperti sebelum ini 24/7 sentiasa text mesej dengan u. Sambil di iringi lagu Ella-Pengemis Cinta i menulis surat ini untuk u. Dengan beraninya i kata di sini semasa surat ini ditulis juga saluran air mata i akan pecah dan mengalir keluarlah air mata i tanpa segan di pejabat ni.

Mira, selepas u luahkan segala-gala satu persatu rahsia u pada i u ada bertanya pada i adakah u ni jahat. Mira, i tak pernah beranggapan yang u ni jahat. sedetik dihati i tidak pernah i anggap u ni jahat. Pemusnah hidup laki. Tidak sama sekali. Sebab dalam hati i, i hanya akan terpikir mesti u ada sebab buat macam ni. Bukan balas dendam. Tapi u nak mencari yang terbaik dalam hidup u. I tak salahkan u pun. Semua wanita mesti akan buat macam u juga. Mencari yang terbaik dalam hidup demi masa depan. Itu adalah perkara yang baik.



Mira, walaupun hati i sekarang remuk dan susah untuk i buat keputusan ni tapi i terpaksa juga. Demi kebahagian u i terpaksa lakukan ini. I terpaksa lepaskan u utk u cari kebahagiaan dalam hidup u. Walaupun i tahu maybe bila i sampai umah i mungkin akan bunuh diri dengan menggantung diri atau minum racun. Tapi u jangan risau, i tak akan buat semua tu. kita bukan tak akan berhubung langsung. Cuma tidaklah sekerap seperti sekarang ini. Sebab u ada pilihan hati u. Takkan i nak kacau pula kan? kan? kan?

Kalau u nak tahu sekarang ni i rasa macam nak pergi jumpa orang-orang yang u sebut tu merayu melutut supaya lepaskan u dan biarkan u bersama dengan i. Pohon agar mereka membiarkan kita bahagia membina istana yang i idam-idamkan untuk duduk bahagia bersama dengan u. I juga akan memohon agar mereka mendoakan kebahagiaan kita berdua. Tapi itu mungkin tidak akan berlaku. Sebab i tahu u dah jumpa yang terbaik dalam hidup u. Sebab tu u tak boleh menerima i.

I tahu walaupun u akan berada di depan mata i sentiasa tapi dalam hati u i tak tahu sapa yang bertakhta. Perlukah i membhagiakan diri i tanpa mempedulikan kebahagiaan u. Oh.. Tidak sama sekali u. Biarlah i mengebumikan kebahagiaan i selama-lamanya. Janji u capai kebahagiaan u sampai akhir hayat u. Itu yang i nak tengok, kebahagiaan u lebih penting dari segala-gala.

Maafkan i kerana terpaksa lakukan ni. Tapi u, i akan sentiasa menunggu u. Itu janji i dari dulu sehinggalah sekarang. Janji tu tidak akan berubah u. Kalau lah u berubah hati dan sanggup menerima i u bagitahu lah dekat i. Sesungguhnya i sanggup teima cinta u balik. Bila-bila je u. Tapi kalau lah u ke alam perkahwinan dengan orang lain i di sini akan sentiasa mendoakan kebahagiaan u.

Mira, terima kasih ye kerana perah hadir dalam hidup i. Terima kasih juga i ucapkan kerana pernah buat i rasa bahagia sangat-sangat walaupun ianya hanayalah sementara.

Akhir kata dari i untuk bidadari, i cintakan u seikhlas hati i. Ianya tidak akan pernah berubah walaupun seinci.

yang sentiasa mencintai dirimu,

~~aimie-sang pengemis cinta~~


No comments:

Post a Comment