Monday, August 22, 2011

Terima Kasih :)

Assalamualaikum,


Kembali setelah hampir seminggu sibuk dengan aktiviti bersama rakan-rakan. Ni yg aku nk cerita tentang kerenah manusia.. hahahaha.. Baru-baru ni, aku menghadiri satu majlis berbuka puasa yg agak besar majlis tu dgn hadirnya hampir 130 org peserta. Comel! Ramai! Panas! Hangat dan banyak gosip yg timbul.


Aku cam biasa la, secara tak lansung terlibat dgn tolong menolong.  hehehehee. Dari awl pagi (tak berapa nak awal la) sampaiiii la kemasan cawan terakhir atas meja. Aku berada kat sana. Memang happening. diserikan dengan mcm2 ragam....


Ada yg menyendiri, buat2 sibuk, lompat dri meja kemeja. Tunjuk hero, kelentong kawan2, semua dia pandai, kondem sana sini, berkumpulan, mesra, sombong, bercakap ngan org yg dia kenal je, cerewet, gatal, gedik, bercinta, ceria, banyak ckp, x pedulikan mc, bergambar dri awal sampai abes, over happy. Mcm kerenah..


yg penting aku selesa.. aku gembira dalam keadaan keramaian mcm tu.. walaupun aku tak berapa kenal semua yg hadir :) tapi aku happy :) diorang happy x? lantak lahhh :) hehehe.. Btw, tahniah kepada orang2 kuat "Majlis Berbuka Puasa Camfrog Malaysia" majlis ni adalah satu kejayaan.. yg terbesar dlm sejarah camfrog bagi aku :)


meriah kann??
Sedikit info tentang CAMFROG buat yg tatau.. Camfrog ni lebih kurang YM, SKYPE, dan yg sewaktu dengannye. Ia adalah Video Chatting Application. Sejujurnya "I'm addicted to it" hahaha. Pagi, petang, malam, janji asal ada masa terluang je aku akan on9. So agak2 yg berminat.. boleh try join :) leh download application, dan usha2 link2 yg aku linkkan kat bawah, :)


Download Application kat sini
v
v

Like page Camfrog Malaysia di FB
v
v


Usha-usha blog salah satu room malaysia dia Camfrog
v
v



So pendek kata panjang entrynya.. Tujuan entry ni adelah untuk BERTERIMA KASIH kpd owner blog ni BOROI_STYLO  kerana dengan selambernye TIDAK HADIR ke majlis walaupun dgn jemputan yg sangat istimewa! DEMM YOU! Merajuk seminggu tak nak tulis entry !!~

SETEL!! ASSALAMUALAIKUM, bye!!~

2 comments: