Sunday, August 14, 2011

AKU BERSUJUD



Assalammualaikum pembuka kata dari hatiku...

Gua sunyi, gua sepi, gua bosan, semakin lama semakin suram hidup ini.. Ayat-ayat yang sering gua ungkapkan. Gua sentiasa terpikir yang gua akan hidup berseorangan dan single tanpa kasih sayang dari seseorang yang bergelar kekasih sampai bila-bila. Itu lah yang gua fikirkan selama ini.

Cinta-cinta yang tidak pernah aku kecapi dengan kebahagiaan tapi berakhir sentiasa dengan kekecewaan. Cinta yang sentiasa memberi maksud apa itu kecundang, kecewa, hampa dan sedih dalam hidup aku sepanjang aku cuba memahami erti cinta ini. AKU KOSONG...

KOSONG? Betulkah gua kosong? Betulkah hati gua kosong? Betulkah hidup gua  kosong? Betulkah dunia ku kosong? Apa yang duk membuat aku kata aku kosong?

Semalam gua terbaring atas katil. Seperti biasa gua menatap dinding. aktiviti yang gua buat setiap malam. PANDANG DINDING.. Lu orang boleh?

Tatapan yang indah dan mengamankan jiwa gua setiap kali gua menatap dinding bila gua terpana pada kalimah yang indah tergantung di dinding bilik gua. Tiba-tiba gua terpikir sejenak. Gua tak kosong. Ada yang ambil berat tentang gua.Sebab dia tahu segala-gala tentang hati gua. Kerana dia Maha Mengetahui. Cuma gua sering melupakan Dia. Dia sering perhatikan gua. Kerana dia Maha Melihat dan Mendengar. Cuma gua sering melupakan dia. Dia sering memaafkan gua. Kerana Dia Maha Mengampuni. Cuma gua sering lupakan dia. Dia tetap sayangkan gua, tak kira lah gua buat jahat macam mana pun. Kerana Dia Maha Mengasihani. Tapi...

GUA SERING LUPAKAN DIA.....

Tiba-tiba saluran paip air mata gua mengalir. Sebegitu rupa gua lupakan Dia. Gua sering lupakan Dia. Gara-gara kemewahan dan kesenangan dunia gua lupakan Dia. Gara-gara gua sering di kecewakan gua sering lupakan Dia. Besarnya dosa-dosa gua kerana gua sering melupakan Dia Yang Maha Besar.

Ya Allah,
Maafkan aku,
Aku tidak berniat melupakan Mu..

Ya Allah,
Maafkan aku,
Gara-gara kisah lalu yang terjadi pada diriku selama ini aku sering melupakanMu.

Ya Allah,
Kau telah memberi segala dugaan padaku untuk tunjukkan betapa besarnya kekuasaanMu,
Tapi aku sering melupakanMu.

Ya Allah,
Maafkan segala kesalahanku,
Maafkan segala dosa-dosaku,
Maafkan aku atas segala-gala perbuatanku.

Aku memohon padaMu Ya Allah,
Kerana Engkau lah yang Maha Berkuasa di sekelian alam,
Maafkan Aku hambuMu yang hina ini Ya Allah...



1 comment:

  1. betol tu.. kite xperlu rasa sunyi.. sbb Dia sentiasa ada utk hambaNya..

    sabarlah.. jodoh kita sentiasa ada. cuma masanya belum tiba utk bertemu yg ditakdirkan..

    selamat beramal.. :)

    ReplyDelete