Monday, May 30, 2011

SELAMAT HARI KEPUTERAAN YG KE 27 - WISRIE



Angka 27 tahun bagi seorang peminat tegar Kurt Cobain memang susah untuk diterima.Especially bila ada satu masa suka sangat duduk tempat tinggi.(kini tidak lagi - sedang menikmati hari dan mahu terus gembira).

 Pada 28 mei 1984 lahirlah seorang bayi yang bakal menggegarkan dunia ini dengan empayar-empayar perniagaannya yang begitu besar. -ok, aku tipu. Aku dilahirkan 27 tahun dahulu oleh ibuku ke dunia yang penuh duri serta pancaroba drama-drama slots tv3 ke dunia ini. Ditemani oleh bapaku Hawi bin Muhammad yang sentiasa memakai seragam tentera bercalit sarjan di lengan pada ketika aku dilahirkan.

Sejak aku dilahirkan aku di besarkan dimerata tempat. Mengikut bapaku yang sentiasa dipostingkan ke tempat-tempat lain kerana ingin menjaga keamanan negara.  Selama 12 tahun aku mengikut bapaku dan akhirnya pada umurku 12 tahun aku terus menetap di sebuah bandaraya yang dinamakan key ell (kuala lumpur).

27 tahun kemudian - here i am. seorang looser yang terus menghela nafasnya dan terus berpura-pura gembira selama 27 tahun kini akan sentiasa terus bergembira walaupun terpaksa. Walaupun aku pernah dikecundangkan dengan berbagai wanita-wanita yang sering dan tidak pernah putus asa untuk mempermainkan hati ini. Walaupun juga aku sering ditindas oleh kawan-kawan dalam perniagaan yang aku sentiasa cuba untuk bina. Walaupun aku sering digelar looser oleh seseorang yang sentiasa berada di dalam badanku - iaitu michael.  Semuanya gagal, dan rasanya seperti "seseorang" yang mahukan aku untuk terus move on dan gembira, aku pasti lepas ini aku akan terus berusaha untuk menjadi yang terbaik lagi terbaek untuk masa hadapan aku. I'm ain't kurt cobain now.

Aku sekarang gembira.Aku terus terang aku sangat gembira.Walaupun kat tempat kerja amat stressful fikir bila menara bank rakyat ni nak siap,tapi aku ada sebab aku sendiri untuk aku gembira.Aku harap susah senang macam mana pun aku dapat kekalkan kegembiraan aku kali ni.Selamat hari keputeraan yang ke-27 - Wisrie.

Selama 26 tahun aku tak pernah dapat wish birthday. Selama 26 tahun aku tak pernah dapat hadiah birthday. Dan selama 26 tahun aku tak pernah makan kek birthday aku sendiri. Bila menjelang umurku 27 tahun aku barulah aku dapat semua itu. kelainan pada tahun ini amatlah aku hargai sekali. Aku akan ingat angka 27 ialah angka gembira bagi aku.

Ianya bermula dengan hang out with my friends iaitu nnua, nurul, naqi, lia, meqda dan aku. Just lepak-lepak aje, minum-minum, makan-makan dan bergurau. Dapat gak lah wish birthday sebarang dua. Tiba-tiba lah pula dapat text mesej (bukan dekat henset aku tp kat henset nurul) dari deqnor yang berada di kuantan yang mengwishkan birthday aku.

Ianya pula melarut bila anak muda yahudi mana entah yang mencipta facebook bila ramai rakan-rakan serta sahabat handai cuba mengwishkan birthday kat wall aku. Nasib baik lah phone aku ni dah disetkan untuk fb mobile. Kalau tak memang tunggu je lah orang wish kan birthday aku. Just nak ucapkan lah terima kasih atas kebrilliant anda itu kerana mencipta facebook. kehkehkehkeh. 


Ianya berakhir bila seseorang yang aku tunggu selama seharian mengwishkan besday aku di inbox facebook. memang agak panjang juga lah cara dia wish tu. Siap bagi aku gambar cupcakes lah pula. Oh, terharunya aku time tu. kehkehkehkeh. Secara sengaja je dia cuba untuk menjadi orang terakhir yang wish aku. huh! hampir tacing juga lah time tu. kehkehkehkeh.


Aku ingat ianya berakhir kat situ je, tapi ada lagi keesokan harinya. Sedang aku tengah kusyuk baik saja basuh pinggan - konon nak jadi anak yang soleh lah time tu, tiba-tiba nama aku diannauncekan kan di ruang tamu. Memanggil-memanggil macam lah ada benda penting sangat. Tiba-tiba.. perghhh, secara tiba-tiba aku terpana di satu sudut. "KEK". "HAMAYGADDD.. I HAVE A CAKE THIS YEAR." dengan muka poyox lagi macho aku buat-buat terperanjat. Aku mentionkan sekali lagi ye. AKU BUAT-BUAT TERPERANJAT. (padahal memang terperanjat pun)

Dengan posing-posing menarik aku berikan pada sepupu-sepupu aku, cahaya-cahaya kamera telah di ketipkan pada wajah aku. dan aku menerima suapan mesra kasih sayang oleh sepupu yang rapat dengan aku iaitu Mohd Suhaimi bin Dato' Haji Abdullah. Ahh!! cilakak, aku dah terasa ni mesti ada yang tak kena ni. Dan kemudian tanggapan aku tepat, sebiji kek telah melayang terus ke muka aku. KETEPEKKKKK!!! hambikkk ko. Tak pasal-pasal aku termakan sebiji kek. tapi bukan kat dalam mulut lah. Terus saja ke muka diorang bagi. Aku dah agak dah, mesti ada yang tak kena punya. Tapi nak buat macam mana nak happy kan. redha je lah. kehkehkehkeh


Akhirnya aku mendapat kelainan menyambut birthday aku pada tahun ini. Secara terus terang tahun ini selimut, bantal dan juga tilam tidak menemani dan meraikan hari lahir aku seperti tahun-tahun sebelumnya. Walaupun aku tak dapat hadiah hari jadi, aku tetap bergembira juga pada tahun ini. Terima kasih pada semua aku ucapkan. kepada mereka-mereka yang wish aku depan-depan, kat dalam fb mahupun yang duk baling kek kat muka aku, aku just nak ucapkan yang aku sayang kat korang. Love u all so much. Terima kasih semua. 






p/s : selamat hari keputeraan yang ke27 wahai wisrie. Agar panjang umur dan murah rezeki. tak lupa juga agar dapat jodoh yang diidam-idamkan. terbaekkkk lah kawan-kawan. love u.

No comments:

Post a Comment