Monday, May 16, 2011

JANJIKU TETAP JANJIKU, JANJIMU TINGGAL HABUK.

 
TERFAKTAB
Malam tu Adam (bukan nama sebenar) dan Hawa (bukan nama sebenar) keluar makan buat kali terakhir sebelum Hawa kembali ke Universiti Teknologi Malaysia di selatan sana. Cuti semester kian menipis buat Hawa. Dalam seminggu ni, Hawa diam betul. Setiap kali Adam ajak keluar, ada sahaja alasannya.

"Harini saya nak rehat. Eh?"

"KLCC jauh sangat tu Adam. Saya nak jimat duit. Nanti buka semester nanti ada banyak barang nak kena beli."

Macam-macam lagi alasan yang di berikan Hawa. Padahal gua syak dia memang tanak keluar. Seminggu ni macam-macam Adam buat untuk buat Hawa senyum kembali di depan dia. Tapi ternyata gagal. Malam ni, dia berjaya buat Hawa keluar dengannya. Oh, bukan dia yang ajak. Maksud gua malam tu, Hawa yang ajak.

"Kenapa diam ni Hawa?" kata Adam perlahan. Sayup-sayup bunyi hujan di luar kereta dan redup-redup bunyi radio lagu CD Sigur Ros album Hvarf / Heim kedengaran.


Hawa masih diam seribu bahasa. Masa makan pun dia tak banyak bercakap. Muka lurusnya tu, kalau gua dah naik penampor kat pipi. Kepalanya senget pandang ke luar. Diam seribu bahasa.

"Hawa?"

"Adam. Saya ada benda nak cakap ni."

Adam senyum panjang dengar Hawa membalas sapaan nya. Dah rupa beruk mak yeh dapat bunga dia punya sengih.

"Cakaplah."

"Saya tak rasa saya dapat teruskan."

*****

Markah kuiz dan test Adam jatuh teruk. Otak dia kosong. Dah sebulan Hawa pergi meninggalkan Kuala Lumpur ke Johor untuk sambung belajar. Adam belajar di Politeknik Shah Alam sahaja dan Hawa pula di UTM Skudai mengambil Ijazah.

"Hawa minta maaf sangat-sangat. Saya tak boleh teruskan rasanya. Kita masing-masing ada komitmen masing-masing kan? Apa kata kata kita fokus dulu dengan akademik kita? Sampai berjaya. Saya pun nak fokus dengan akademik saya. Saya tak rasa bila ada hubungan semasa belajar dapat membantu pembelajaran saya. Saya nak ikut nasihat mak. Kan saya pernah cakap dulu, mak tak galakkan saya ada hubungan semasa belajar? Kan? Saya nak ikut tu. Hawa janji dengan diri sendiri, Hawa akan sendiri sampai graduation. Kalau Adam sanggup tunggu, tunggu lah. Eh?"

Satu persatu ayat dari mulut Hawa masih terngiang-ngiang di telinga Adam.

"Tapi Adam sayang Hawa. Adam ada buat salah ke?"

"Hawa tahu tu. Tapi. . .Adam tolong faham eh?"

Adam diam. Dia sebak. Tapi dia tak reti nak sebak depan makwe. So, dia tahankan saja.

"To be fair, baik Hawa diamkan diri. Sampai graduation. Lagi 2 tahun je. Adam tunggu lah eh? Itu pun kalau Adam betul-betul serius."

*****

Pelajaran Adam semakin pulih selepas 3 bulan bila dia aktif dalam kokorikulum. Ahh. Bukan kokorikulum kolej dia sangat. Dia semangat betul dengan kugiran dia. The Monetise (bukan nama sebenar). Dia masih lagi liat dengan hati yang tertumpu pada Hawa. Secantiknya awek-awek kolej persis Maya Karin mahupun Pontianak Sundal Malam, dia tak layan. 

Dia pegang pada janji dirinya. Tunggu sampai graduation. Dia aktif dengan band pun gua tau sebab apa. Kebanyakan lagu dalam kugiran itu di tulis lirik olehnya walaupun Adam hanya pemain bass. Nampak sangat jiwanya masih pada Hawa.

"Woih. Ada battle dekat UTM Skudai. Jom ah?" seorang ahli kugiran The Monetise mem-propose-kan proposal.

Adam dengar je UTM Skudai, berubah betul mukanya.

"Besar sangat ke hadiah dia? Berbaloi ke pergi sana?" celah Adam.

"Ada satu studio tu nak biaya 3 lagu untuk track by track recording siap mixing dan master dengan duit rm500 as hadiah utama."

Adam terpaksa akur dengan 4 lagi ahli kumpulan. Ke Skudai mereka pergi.

*****

Sepanjang perjalan ke Skudai tadi memang memenatkan. Bagi Adam? memeritkan. Mana taknya. 3 bulan masa dia perlukan untuk lupakan Hawa. Kini dia berada di kawasan di mana ada kemungkinan dia akan berjumpa Hawa.

Dia diam sepanjang perjalanan.

"Janganlah jumpa dia. Tolong. Aku perlu fokus untuk pertandingan." Adam bermonolog dalaman.

*****

The Monetise naik ke atas pentas. Mereka di kenali betul di Politeknik Shah Alam sebagai band pujaan wanita. Ramai yang cuba dekat. Tambahan Adam. Yang muka jambu persis Justin Biebers *muntah*. Mereka membuka persembahan dengan lagu cover Samskeyti dari Sigur Ros. 



Sedang mereka rancak membuat persembahan di atas pentas. Adam, dengan tidak berapa punya hati dengan muzik yang cuba di sampaikan kerana hatinya hanya mahu mencari Hawa. Mulut kata tak mahu. Hati? Siapa mampu menipu.

Macam kisah tipikal drama swasta. Masa tu juga lah mata ni gatal nak nampak. Sedang Adam pura-pura di atas pentas, matanya terpandang satu kelibat.

Hawa.

Lelaki.

Pegang tangan.

*****

"Dia suruh kau tunggu sebab dia nak ambil hati kau saja."

Adam menghembuskan asap rokok ke langit. Air tasik harini tak selancar dulu. Lagu-lagu semangat putus cinta dari band seperti Mando Diao menjadi makanan telinganya.

"Sedangkan janji dengan diri sendiri pun dia tak dapat pegang. Janji kau? Lagi lah dia tak pandang."

Puntung rokok dia pijak. Kini dia cuba untuk format kepalanya. Mungkin Tuhan turunkan Hawa untuk diri dia sebagai satu proses mengenali sifat perempuan. Belajar selok belok hubungan. 



Yes. Dia yakin tu. Terus dia bangun ambil gitar dan menulis lagu tentang bangunnya seorang dari berkecainya jiwa.

No comments:

Post a Comment