Thursday, September 1, 2011

KISAH DITIPU DAN MENIPU DI HARI RAYA KE-2


Assalammualaikumm..

Selamat hari raya semua. Amacam? Best raya lu orang tahun ni? Beraya bersama family, saudara mara, anak anak, rakan rakan dan sahabat handai. Mesti best kan? Daripada gua hanya mampu ucapkan SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN TULUS IKHLAS dari jauh je lah. Hanya itu yang mampu gua ucapkan. Nak bagi duit raya tidak lah gua mampu mana pun. So, trima je lah kemaafan dari gua yang tidak seberapa ini.

Bukan bermaafan yang gua nak selitkan pada hari ini. Tapi tentang kisah semalam. Gua panggil kisah ni KISAH DITIPU DAN MENIPU DI RAYA KE-2. Boleh? Mahu tak nya, dari seawal pagi buta sehinggalah pagi buta keesokan harinya gua asik kena tipu je. Kena tipu dengan siapa? Tu haaaaaa~~~ SUKA UNGU tu.. dan rakan-rakannya yang lain. Boleh? Kat sini gua ada buat SENARAI PENIPUAN yang dah dilakukan pada raya kedua itu.

~~korang layan satu persatu ye..

1) TENTANG JANJI PERJUMPAAN

Janji pukul 9.30 pagi.. okayh.. Gua agak lewat juga lah bangun pagi tu. Gua bangun dalam pukul 9 pagi. Kelam kabut juga lah gua nak bangun dan bersiap lawa lawa untuk beraya.(Kononnya) Tepat pukul 9.35 pagi gua dah siap dan panaskan enjin kereta untuk mengambil SUKA UNGU. Takut dimarahi sebab lambat punya pasal gua try lah call beliau untuk meminta maaf atas kelambatan tersebut. Okayh, gua dah mula menyirap tatkala gua cuba menghubungi blackberry beliau yang agak canggih tersebut sampai lebam tapi tak diangkat angkat. SAMPAI LEBAM seyhhh!!! Boleh tahan korang. Sesampai saja di rumah beliau tepat pukul 10.30 gua menekan bell rumah beliau. Dengan rileks saja beliau keluar rumah dengan muka baru bangun tidur dan belum bersiap menghadap depan muka gua. Okayh!! Gua tak banyak cakap gua suruh dia mandi dan bersiap manakala gua pergi ke car wash untuk mencuci kereta sambil menunggu.

~Janji macam ni lah yang gua agak benci sikit. Nasib baik gua ada tahap kesabaran.

2) TENTANG SIMPANG DI KAMPAR KLANG

Gua tidaklah berapa pasti gua sampai ke kampar pukul berapa. Kononnya nak pergi beraya di rumah di salah seorang sahabat baik SUKA UNGU di kampar klang. Dah lah gua tak berapa pasti sangat jalan jalan sekitar kampar. Tapi disebabkan pernah juga pergi kiranya gua tegap juga lah membawa beliau beraya dirumah sahabat beliau. Yang best bila gua kena tipu bila gua tanya pada SUKA UNGU.

Ungu : Drive line belah kiri. Nanti nak masuk simpang.
Aku : Simpang mana nk masuk ni?
Ungu : Masuk je mana mana simpang ni.
Aku : Ha?? .......

Apa? Lu ingat semua simpang kat kampar ni tembus simpang kat rumah dia ke? Agak agak lah. Minta cium juga dia ni ngan gua. Penipuan yang agak unik tu sebenarnya..

3) NAMA JALAN

Yang ni agak best sikit lah. Kita masih lagi di kampar Klang. Gua dah masuk simpang yang betul. Taman yang agak betul sebenarnya. Tapi bila gua bertanya,

Aku : Jalan apa nak masuk rumah dia ni?
Ungu : Jalan sementa 19
Aku : Owh, 19 ye? okayh okayh...

Mana ada Jalan Sementa 19 dowh.. Cuba ko cek balik alamat dia.. Rupa rupanya jalan berapa lu orang nak tahu? Tu dia Jalan Sementa 6 rupanya. Dikatanya Jalan 19. Agak bengang juga lah aku.

4)TENTANG BHP

Sesudah gua habis beraya di kampar gua pula menuju ke TANJUNG KARANG. Rumah seorang gadis yang cantik molek.(Konon nak puji kat sini kejap) Tanjung karang tu kira kampung rakan kami lah. Agak jauh tapi bila dah kepala naik gila jauh tak jauh gua sergah kan saja. Jalan tidak lah berapa tahu sangat. Tapi disebabkan SUKA UNGU pernah menetap di sana gua berani juga lah. Tidak lah sesat sangat. Tapi yang paling best bila gua menghubungi beliau untuk bertanyakan di manakah jalan kami harus tuju untuk sampai ke rumah dia.

Aku : Ni nak ikut jalan mana ni?
Rakan : Terus saja. Sampai nampak jambatan. Bila lepas jambatan tu nampak bhp yang pertama sebelah kanan. Then terus saja tak lama nanti akan nampak bhp yang kedua sebelah kanan juga. Sampai sana call balik.

Okayh... Agak jauh juga lah bhp yang pertama selepas jambatan. Itu baru BHP yang pertama. Yang kedua lagi jauh seyh... Berjanggut juga lah gua mencarinya. Ingat dekat sangat. Mati mati gua ingat dekat.

5) TENTANG SIMPANG LAGI

Kena tipu pasal SIMPANG lagi. Masih lagi di tanjung karang. Gua masih lagi tak sampai di rumah rakan gua. Bila ungu call beliau bertanyakan rumahnya ini lah kisahnya..

Ungu : Dekat mana rumah?
Rakan : Terus saja.. Nanti korang akan nampak selekoh.. dekat selekoh tu ada simpang.. abaikan selekoh tu.

okayh, bila dengar abaikan selekoh mesti gua kena masuk simpang. Sebab gua dh kena abaikan selekoh. yer dak. Padahal gua kena layan selekoh tu. Nampak sangat menipunya. Kena plak u-turn back g layan selekoh. then bila dh jumpa simpang yang patut gua masuk gua masuk lah simpang tu. Then, ungu sekali lagi call untuk bertanyakan direction ke rumahnya..

Ungu : Dah masuk simpang.. Kat mana rumah?
Rakan : Terus je. Nanti nampak simpang pertama terus lagi. Simpang kedua nampak i tunggu kat depan rumah.

Okayh.. Yang ni menarik. Simpang pertama gua dah abaikan. Simpang kedua dia tak ada. Simpang ketiga pun dia tak ada. Keempat dia tak ada. Gua terus lagi. Kelima dia tak ada. Bertemu simpang empat plak tu. Pun dia tak ada. Gua teruskan lagi. Rupanya rumah dia simpang yang entah ke berapa entah.. Boleh tahan lu orang macam tu? Bapak best menipunya... Nasib baik lah dia tunggu depan simpang rumah menaiki basikal. Macam ayu je gua tengok time tu. Seorang gadis kampung menaiki basikal. Perghhh.. terpikat sudah aku.. Dari hati panas terus sejuk beb.. kehkehkehkehkeh

6)BERAPA LAMA LAGI?

Okayh.. Destinasinya seterusnya ke SABAK BERNAM. (Asal semua destinasi yang aku pergi aku tak tahu ni) Beraya ke rumah salah seorang dari rakan kami juga. Tapi kalau dari key ell ke tanjung karang tadi gua ngan Ungu saja dalam kereta.. Semasa ke Sabak Bernam si gadis cun pun mengikut kami juga. Apa lagi, Banyak cerita tak nak Ungu gua halau duduk belakang sebab gua tengah nak try si gadis cun itu. hahahhaha.. poyo rasanya..

Sesampai di Sabak Bernam Gua pula menghubungi rakan kami tersebut bertanyakan jalan ke kampungnya itu. Tapi, Si bapa rakan kami tu suruh kami menunggu di rumah satu tempat untuk mereka menjemput kami. Ingat kejap, tapi bila gua call beliau ini jawapannya..

Gua : Kat mana dah?
Rakan : Kejap kejap.. Ontheway..

~10 minit kemudian...

Gua : Kat mana dah?
Rakan : 5 minit lagi..

15 minit kemudian..

Gua : Kat mana dah?
Rakan : 2minit lagi..

Selepas 1jam baru sampai. Cilaka 10minit tuh. Ini nak pedajal gua siut.. Minta pelempang betul. Nasib baik Bapa nya ada. Kahkahkahkahkah...

7) TENTANG KLINIK

Dekat Sabak bernam kami lepak tak lama. Sebab kami sedang berkejar ke HUTAN MELINTANG PERAK pulak. Masih lagi rakan kami chatting kami. Tapi tuan rumah tu agak SPECIAL juga lah bagi SUKA UNGU kita tu. kahkahkahkahkah. Seperti biasa gua suruh Ungu minta direction kat rakan kami. Tapi kali ni Ungu just text message je dengan beliau. So, gua diamkan saja lah.

*Message
~~nanti kau jumpa simpang empat kau masuk kiri. Then, kau akan jumpa kfc belah kanan. Depan sikit kau akan nampak KLINIK RAWATAN AHSAN. Nanti sampai sana kau call aku.

Lebih kurang macam tu lah juga message dia. Gua pun tidaklah nak baca sangat sebab tengah drive kan. Tapi bila gua sampai simpang yang diperkatakan tu gua pun masuk lah kiri. Dan gua pun nampak KFC di sebelah kanan. Tapi time tu gua dah lupa klinik apa yang diperkatakan itu. So, dengan comfidentnya Ungu tanpa mengecek balik text message tadi dia suh gua cari KLINIK KESIHATAN HUTAN MELINTANG. Boleh? Sebab dia nampak signboard klinik tu lagi 1 kilometer katanya. Gila lu. Padahal klinik yang nak dituju betul-betul sebelah KFC. Tak pasal-pasal gua kena maki dengan tuan rumah. Minta kena bahan betul lu ni Ungu. Nasib baik tuan rumah hidang air RIBENA. Tak ada lah gua nak melantak sirap lagi.

~~wahh!! Ribena!! Class lah ko AZAM!! kahkahkahkah...

Itu lah kisahnya bila kena tipu di hari raya kedua.. Boleh tahan lu orang? Best kan? Disebabkan gua kena tipu gua sampai rumah pukul 4 pagi. Pergh, best.. Atas nasihat dari gadis cun yang menyuruh gua bagitahu dia bila sampai rumah gua pun tidaklah melupakan nasihat beliau tu. Sesampai saja di rumah gua pun text lah message dia. Tapi bila dari perjalanan ke tanjung karang untuk menghantar gadis cun itulah saat saat paling best bagi gua. Dengan ungu duk terbungkang dekat seat belakang gua pula apa lagi.. Bermadu kasih lah. Tak ada lah bermadu kasih sangat. Sedar diri tak hensem ni. Kahkahkahkah..

Sebenarnya banyak lagi kisah menipu dan ditipu ni. Tapi gua malas nak pikir sangat kan. Kalau kalau SUKA UNGU ada cerita best lagi lu orang tunggu lah entri dia. Tapi gua rasa dia x buat entri pasal menipu ni. Gua rasa dia buat entri pasal kegilaan gua ngan dia. Tak percaya? Kita tunggu je lah entri dari dia nanti.

Salam tipu dari gua. kahkahkahkahkah.. Kisah benar ni weyhh.. wahahahaha

~Perjalanan yang jauh.. Badan yang agak letih.. Mata yang mengantuk sangat sangat.. Pinggang yang agak sakit.. Tapi puas hati gila gila. ~~untunglahhhh~~

3 comments:

  1. kapar la bos.. bukan kampar? celah mana tuk? adik beradik kamdar ngan gulatis ke?

    ReplyDelete
  2. Kampar pun boleh John! Len kali bace msg betul2 !

    ReplyDelete