Thursday, May 5, 2011

KENAPA KAU PILIH HAK MILIK ORANG?

 
 
Akhirnya I jumpa you,
Lelaki yang I idam - idamkan,
Yang mampu meluruhkan benteng hati I selama 26 tahun ini,
Pada I, 
You cukup sempurna.
You lah yang akan membimbing I,
Yang akan menjadi bapa kepada anak - anak I.

You seorang yang sangat berkarisma,
You tahu macam mana hati I terkesima dengan kata - kata you,
Ya, bukan kata - kata manis atau ayat - ayat cinta,
Tapi kata - kata yang membuka minda I,
Yang boleh buat I terfikir dan memikirkan suatu permasalahan di luar kotak pemikiran.

Tapi sayangnya,
You sudah berpunya.
You seorang suami orang dan bapa kepada 3 anak.
Tapi you masih bergaya, mungkin sebab you kahwin muda.
I tak mudah terpedaya dengan lelaki,
Apatah lagi suami orang.
Tapi, sepandai pandai I cuba menghindarinya,
Akhirnya I jatuh sujud di kaki you.

Setiap kali we are together alone,
Enjoying our moments,
And your wife called,
You have to go.
And only God know how I feel inside.

Walaupun hubungan terlarang ini sudah berlarutan hampir setahun,
I tak tau apa I rasa,
Yang I tau, I cintakan you.
Bukan kerana pangkat you, harta you,
Tapi sebab bagaimana you mencorakkan diri I,
Untuk lebih maju dalam kehidupan,
Untuk menyokong I walau apa pun rintangan.

I tau, I bersalah pada keluarga you,
Bagaimana hendak menghadapi semua ni.
Sebagai orang ketiga,
I lah yang paling banyak berkorban.
I kena faham masalah you dan isteri you, 
masalah tempat kerja you, kawan kawan you.
Semuanya.
Semuanya I kena telan hidup hidup.

I kena faham bila hujung minggu adalah hari keluarga you.
I kena faham bila I tak boleh sms you, call you.
I kena faham you tak boleh temankan I tengok movie.
Apatah lagi keluar dating secara normal.
Ya, we cant go out in public.
Yes, you are somebody.
Ramai orang kenal you.

Mana you masa I sakit?
Pada siapa I nak mengadu?
Mana you masa I nak temankan you bila I teringin nak makan sesuatu?
Mana you masa birthday celebration I?
Mana you masa I nak share what I feel?
We are not even watch a single movie together pun.

Ya, I bodoh sebab I setia.
Ya, I bodoh sebab I try so hard to be better than your wife,
Ya, I senyum bila kita bersama dan you tipu isteri you,
Tapi I jugak bodoh sebab if your wife pun boleh you tipu,
Apatah lagi I?

Semua orang fikir I jahat,
Tapi apa salah I?
I hanya jatuh cinta.
I tak kesah dimadukan,
I tak kesah berkongsi sayang dengan isteri dan anak anak you,
Tapi I masih lagi tak tahu,
Apa akan jadi di masa hadapan.
Are you gonna marry me as you always said?
All our dreams that we shared just want to make me fell better?

Gua terjumpa nukilan ini dekat blog terfaktab. Ada disebalik nukilan ini yang membuatkan gua ingin menulis tentang nukilan ini. Gua tak akan memihak pada sesiapa tatkala gua menulis entri ini. Tak kira lah pada suami/isteri orang atau pun lelaki/perempuan yang bercinta dengan hak milik orang. Gua hanya sekadar menulis atas nama seorang insan yang bertanggungjawab untuk menasihati mereka-mereka yang gua rasa damn it sangat-sangat. Suka atau tak ini hanyalah sekadar luahan hati gua sebagai seorang insan yang reti hanya tuk setia pada yang seorang saja. ~wowowo... gua memang jambu. kahkahkahkah!!
 
Suami atau isteri orang... 
 
Kepada mereka-mereka yang sudah berkahwin malah yang mempunyai anak tidakkah anda teringat tentang anak bini/laki lu orang sebelum menjalinkan hubungan cinta dengan lelaki/wanita lain? Tidakkah anda pernah terpikir bila isteri/laki lu orang sedar akan hubungan lu orang maka remuklah hati mereka. Gua nak tanya pada lu orang lah, adakah lu orang sedar kalau lu orang berkelakuan seperti itu lu orang akan diletakkan dalam kategori sebagai seorang yang heartless?  Dan gua sebagai seorang lelaki, gua tahu seorang lelaki boleh berkahwin sampai empat. Memang tak salah dari pandangan islam, tapi masalahnya lu orang tau tak yang lu orang dah kecewakan isteri lu orang even lah dia merestui hubungan lu orang tu. lu orang tau tak yang sesungguhnya gua memang tak berapa suka lah kalau ada hati seorang isteri yang punah dan menderita. Wanita mana yang suka berkongsi kasih dengan wanita lain walaupun dia merestui ikatan tu. Tak ada kan? jadi tolong hargai seorang isteri itu sehingga akhir hayatnya. Kerana bagi gua seorang wanita itu sungguh lah istimewa dan anugerah paling berharga yang diberi oleh Yang Maha Esa.
 
 

Lelaki atau wanita yang mencintai hak orang lain..

Kenapa harus mencintai walaupun lu orang tahu dia sudah berkeluarga? Atas alasan apa bai? Duit? Cinta itu buta? Budget laki tu boleh kahwin dari seorang dan lu tak kisah? atau sebab nafsu? orang yang dah berkahwin ni nafsunya lain macam sikit. Berpengalaman lah katakan. Tak pun lu orang akan jawab kat gua yang tu semua dah ditakdirkan. Dah jodoh lu orang dengan orang macam tu, nak buat macam mana. Dan last sekali lu orang tanya wa balik, SALAH KE KALAU AKU MENCINTAI DIA? ~~tak boleh blah langsung. Ayat minta pelempang dengan gua saja lu orang bagi. isk3..
 
Cuba lah lu orang pikir balik kalaulah ianya boleh terjadi kat lu orang. Apa rasanya? Time tu lah lu orang akan pikir yang dia ialah seorang yang heartless. Mula lah keluar kata-kata benci dari mulut lu orang. entah-entah gua rasa lu orang akan mula terpikir nk bunuh diri atau lu orang nak bunuh dia. ~wah!! lu orang memang mafia time tu.~ Mula-mula buat lu orang tak terpikir lah pula ye tak. Bila dah kena baru menyesal? Dah terlambat lah time tu.
 
Ya, I senyum bila kita bersama dan you tipu isteri you,
Tapi I jugak bodoh sebab if your wife pun boleh you tipu,
Apatah lagi I?

Ok, aku suka dengan part yang ini. Time ni lah lu orang terasa yang lu orang ni bodoh. Cuma kebodohan lu orang ni akan lebih terserlah bila lu orang sedar yang lu orang ni bodoh tapi lu orang tak nak berganjak juga. Cinta itu buta kan? Cinta lagi kuat kan? memang bodoh lah pun. Nak buat macam mana lagi. Terpaksalah lu orang membodohkan diri lu orang dengan kebodohan lu orang tu. ~apa gua cakap? gua pun tak paham. Ah!! tak kisah lah, janji lu orang memang dumb. ~~lalalalalala~~

Gua tau tatkala gua menulis entri ini dan ada yang membaca orang yang membaca tu akan terasa. Mungkin dia akan membeci gua atas sebab gua menulis entri ini. Dan gua tahu yang dia sememangnya marah dengan tulisan ini. Apa yang gua boleh buat ialah memohon seribu kemaafan dari dia. Gua tak bermaksud untuk menyindir mahupun untuk mengutuk. Tapi entri ini gua tulis untuk menyedarkan dia agar tidaklah terus menyakiti hati kaum sejenis dengan dia. Semalam gua ada bagi tahu dia yang gua tergelak bila gua membaca nukilan sajak dekat atas tu. Tapi dekat sini gua nak bagi tahu dengan sejujurnya dekat dia. Bila gua baca nukilan tu gua bukanlah tergelak tebahak-bahak. Tapi gua terperanjat, terkejut, terkesima dan gua menangis bila setiap kali gua baca nukilan itu wajah dia terpampar di depan skrin ini. Gua tak sanggup tengok dia teruskan hubungan dia itu. Gua merayu dan melutut pada dia agar jangan teruskan hubungan itu. plizzz..
 
siyes seyh aku menagis dengar lagu ni. 
macam mana artis ni boleh bawak.
ah shit lah.
 
p/s : kenapa kau tidak sanggup menerima hati ini bila hati ini mencintai diri kau dengan sepenuh hati? Maafkan aku kalau entri ini membuatkan kau marah pada diriku. MAAFKAN AKU.
 
 

1 comment: