Thursday, May 5, 2011

TRUE LOVE?

 
 
Cinta merupakan suatu kapasiti. Apa yang menyebabkan kita bercinta, adalah kerana kita tahu kualiti cinta itu sempurna, seperti yang kita idam-idamkan. Seperti yang kita bayangkan. Cinta itu memadamkan prejudis, cinta itu memaafkan, cinta itu memberi ketenangan seperti ketenangan di pagi syawal, dan cinta itu mengekalkan kewarasan kita bila kita gundah-gulana.

Kadang-kala cinta itu mencederakan dan juga mengubati. Malah mencegah. Sudah banyak tangisan yang di dengari kerana cinta. Sudah banyak suara keriangan yang di dengari kerana cinta. Kerana cinta itu memenuhi dan mengurangkan. Ia tidak mengira warna, rupa, kulit, bangsa, agama dan masa depan. Cinta hanya melihat manusia.

Cinta bukanlah Tuhan, tetapi ia merupakan kuasa istimewa yang Tuhan berikan kepada manusia. Cinta tak memerlukan pembalasan, apatah lagi penghargaan. Ia hanya memerlukan pengorbanan dan semuanya di berikan secara percuma.

Di suatu saat nanti, kita akan lihat kuasa cinta itu mengubah sesuatu. Bukanlah mengubah dunia sepenuhnya, tetapi ia mengubah beberapa bahagian di dunia. Dalam masa yang sama, cinta itu bergerak mengubah persepsi manusia.
 
Cinta bukan suatu perkara yang mudah difahami. Ramai yang rasa mereka tahu banyak tentang cinta hanya dengan pengalaman patah hati yang agak sukar dilupakan tapi itu tak cukup. Macam aku, ramai yang suka tanya pendapat aku kalau ia ada kena mengena dengan cinta. Mungkin sebab aku tulis banyak tentang cinta dan mereka fikir aku dapat selesaikan semua masalah mereka. Tapi aku pun sedang belajar memahami cinta.
 
Moving on, untuk ceriakan hati aku. Aku cuba buat macam-macam. Until satu hari aku ke Boarders untuk cari buku.. erm sebenarnya aku cari buku pyschology. Untuk dapatkan tips tenangkan diri. How mental is that? Aku baca macam-macam buku tapi tak lut.

Gua bukannya tak ambil kisah kadang-kadang. Cuma tak mahu manjakan sangat. Gua masih fikir 24/7 segala tentang makwe. Cuma aku tak mahu manjakan sangat. Takut nanti mungkin aku mati dulu. Aku tak mahu makwe rasa beban kalau aku takde. Atleast dia dah pernah lalui semua benda tu seorang diri sekali dari sepuluh kali aku bantu dia.
 
Orang kata separuh jiwa mati kalau makwe tinggalkan kau. Kalau kau benar-benar sayang dia, jangan pernah mengalah dengan dia. Kalau kau benar-benar sayang dia,
lepaskan dia. Kalau dia kembali itu confirm tulang rusuk kau.

No comments:

Post a Comment