Wednesday, May 4, 2011

LEMBARAN CINTA UNTUK BIDADARI DARI PANTAI TIMUR.



Hai semua. Berjumpa kita lagi di ruangan yang tak seberapa ni. Ok, hanya bertemankan senaskah buku, sebotol air coke dan sekotak rokok gua menulis entri yang tak seberapa ini. gua sebenarnya masa tengah menulis entri ini gua dalam mood yang tengah dan paling leleh sekali. So, bertahan saja lah dengan entri yang macam haram ni. jangan tanya lebih kalau tak gua sekeh kang. lempang pun boleh gak.

gua cuma nak bercerita dekat korang tentang hati gua sekarang ni.Tentang cinta gua.Gua rase dalam hidup ni, kita sbnanye punya banyak pilihan. Kita punya pilihan untuk katakan tidak. Dan kita juga punya pilihan untuk memilih jalan hidup kita, sama ada lurus atau bengkang-bengkok je yang membezakan. Kekadang, pilihan yang kita buat mungkin kelihatan salah bagi sesetengah orang dan paling koman pon, dikeji dan dicaci maki. Namun, siapa yang punya hak untuk menentukan pilihan tersebut terbaik atau tidak untuk diri kita sendiri?

Bila gua nak fikir lelebih pasal cinta, gua mula tersedar satu perkara. Jauh di sudut hati gua, gua impikan percintaan ikatan yang sah. Gua ada perasaan untuk mencintai dan dicintai. Maknanya, gua memang penah rase bercinta pon sebelum ni. Gua bukan sempurna, tak penah buat kesalahan langsung. Dan gua pon tak impikan untuk jadi sempurna. Ingat best sangat ke jadi sempurna ni? Banyak nikmat hidup hilang wooo... 
Gua luluh seolah-olah ada kematian. Dan ya, someone just killed my heart. Aku rasa sakit hati yang luar biasa dan sakit hati ini cuma boleh dirasa kalau kita benar-benar jatuh dalam gaung cinta tu. Oh and trust me,that gaung cinta is a bitch of a living. Bukan hati gua sahaja yang dibunuh, tapi dia dah tempangkan kaki gua untuk bangkit dan meneruskan perjalanan, dia dah aktifkan saluran air mata gua siang malam.I thought I was going to end up blind like P.Ramlee dalam Ibu mertuaku.

Ini semua atas sebab gua mula dah jatuh cinta dengan seorang awek- eh jap!! wa panggil dia bidadari- dengan seorang bidadari yang berasal dari pantai timur. Entah kenapa gua rasa yang dia lah yang dapat bahagiakan hidup gua. Even dia selalu cuba untuk menyakitkan hati gua, gua rasa dia tak dapat sakitkan hati gua. Kerana cinta gua lagi kuat dari yang dia sangkakan.


Kepada si dia yang membayangi hidup gua selama ini.


Aku tak tahu apa lagi yang aku harus cakapkan dengan kau.Aku tahu kau cukup bijak dan cukup pandai untuk berfikir.Aku rasa kau boleh berfikir lebih baik dari aku. Aku juga tahu ko beranggapan bahawa aku bukanlah yang terbaik untuk diri kau. Tapi kau harus beri aku peluang untuk mencintai kau. Janganlah terlalu cepat kau dump aku. Kerana aku tahu cinta aku pada diri kau terlalu besar.

Aku tahu aku seorang yang loser. Dah lah tak sekacak mana. Dan aku pun tak ada lah sekaya mana pun. Berbanding orang lain yang pernah hadir dalam hidup kau. Dan aku tahu dengan cinta aku tidak akan membawa kekayaan. Dan bila tiadanya kekayaan maka tiadalah kebahagaian.Mungkin itu yang engkau pikir kan? Tak apa, aku paham.

Kau suruh aku tunggu, dan aku akan terus menunggu. Dan aku akan terus menunggu engkau sampai akhir hayat aku. Kerana aku terlalu mencintai kau. Dan aku terlalu akan sentiasa mencintai kau. Kerana aku tak mampu untuk lupakan kau walaupun sesaat.


Cuba kau lihat mata sang kekasih
Yang pedih menahan sedih
Kesatkan matanya belaikan keningnya
Bisikkan di telinga dengan kata setia

Cinta itu turunnya dari syurga
Dari Adam mula melihat Hawa
Dialah kekasih,yang tetap setia
Tetap bersama dalam erti cinta

Ada yang sudah menghadap Ilahi
Namun cintanya tetap bersemi
Jasadnya telah tiada memori tetap ada
Air mata jadi teman setia

Namun pengganti kan terus mengasih
Walau kadang-kala hatinya nan pedih
Bila kau lihat dia sedih,kesatkan air matanya
Cintailah cinta sementara dia ada




p/s : aku akan terus mencintai dirimu sepenuh hatiku wahai sayangku... lembaran cinta untuk bidadari dari pantai timur..

1 comment: